PAGI YANG CERIA...

PAGI YANG CERIA...


Photo-photo ni saya snap awal pagi tadi dlm kul 8 pagi. Nurin & Syuhada da siap. Sedang tonton kartun Tom & Jerry. Nurin da berpakaian lengkap baju kurung & tudung pink utk ke tadika. Syuhada sebenarnya pakai baju tidur saje tu... he he he... but, every morning, memang dia akan keluar rumah dgn beg kecil sandang belakang & tudung, sama seperti kakak nyer.
Comel tak kami ???

Nurin saya kejut tiap pagi kul 7:30 utk mandi. Syuhada akan turut terjaga... Memang da meriah rumah awal-awal pagi. Nurin memang excited nak ke tadika. Sometimes, seludup mainan masuk dlm beg...
Anak-anak kecil memang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Seperti Nurin & Syuhada, memang aktif ! Dari segi penerimaan pelajaran, Nurin alhamdullillah. Amat terang hati. Cikgu-cikgu amat puji. Saya & hubby suka hati...

Satu saya suka nak kongsi adalah..... dari pengamatan saya, pembacaan dari buku2, majalah2, laman web, forum dan banyak lagi sumber... peranan ibu bapa iaitu dengan beri galakan dan bimbingan kepada anak-anak secara direct merupakan suatu perkara yang amat penting.

  1. Ibu bapa sama-sama buat ulangkaji bersama anak-anak apa jua yang dipelajarinya pada hari itu. Anak-anak akan lebih bagus & pencapaian mereka lebih memberansangkan jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain. Anak-anak akan lebih mesra alam, gembira dan berkeyakinan apabila berada di sekolah.
  2. Berinteraksi secara educational dalam apa jua aktiviti harian. Tidak tertakluk kepada aktiviti pen & buku saje. Memasak bersama di dapur, menanam pokok di halaman rumah, melipat baju atau mengemas kereta. Pelbagai ilmu dapat dimanfaatkan dan diajar kepada anak pada waktu itu.
  3. Berhubung dengan guru-guru mengetahui perkembangan anak-anak juga amat penting ! Agar kita tahu apa yang sepatutnya untuk anak-anak kita.
Ibu bapa mesti khas kan masa yang berkualiti untuk anak-anak. Masa untuk mereka adalah wajib kita sebagai ibu bapa luangkan, jangan diganggu & dikorbankan tanpa sebarang sebab yang munasabah !!! Anak kita adalah suatu pelaburan di masa hadapan. Sesungguhnya suatu yang dikatakan sebagai 'pelaburan' sinonim dengan keuntungan... Maka, jangan dipersiakan.

Saya & hubby akan cuba 100% selagi boleh untuk luang kan masa bersama Nurin & Syuhada. Kalau nak difikirkan penat kerja seharian, memang tak terlayan kedua mereka yang aktif. Terutama weekend & public holiday, mesti kami suami isteri dok pening kepala merancang what to do bagi menceriakan hidup anak-anak...

Anak yang dikurniakan adalah amanah dari Allah.
Mereka ibarat sehelai kain putih yang bakal kita corakkan...