Thursday, May 28, 2009

AKSI DI KENNY ROGERS TESCO, MELAKA

No comments:
Da lama tak makan kat Kenny Rogers. Maka, last weekend tiba2 hubby ajak pekena Kenny Rogers... Atas sebab-sebab tertentu, hanya last Tuesday baru la kami 4 sekeluarga gi pekena Kenny Rogers.... Sedap ! Puas hati ! Kenyang ! Happy !

Sementara tunggu makanan dihidangkan, Syuhada [atas] & Nurin [bawah] menulis ntah pe pe ntah... Dlm handbag saya memang da ada notebook kecil & 3 batang pen. Memang nampak bersungguh-sungguh, kan mereka menulis... he he he...

Nurin hisap lemon [dari ice lemon tea ayah nyer] di bawah meja. Ye le, sebab nak ambik kertas nyer terjatuh tu hah... Aduhai...

Sedap nyer ice lemon tea. Hmmm... tulang maintain kat tgn lagik !

Nyum ! Nyum ! Sedap nyer ayam ni ...

Memang best !

Ni aksi Syuhada selepas makan... Hide & seek... Pandai nyer la cari tempat persembunyian, macam la ibu tak nampak... he he !

AMBIL REPORT CARD NURIN DI TADIKA

2 comments:
Hai para sahabat, para isteri & ibu2 sekalian ... Nak beritahu ni ... Semalam merupakan suatu hari yang amat indah & bersejarah buat saya sebagai sorang IBU... Early in the morning da excited sebab nak gi ambil report card Nurin di tadika. Maklum la, dia baru lepas exam mid-year 2009.

Conversation Nurin & saya sebelum ke tadika nyer pagi semalam...
Nurin : Ibu kata malam tadi nak ikut Nurin gi sekolah ye bu ?
Ibu : Yes. Ibu nak jumpa cikgu Shila. Nak ambil report card Nurin.
Nurin : [dgn nada perlahan] Alamak, ye ke ?
Ibu : Don't worry. Ibu tahu anak ibu cerdik pintar... [dalam hati hairan kenapa Nurin muncung jek & diam sepanjang jalan]

Saya pun dgn happy berjumpa dgn cikgu Shila. Nurin duduk di sebelah saya. Cikgu pun tunjukkan kesemua kertas peperiksaan Nurin.

Antara komen cikgu Shila...
  1. Nurin memang terang hati baca Qira'ati. Dia boleh ajar kawan-kawan dia yang lain yang agak lambat membaca. Seolah-olah seorang kakak mengajar adik...
  2. Nurin memang cermat mewarna. Awal-awal dulu memang dia agak kekok nak mewarna di dalam garisan. Tapi, after kita guide, now dia mewarna sgt cantik.
  3. Nurin memang very talkative. Kadang-kala, cikgu terpaksa tegur agar dia berhenti bercakap. Student yang lain pulak suka mendengar Nurin bercakap / bercerita. Amat petah dan percakapan nyer amat terang.
  4. Nurin menepati apa juga kehendak cikgu Shila mahupun cikgu-cikgu yang lain. Dia akan melakukan aktiviti praktikal / teori mengikut arahan.
  5. Nurin suka tersenyum dan lemah lembut.
Senang hati saya... kecuali item nombor 3 di atas. Sesungguhnya dia memang bercakap tak berhenti. Ayah dia saje boleh buat dia berhenti bercakap ! Ada kala nyer, mata dia nak mengantuk pun, mata da hampir terlelap, still mulut dia bercakap... he he he...

Saya & hubby last night belek-belek kertas soalan exam Nurin. Ada 2 - 3 careless mistakes jek. Tu yg buat Nurin dpt nombor 2. Patutla dia muncung, tak dapat nombor 1 dalam kelas...


Saya & hubby memang inform dia dari1st day dia ke tadika... "Nurin mesti dpt nombor 1 kat tadika. Nombor lain ibu ayah tak nak. Kalau dpt nombor 1, apa Nurin nak beli, ibu ayah beli and ibu ayah bawa Nurin ke swimming pool @ holiday... Faham ?"

Hmmm... tak sangka kini saya pula da ambil tugas emak saya dulu - ambil & sign report card sekolah. Cepat nyer masa berlalu. Tugas saya sebagai ibu sudah pun bertambah memandang anak2 semakin besar. Nak pastikan pelajaran mereka always on top.

Monday, May 25, 2009

KEJAR AYAM, AYAM JADI FOBIA !!!

2 comments:
Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kg di Ampangan, Seremban. Kebetulan, abg ipar saya pun balik sekali meramai ahli keluarga. Maka, memang meriah la rumah mak mertua saya dgn kehadiran cucu-cucu seramai 5 orang - 2 lelaki & 3 perempuan.

Setibanya kami di sana lebih kurang kul 3 ptg, semua yang lain dalam rumah sedang enak diulit mimpi. Maklumlah, cuaca yang amat panas membuatkan semua letih ! Nurin & Syuhada langsung tak nak masuk umah neneknya. Mereka terus ke belakang dan mengejar ayam-ayam yang dibela oleh tenant mak mertua saya. Pancaran matahari yang tegak di atas kepala langsung tidak membantutkan niat mereka menakutkan ayam-ayam yang ada. Tak cukup tanah ayam-ayam tu melarikan diri...

Mak mertua saya komen, "Biarlah... sesekali balik kampung... Diorang tak pernah tengok ayam.." Hmmm... jakun ker anak-anak aku nih, bisik saya sendiri. Malu gak tengok dek jiran-jiran. Kanak-kanak bandar balik kampung ler katakan...

Sememangnya, anak-anak saya berdua tu memang tak pernah berpeluang berkejar-kejaran dengan ayam... Rumah kami dalam taman perumahan. Rumah mak saya pun dalam taman perumahan. Mak mertua saya pun baru saje pindah semula ke Ampangan setelah 5-6 tahun berkelana di Kuala Lumpur, rumah abang ipar saya.

Menjelang petang, bila bersepah ayam-ayam di halaman rumah nenek mereka, cucu-cucu mak mertua semuanya jadikan suatu aktiviti sukan - kejar ayam !!! Sorang bawak penyapu, bawak kayu golf mainan, ada yang buat lubang konon nyer nak trap ayam...

Akhirnya, ayam-ayam tu masuk reban dengan sendiri. Tak de sekor pun berkeliaran...

Kesian... Ayam-ayam tu jadi fobia agak nyer dek golongan manusia belum baligh tu... !!!

Friday, May 22, 2009

WHY WOMEN CRY ???

No comments:

A little boy asked his mother, "Why are you crying?"
"Because I need to" she said.
"I don't understand," he said.
His Mom just hugged him and said, "And you never will."

Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"
"All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise sheikh. "He surely knows the answer", he thought.
"Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

He answered: "When Allah made the woman she had to be made so special.

He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

He gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that comes from her children.

He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her very badly.

He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart.

He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.


And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers."

"You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

The little boy got the answer and never asked the question again.


Tuesday, May 19, 2009

HADIAH BUAT CIKGU ...

No comments:
"Untuk cikgu Shila, cikgu Yati & cikgu Lina...
terima la hadiah kecil dari Nurin tanda
terima kasih...
SELAMAT HARI GURU "

Monday, May 18, 2009

JANGAN TERPEDAYA !

4 comments:
Saya, 4 sekeluarga ke Parkson, Mahkota Parade sebab nak beli produk SK-II memandangkan ada promotions [while stock last]. So, meskipun husband malas nak gi sebab area situ memang trafik teruk, dia ikut kan juga kehendak saya ni. Tq my love ... he he he... ! After da beli SK-II, kami pun jalan-jalan la kejap kat Mahkota Parade mencuci mata dan biar Nurin & Syuhada dapat berlari-larian dgn gembira.

On the way, saya di stop kan oleh sorang Chines salesman...

Salesman : Puan, kami beri sticker tampal kereta [tertulis BABY ON BOARD] percuma. Puan tampal, kalau kena spot, Puan dapat hadiah.

Aida : Ok la...

Saya memang suka benda-benda org beri free. If saya tak guna, anak-anak boleh jadikan mainan atau biasa nya saya hadiahkan kat org. Then, saya disuruh oleh salesman tu tulis particular diri kat satu kertas agar if kena spot, mereka boleh contact. Saya just tulis nama, no ic, address rumah & phone no. office.

Salesman : Puan, mesti tulis handphone no. Lebih senang kami contact nanti.

Aida : Tak boleh. Handphone no. saya hanya untuk family & friends. Sorry.

Salesman : Oh ok... Then, ni ada voucher RM50. Nanti dpt diskaun RM50 kalau Puan beli produk kami bila-bila.

Aida : Ok.

Salesman tu pun gunting voucher tu and buka. Dia suruh saya isi particular diri kat page 2 and sign kat page 3 di bawah perkataan 'Thank you'. Then, ...

Aida : Mana ada perkataan 'Thank you' kat sini. I sign mana-mana je la ye.

Kat page 3 tu ada gambar dapur elektrik & vacuum cleaner tertulis bernilai RM5,670-00 and perkataan 'Congratulations'...

Salesman : Eh Puan ! Ni lucky draw. Puan dpt brg2 ini percuma ni.

Aida : Mustahil. Mesti I kena keluar duit juga. Memang mustahil. Takpe la ye. I have to go. My husband nak cepat balik ni. Dah nak maghrib ni.

Salesman : Nanti Puan, saya call saya manager saya. Puan dpt free ni...

Dipendekkan cerita, salesman tu beri saya bercakap dengan manager dia - En. Azli. He said that saya dpt brg2 tu free. After one month, agent dia akan dtg rumah and check brg2 tu. If saya jual or beri kat org lain, mereka akan tarik balik brg tu or I have to pay the RM5,670-00 [bodoh nyer!]... Saya pun beri balik handphone salesman tu. Saya bangun dari kerusi ready to go. Salesman tu cakap ntah apa ntah dgn manager dia...

Suddenly 3 orang salesman lain, all Malays, dtg and wish congratulations kat saya. Mereka terus angkat la dapur elektrik & vacuum cleaner baru letak kat depan saya. Dalam hati saya, ni taktik kotor ler ni. Husband saya dari jauh tunjuk signal utk saya cepat beredar dari situ. Then...

Salesman : En. Azli da confirm. Puan amat bertuah. Puan dpt semua ni free. Puan just guna voucher RM50 ni and boleh bawa balik 2 brg ni. Memang best.

Aida : I beg your pardon ??? Guna voucher ni ? Maksud you apa ?

Salesman : Ya. Puan pilih apa-apa brg kat sini. Dpt diskaun RM50. And 2 brg ni percuma tau.

Aida : Apa you cakap ni ? Tadi you kata i dpt lucky draw. Azli also said that I don't have to pay anything. You confirm semula I dapat free. Now, beli apa ? From my understanding, apa yang tertulis kat voucher ni... I dpt free. RM50 diskaun ni I guna untuk pembelian akan dtg, if any.

Salesman : Tidak, Puan kena beli dulu and ...

Saya terus potong cakap dia and ...

Aida : Takpe. I am not interested buying your product now, today, tomorrow or in the future. Cakap putar-belit [masih lagi saya tersenyum, being polite all the time la konon]... I have to go ...

Salesman : Jangan camtu Puan. Rugi ! Puan beli ini water filter. Byk bagus. Ini terbaru dlm market tau.

Aida : Takpe. Terima kasih. Saya da ada semua yang you jual di sini [kat booth dia tu ada water filter, microwave, dapur elektrik, termos elektrik 4 liter, vacuum cleaner, tv yg bukan flat screen, set masak-memasak]...

Saleman : Different Puan. Puan beli water filter tu dapat hadiah percuma ke ?

Aida : Saya beli water filter 4 tahun lepas untuk minum. Bukan untuk hadiah percuma.

Salesman : Kalau Puan tak ambil ini offer, Puan rugi! Puan cuba fikir. Puan keje mana ? Puan cikgu ye ?

Saya toleh and pandang straight ke chinese salesman tu. And jawab...

Aida : Saya lawyer. Saya belajar punyer orang. Sebab tu saya tahu baca voucher you. You kalau nak tipu orang, you mesti tahu siapa you mahu tipu. Sekarang semua orang sudah pandai, tak kira la cikgu, kerani, tukang sapu atau tukang mesin rumput. Jangan pandang orang takde mata. Dlm paper bag ni, my skin care sekali beli RM680 one shot. You ingat I mabuk dengan offer percuma you ??? Sekarang, you simpan ini voucher RM50. 2 brg you ni pun you simpan atau you sendiri bawa balik rumah. I sedekah sama you.

Sambung saya lagi seterusnya sebagai closing speech... he he he...

Aida : ... I tahu I dpt ini 2 brg free. But, you sengaja create penipuan. Takpe. I am not interested. Anyway, thank you sebab buat I senang hati. I senang hati sebab today is my lucky day. Dengan hanya jalan-jalan I berjaya dpt brg elektrik free bernilai more than RM5,000. You rasa you boleh jadi bertuah macam I ????? And also, thank you untuk sticker & magnetic pad percuma ni. I like ...

Mereka berempat terdiam. Saya lemparkan satu senyuman, saya good bye, terus pegang tangan Nurin and jalan dgn senang hati. Puas hati sebab dpt buat mereka terdiam dan terpaku ...

MORAL OF THE STORY :
  1. jangan terpedaya ... kalau terima statement, bil, surat, voucher, etc baca setiap perkataan yang tercatit. Termasuk words yg tertulis dgn font yg paling kecil.
  2. beli brg jika perlu. Memang kena la shopping waktu sales, promotions, harga runtuh, member's day... But, tak semua promotions itu menguntungkan. At the end, hanya memenuhkan bilik stor. Dan, menternak habuk ! Rugi duit ...
  3. apa pun keadaan, kena banyak tanya. Jangan malu. Sebab, kalau kita banyak tanya, ulang-ulang tanya... kebenaran akan terserlah. Mesti salesman tu ter cakap perkara sebenar. Mesti pandai main ayat. Sebab tu, husband suka saya jadi jurucakap untuk apa jua keadaan terutama bab beli barang and isi borang for any applications. Pada saya, apa pun barang, product or servis mesti berbaloi dengan nilai duit & masa yang saya berikan.
P.E.A.C.E N.O W.A.R

Friday, May 15, 2009

HARI ISTIMEWA - 16 MEI 2009

No comments:

Kepada guru-guru ...
Terima kasih untuk segala-galanya ...

Teringat masa sekolah rendah, punyer la suka satu cikgu - CIKGU YUSUF. Dia guru kelas saya darjah 6 Hijau, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JALAN DATO' PALEMBANG [1990]. Very sporting. Dia ajar maths. After UPSR, saya dan 4-5 orang kawan-kawan [favourite student cikgu ler ni] dibenarkan melepak kat satu bilik APD [alat pandang dengar]. Kami memang tak masuk class! Minta kunci bilik and kami melepak je bilik tu - kononnya cikgu Yusuf suruh kemas la.

Then yang best pasal cikgu Yusuf, dia suruh kami favourite students dia untuk tanda buku. Dia akan bagi sample jawapan, kami yang tukang tanda buku latihan. Pakai pen merah... he he he... best ! Bila last day kat sekolah, saya ingat lagi... Lepas kami salam dgn cikgu Yusuf, kami sedih giler! Kami keluar jek class terus nangis teresak-esak.

Now office saya dekat dgn sekolah. But, cikgu Yusuf da pencen. And semua guru lama dulu da tiada. Da pencen, da ditukar tempat lain...

Selain dari dia, ada satu cikgu. Masa tu kat STF, JB. Pun cikgu Maths. Muda & hensem. Jadi juga guru class saya - Tingkatan 2 Bersih. Saya lupa nama dia, yang saya ingat we all panggil dia ABANG YEM. Awal-awal jadi cikgu kami, kerek semacam, perasan hensem. Perasan bagus, mengajar asrama penuh ler katakan. Then, after few months, dia ok bila da kenal kami. Kalau duduk, mesti dia silang kaki macam pompuan... he he he....

Masa kat UIA, saya suka one lecturer - CRIMINAL LAW. Dr. Rani - ntah da abis phD now ni ke tak... Sporting, hensem, best, kelakar... Tutorial dalam bilik dia, saya dan lagi 3 org member, kami 4 orang jek tutorial secara 'dekat'. Saje2 gatal... Dia masih di UIA. Saya still keep in touch dgn dia thru email.

Now, saya da jadi 'cikgu' juga. Ada 2 student tetap 24 jam 7 hari..... Siapa lagi ? Cuba la teka...

KESIAN KAN ?

2 comments:
Adus ! Today takde kes kat court. Dok ofis ler gamak nyer sampai ke ptg... Memang akan boring la diri ku ini. Seharian di dalam bilik sejuk ni yang tidak bertingkap, meja penuh dengan fail, buat hidung ku sebu & penuh dgn habuk-habuk lama! Nasib baik sikit because ada internet, bleh la melepaskan apa-apa yg patut, membaca apa-apa yg patut.

Early in the morning, bos da bising because OCBC tak nak bayar disbursement. Summons dan Statement of Claim prepared, need to be filed urgently according to instructions. But, fail takde duit! Bos tak nak advance dulu RM100 filing fee tu. Jadi mangsa ? Saya ler to call Laily, OCBC KL merayu for disbursement. If not the Summons will stay on my messy table... Kesian kan ? Answer yg diterima from OCBC ? No disbursement jugak.... Come on la bos. Da dpt job, kira ok la. Advance jek la. Apa nak bising ? Da obtain judgment nanti, just issue bil la. Bukan nyer banyak file without disbursment...

Saya in-charge file RHB RRC, Melaka. Memang best because mereka tak lokek beri disbursement. Senang buat keje because file ada duit. Semua keje smooth jek. Thanx la to Mr.Peter Gan [RRC's Head]. Disbursement tak lokek, bil cepat bayar... Memang best !

Sejak 3-4 bulan kebelakangan ni byk instructions untuk issue NOD baru. Maksud nyer, byk individu di luar sana tak bayar instalment rumah / overdraft / instalment kereta... Kenapa ? Gawat... berhenti keje... kena potong gaji... bisnes tak untung...

Ada la satu hari tu, sorang Defendant dtg office. Dia baru terima Bankruptcy Notice. Alamak, dia memang takut dengan perkataan 'bankrap' yang terdapat dlm notis tu. So, he said - "Nak gi bank ni, propose settlement. Saya baru jek 2 bulan keje kerajaan..." I replied - "Mesti. Jangan lengah. Buat cadangan yang bagus. Cari la duit. Nanti bankrap, rumah kena lelong, buang keje... susah nanti. Yang penting tunggakan tu settle cepat."

Kesian gaks tengok dia. Anak-anak kecik. Wife tak keje... Kesian kan dia ?

Ini baru satu citer tentang seseorang... Sesungguhnya, kalau kita susah, kita lihat org yang lebih susah dari kita. Jangan sesekali tengok orang yg lebih senang. Bersyukur dgn apa yang kita ada [nasihat hubby tercinta yg paling glamour]...

MORAL NYER : jangan tak bayar loan rumah, loan kereta, bil kad kredit, instalment....

KISAH PENGAJARAN OLEH IMAM GHAZALI

No comments:

Imam Ghazali =Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.


Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALI’= Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’


Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri‘



Thursday, May 14, 2009

KASIH NYA ALLAH KEPADA WANITA ...

No comments:
" Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia yaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Allah, yang bermaksud Maha Penyayang. Kemuliaan dan ketinggian darjat seseorang di sisi Allah bergantung kepada taqwanya , sama ada lelaki atau perempuan. "

Kasihnya Allah kepada wanita!

Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan layanan istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Allah sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka.

1. Gelaran bagi isteri di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri adalah dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah husband manakala perkataan untuk isteri ialah wife. Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk suami ialah mari manakala femme untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza zaujuh dan zaujati. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu zaujuh yang bermakna pasangan. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya . Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut imraah, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.


2. Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam.
Antaranya:-

a. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan di bawah telapak kaki dan bukan di dalam tangan atau di sisi seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.


c. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu Asakir)


d. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.


e. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3. Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama Yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia yaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Allah, yang bermaksud Maha Penyayang . Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Allah.

4. Diberi Pahala Yang Berterusan

Wanita disebut kurang dari sudut agama , tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas . Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaklah pahala yang Allah sediakan untuknya.

Aduh! Maha Penyayangnya Allah kepada wanita
. Maha Baiknya Allah kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Allah tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.


RACUN HATI !!

No comments:

Four Poisons of the Heart


1. Unnecessary Talking

Umar Ibn al-Khattab, may Allah be pleased with him, said:
“A person who talks too much is a person who often makes mistakes, and someone who often makes mistakes, often has wrong actions. The Fire has a priority over such a frequent sinner.”


2. Unrestrained Glances

It has been related that the Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam) once said words to the effect:
“The glance is a poisoned arrow of shaytan. Whoever lowers his gaze for Allah, He will bestow upon him a refreshing sweetness which he will find in his heart on the day that he meets Him.”


3. Too Much Food

Al-Miqdam ibn Ma’d Yakrib said:”I heard the Messenger of Allah (sallallahu alaiyhi wassallam) say:
“The son of Adam fills no vessel more displeasing to Allah than his stomach. A few morsels should be enough for him to preserve his strength. If he must fill it, then he should allow a third for his food, a third for his drink and leave a third empty for easy breathing.”


4. Keeping Bad Company
Allah’s Apostle(sallallahu alaiyhi wassallam) said:

“The example of a good companion (who sits with you) in comparison with a bad one, is I like that of the musk seller and the blacksmith’s bellows (or furnace); from the first you would either buy musk or enjoy its good smell while the bellows would either burn your clothes or your house, or you get a bad nasty smell thereof.”


Tuesday, May 12, 2009

HARI JURURAWAT SEDUNIA ... 12 MEI 2009

1 comment:
... tau tak kewujudan hari istimewa di atas ? Hmmm... hari istimewa yang mengiktiraf profesion JURURAWAT. Begitu besar pengiktirafan yang DUNIA berikan, PASTI BERBANGGA MENJADI SEORANG JURURAWAT atau PUNYAI AHLI KELUARGA YANG BERGELAR JURURAWAT ...

... terutama para IBU, mesti ada pengalaman deal dengan JURURAWAT kan ? Bila lagi, waktu bersalin la. Hmmm... samada ia pengalaman manis atau pahit dealing with them, itu isu lain. Yang penting, kehadiran JURURAWAT amat penting di dalam kehidupan kita.

Sehingga ari ni, saya ada 3 pengalaman masuk spital, iaitu bermalam di spital...


PERTAMA
: awal tahun 1996... pembedahan kecil... waktu tu di HTAR, Klang. Kakak saya kebetulan seorang doktor perubatan di wad bedah. Maka, waktu tu saya bermalam hanya 1 mlm di spital. Selebihnya, dok kat kuarters doktor. Masa kat spital, langsung tiada deal dengan JURURAWAT. Makanan pun tak makan makanan spital, tray tu pun tak diletakkan kat katil saya. Sebab, kakak yang provide makanan special untuk saya. Kakak juga yang tengok kan saya. JURURAWAT semua senyum jek dengan saya...


KEDUA : bersalin kan Nurin on 23.2.2005... Tiada masalah nak bersalin, Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya.... But, 2 mlm tu stay kat spital! Sebab tiba-tiba demam pula. Bersalin mlm 23hb tu, kul 12tgh mlm baru masuk wad. Nurin kehausan... Susu badan plak tiada... Tak bawak pula susu formula... Semalaman tak tidur! JURURAWAT BUAT DON'T KNOW JE Nurin menangis sepanjang mlm. Hubby dtg early in the morning 24hb tu, bawa kan susu formula. Beri Nurin yang kehausan... Malam ke2, ada member dlm wad tu bantu saya sebab Nurin menangis juga... IBU MUDA LER KATAKAN ... pengalaman pahit ni dengan JURURAWAT...

KETIGA : bersalin kan Syuhada on 17.1.2007... Tiada masalah juga nak bersalin, Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya....1 mlm je stay spital. Tiada kesukaran dealing with JURURAWAT. Da ada 1st experience, kan ? Lagipun susu badan ada. Cepat plak discharge...

Apa pun, sepanjang 4 tahun lebih ni berkomunikasi dengan JURURAWAT untuk medical check up anak-anak monthly, semua ok... helpful. JURURAWAT keje dengan orang tak sihat, maka, if ada cacat cela di dalam menjalankan tugas & berkomunikasi dengan pesakit, kita kena faham & tolak ansur... Ntah apa ada dalam fikiran mereka...
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA ...


SELAMAT HARI IBU ...

No comments:

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3...00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu"... Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday, May 11, 2009

BILA NURIN PEGANG CAMERA

No comments:

Ni gambo yg Nurin snap. Dia suruh Syuhada dok diam-diam, "kakak nak amik gambar ni". Naik lunyai dah handphone saya sebab Nurin memang dok snap gambo jek. Cuma yang 2 gambo ni memang saya kagum... Ada 2 sebab saya kagum :

PERTAMA : da berjaya la Nurin untuk fokus dan snap.
KEDUA : berjaya Nurin mendiamkan adik nya !!!

he he he... !


SELAMAT HARI IBU, EMAK ...

1 comment:
Last weekend, kami 3 beradik [out of 5] balik kampung umah emak abah. Just nak memeriahkan Hari Ibu. Present utk mak dari saya - kain utk buat baju kurung 4 metres berwarna-warni & sehelai tudung bawal berwarna putih.

Petang Sabtu, masak-memasak : sambal sotong, asam pedas ayam daun kesum, sayur campur & kupang rebus cicah kuah lada... nyum ! nyum ! Best ...

Yang menambah meriah ialah cucu-cucu emak seramai 5 orang yang balik kampung. Abis periuk belanga sudu garpu Wan [panggilan untuk emak oleh cucu, berasal dari negeri sembilan, word original ialah 'puan'] di dapur mereka bawa ke hall depan untuk main masak-masak ! Kecoh sebuah rumah, serabut kepala !

dari kiri ... aisyah [anak abang], nurin & syuhada

yang depan ni, yg kurang rambut - ayuni [anak adik] ...

kupang rebus ... 6 kg abah beli ... cicah kuah lada ... best !

abah dinner dulu 1st round dengan abang sulung, 2 menantu abah, adik bongsu dan cucu-cucu menyelit di celah-celah ... yg best, syuhada, anakanda ku yang bongsu duduk atas peha atuk, seat 1st class ... !

Memang meriah, hinggalah kami bersurai dlm kul 4:30 petang. Lagipun, emak & abah nak balik Kajang, rumah kakak sulung. Tinggal la rumah kampung kosong untuk 1-2 minggu lagi.



Thursday, May 07, 2009

DIRI AKU ...

1 comment:
Pagi ni ada 1 kes jek kat High Court. Appear depan Tn. Allau'din utk SS hearing. Ada ke patut ? Da dpt Order in Terms, date for the next CP hearing saya tak amik... Just now just called Tuan. Nasib baik ler dia ok. Pass date ikut phone jek. Memang ler dia ok, junior! Tinggal lagi nasib dia baik dpt masuk service. Kalau nak diikutkan, tentang praktikal court tu, saya lagi pakar!

Jadi lawyer ni tidak seindah yang disangka. Gah dari cara sebut nama. Gah dari gaya sangkut handbag bonia kat bahu kanan & sangkut blazer kat siku kiri. Gah dari gaya dok sorong beg besar hitam mcm kotak tu... Yang lain ???

Applied masuk service last year. Setelah bertahun jadi lawyer and tidak puas hati dgn diri. 3-4 years lagi, before naik jadi 35 thn, berpeluang masuk service. Pastu, if fail, maintain la dgn baju black & white yg setengah almari tu.

Sama je qualification dgn magistrates, judges, DPP,... but different kena panggil those people 'tuan'. Ada mereka panggil kita 'puan' balik dan ada yang sangka bagus jek. Now, AG byk lantik magistrates & registrar yg fresh dari uni or baru abis chambering, tak sampai 12 bulan practice. Apa yg mereka tau ? Buat rules & regulations yg tak patut. Menyusahkan kita nak buat documentation. Need this & that yang tak relevant.

Dato' Halijah once said that Malaysia nak ada kan one post utk Sessions. Untuk percepatkan proses pelupusan kes kat court di Malaysia. They decided untuk amik experienced lawyers yg practice da lebih 10 thn. Better! These people tau what to do & how to decide. Moreover, now badan kehakiman M'sia dah tak independent. Da byk pengaruh luar... pengaruh orang luar... kepentingan peribadi...
The best part is ... bila abis kes tiap pagi, ramai-ramai kami lepak kantin court.
Borak sampai kul 12 tghari... Cerita-ceriti... Release tension !


Sempat la borak dgn K.Zaidah [one of senior lawyer yg maintain!] kat cafe kul 8.30 pagi ni. Dia menceritakan derita dimarahi client yg tak faham-faham bahasa. Apa lagi, client tu dibahasakannyer pula! Mereka ingat kita ni siapa ???

Nak ukir senyum tiap pagi memang sukar kerana hari yang bakal dilalui takkan seindah hari orang lain. Demi duit, demi nak hidup senang, aku teruskan langkah LAWYER ku tiap hari. Thanx my hubby, dgr luahan sedih hati i tiap malam. Muaahs !



Wednesday, May 06, 2009

BAWA ANAK-ANAK MAKAN LUAR ...

2 comments:
Di atas tu gambo anak2 saya. Happy ler ibu bawa makan kedai. Actually, ni adalah first time saya bawa mereka, tanpa hubby. Hubby gi kursus, maka, dinner kami bertiga biasa nyer tapau kedai. Nak kan kelainan - kita dinner kat kedai ! Adus, tunggu Syuhada besar sikit lagi la untuk ibu bawa korang berdua lagi, tanpa ayah. Tak dpt makan dgn aman!

Nurin & Syuhada dgn sudu & garpu. Memang saya training! Senang bawa ke majlis... Tu mee hoon basah. Beli sepiring, but amik sikit letak dlm pinggan kosong untuk Syuhada... Dua-dua mereka tak abis pun !!! Bazir rezeki Allah ...

Syuhada nak kerepek pedas ni. But, saya tak beri sebab bukannya dia makan pun kalau diberi. So, dia merajuk & muncung. Saya snap photo ni candid. Marah dia pastu... hi hi hi...

Both of them sedang minum air kotak laici... Saya da order kan carrot susu utk mereka share. Bergaduh! Maka, Biar ibu je minum carrot susu you all.

"Cepat... Da nak magrib... Balik rumah kita jom !"