Thursday, May 28, 2009

AMBIL REPORT CARD NURIN DI TADIKA

Hai para sahabat, para isteri & ibu2 sekalian ... Nak beritahu ni ... Semalam merupakan suatu hari yang amat indah & bersejarah buat saya sebagai sorang IBU... Early in the morning da excited sebab nak gi ambil report card Nurin di tadika. Maklum la, dia baru lepas exam mid-year 2009.

Conversation Nurin & saya sebelum ke tadika nyer pagi semalam...
Nurin : Ibu kata malam tadi nak ikut Nurin gi sekolah ye bu ?
Ibu : Yes. Ibu nak jumpa cikgu Shila. Nak ambil report card Nurin.
Nurin : [dgn nada perlahan] Alamak, ye ke ?
Ibu : Don't worry. Ibu tahu anak ibu cerdik pintar... [dalam hati hairan kenapa Nurin muncung jek & diam sepanjang jalan]

Saya pun dgn happy berjumpa dgn cikgu Shila. Nurin duduk di sebelah saya. Cikgu pun tunjukkan kesemua kertas peperiksaan Nurin.

Antara komen cikgu Shila...
  1. Nurin memang terang hati baca Qira'ati. Dia boleh ajar kawan-kawan dia yang lain yang agak lambat membaca. Seolah-olah seorang kakak mengajar adik...
  2. Nurin memang cermat mewarna. Awal-awal dulu memang dia agak kekok nak mewarna di dalam garisan. Tapi, after kita guide, now dia mewarna sgt cantik.
  3. Nurin memang very talkative. Kadang-kala, cikgu terpaksa tegur agar dia berhenti bercakap. Student yang lain pulak suka mendengar Nurin bercakap / bercerita. Amat petah dan percakapan nyer amat terang.
  4. Nurin menepati apa juga kehendak cikgu Shila mahupun cikgu-cikgu yang lain. Dia akan melakukan aktiviti praktikal / teori mengikut arahan.
  5. Nurin suka tersenyum dan lemah lembut.
Senang hati saya... kecuali item nombor 3 di atas. Sesungguhnya dia memang bercakap tak berhenti. Ayah dia saje boleh buat dia berhenti bercakap ! Ada kala nyer, mata dia nak mengantuk pun, mata da hampir terlelap, still mulut dia bercakap... he he he...

Saya & hubby last night belek-belek kertas soalan exam Nurin. Ada 2 - 3 careless mistakes jek. Tu yg buat Nurin dpt nombor 2. Patutla dia muncung, tak dapat nombor 1 dalam kelas...


Saya & hubby memang inform dia dari1st day dia ke tadika... "Nurin mesti dpt nombor 1 kat tadika. Nombor lain ibu ayah tak nak. Kalau dpt nombor 1, apa Nurin nak beli, ibu ayah beli and ibu ayah bawa Nurin ke swimming pool @ holiday... Faham ?"

Hmmm... tak sangka kini saya pula da ambil tugas emak saya dulu - ambil & sign report card sekolah. Cepat nyer masa berlalu. Tugas saya sebagai ibu sudah pun bertambah memandang anak2 semakin besar. Nak pastikan pelajaran mereka always on top.

2 comments:

  1. Ok la tu. Mula-mula. Bagi peluang kat Nurin. Next time mesti dapat no. 1. Sejuk rasa perut ngandung bila cikgu puji anak kan. :)

    ReplyDelete
  2. salam aida,

    Alhamdulillah, kurang2 dpt no 2.. pandai dah tu.. dah antor ke tadika.. kakyong ni bergelut lagi homeschool di rumah, sbb ayahnye belum nak antor ke tadika.. tahun depan baru nak antor..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)