Monday, May 04, 2009

ANAK MASIH TAK BERCAKAP ?

h" Cakap la, jangan malu - malu ... Penat kita mencangkung ni... Nak bagi hadiah ker ?"

Adakah anak anda menghadapi masalah bercakap ? Atau pertuturan nyer menghadapi masalah bahasa / pelat ? Dia malu-malu nak cakap ke ? Dia tak banyak cakap ke ?

Terdapat beberapa strategi yang boleh saya kongsi untuk mempertingkatkan kemahiran awal berkomunikasi ... Insya'Allah ... Ini saya perolehi dari pembacaan di majalah :-

  • Rutin - jadikan suatu rutin bercakap dengan nya. Perkara yang menarik perhatian dia untuk berbual dengan kita.
  • Skrip - rancang agar skrip tu bagus & mendidik anak kita tu sesuatu perkataan. Samada perkataan baru atau lama tidak penting. Kita just mahu anak itu fasih.
  • Ikut petunjuk kanak-kanak - ikut kehendak dia.
  • Sediakan model-model yang betul - Kalau nak ajar sesuatu, bahan nya kena ada. Lebih lagi, bila bercakap tentang sesuatu, lebih bagus kalau ada model nya seperti buah, warna atau makanan. Anak akan lihat & sebut.
  • Jangan galakkan tutur bayi - jangan pelat kan diri anda !!!
  • Guna tempoh tunggu - sabar ...
  • Beri isyarat yang sesuai - nganga mulut untuk bunyi 'aaa'... muncungkan mulut untuk bunyi 'uuuuu'....
  • Wujudkan peluang-peluang berkomunikasi - berbual dengan anak dgn balas - membalas di antara satu sama lain. Agar wujud soalan & jawapan. Baru la anak itu akan rasa interesting.
  • Terima percubaan kanak-kanak untuk berkomunikasi - walaupun salah, kita terima. Jangan marah. Percubaan demi percubaan akan berjaya akhirnya.
  • Guna banyak label - label kan barang anak, almari pakaiannya, meja belajar & kerusi anak. Jika perlu, kebanyakan tempat di sekitar rumah. Bila anak lihat label tu, dia akan bertanya. Di situ telah timbul satu peluang untuk kita mula kan conversation.
  • Guna perkataan yang khusus - Jangan kelirukan anak dengan terlalu banyak perkataan bagi benda / perkara yang sama.
  • Guna ayat-ayat yang ringkas, pendek dan jelas.
  • Ambil kesempatan daripada peluan-peluang harian.
  • Dengar dengan penuh perhatian.
  • Baca kepada anak itu - terutama sebelum tidur / di dalam kereta.
Ketahui la... Ketiga-tiga aktiviti BERTUTUR, MEMBACA dan MENULIS saling memperkuatkan satu sama lain. Maka, jika anak ada masalah di dalam satu bidang, kemungkinan dia akan mempunyai masalah juga di dalam satu bidang atau dua bidang yang lain.

Ketahui la...

1 comment:

  1. nice tips.. i already follow some.. perlukan lebih kesabaran dgn anak teruna saya ni..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)