Friday, May 15, 2009

HARI ISTIMEWA - 16 MEI 2009


Kepada guru-guru ...
Terima kasih untuk segala-galanya ...

Teringat masa sekolah rendah, punyer la suka satu cikgu - CIKGU YUSUF. Dia guru kelas saya darjah 6 Hijau, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JALAN DATO' PALEMBANG [1990]. Very sporting. Dia ajar maths. After UPSR, saya dan 4-5 orang kawan-kawan [favourite student cikgu ler ni] dibenarkan melepak kat satu bilik APD [alat pandang dengar]. Kami memang tak masuk class! Minta kunci bilik and kami melepak je bilik tu - kononnya cikgu Yusuf suruh kemas la.

Then yang best pasal cikgu Yusuf, dia suruh kami favourite students dia untuk tanda buku. Dia akan bagi sample jawapan, kami yang tukang tanda buku latihan. Pakai pen merah... he he he... best ! Bila last day kat sekolah, saya ingat lagi... Lepas kami salam dgn cikgu Yusuf, kami sedih giler! Kami keluar jek class terus nangis teresak-esak.

Now office saya dekat dgn sekolah. But, cikgu Yusuf da pencen. And semua guru lama dulu da tiada. Da pencen, da ditukar tempat lain...

Selain dari dia, ada satu cikgu. Masa tu kat STF, JB. Pun cikgu Maths. Muda & hensem. Jadi juga guru class saya - Tingkatan 2 Bersih. Saya lupa nama dia, yang saya ingat we all panggil dia ABANG YEM. Awal-awal jadi cikgu kami, kerek semacam, perasan hensem. Perasan bagus, mengajar asrama penuh ler katakan. Then, after few months, dia ok bila da kenal kami. Kalau duduk, mesti dia silang kaki macam pompuan... he he he....

Masa kat UIA, saya suka one lecturer - CRIMINAL LAW. Dr. Rani - ntah da abis phD now ni ke tak... Sporting, hensem, best, kelakar... Tutorial dalam bilik dia, saya dan lagi 3 org member, kami 4 orang jek tutorial secara 'dekat'. Saje2 gatal... Dia masih di UIA. Saya still keep in touch dgn dia thru email.

Now, saya da jadi 'cikgu' juga. Ada 2 student tetap 24 jam 7 hari..... Siapa lagi ? Cuba la teka...

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)