Kereta ku dibedah siasat semalam dari jam 6:30 ptg hingga 8:30 mlm.
Sabar jek aku menanti...
Maklum la, kereta ni da nak abis bayar Mac depan, memang la byk kerenah...
Tambahan pula, tuan punyer nye da ada kereta baru - buah hati baru...
Kereta ni perasan bahawa dia da tak dibawa jalan jauh.
Dok round town Melaka je... Dia telah terasa terpinggir dek 'buah hati baru'...
Lagi ler dia nak bermanja...

Semalam, lepas keje je, saya dan hubby buat apointmen kat kedai tayar depan office tu hah. Tayar kereta saya tu da nazak tahap gaban! Mana la tak dikatakan nazak...? Da 3 kali pancit @ tidak berangin meskipun tiada benda yg tercucuk...

Jumaat lepas, kali kedua kejadian tayar pancit... saya terperasan hanya bila da sampai depan rumah babysitter. Alamak! Camner ni??? Masa tu baru kul 8:15 pagi. Kedai lom buka. Yang penting, kat area situ langsung takde workshop bleh pam tayar!!!

Terpaksa la kereta saya tu crawling slowly mcm kura-kura 3-4 km tau! Berpeluh saya dibuat nya... 45 minit perjalanan ke kedai tayar kat depan office. Nasib baik cina tu da buka kedai. Kena la RM3-00... Cina tu inform saya bahawa tayar saya ni da wajib tukar... Saya angguk jek.

Semalam pagi... da selamat parking kereta kat court. Ada court staff tu tegur yg tayar saya [belakang kanan] pancit !!! Kelam kabut la saya tiba-tiba! Anyway, tq Saras [interpreter Magistrate Court]... Ada hearing OS depan Datuk pula ni... Hmmm... camner yek ? Ya Allah... baru la saya teringat saya ada phone number sorang mamat workshop ni - Abg Ramlan, IKS bukit katil. Call tak dpt dpt.... Memang la, baru kul 8:30 pagi... Kul 9:15 baru la berjaya call abg Ramlan.... dipendekkan cerita.... abg Ramlan dtg menyelamatkan keadaan... caj saya RM20-00... adus!!!

Jadi selebriti ler jap kat parking area court pagi tu. Semua dtg bertanya what happen. Sah-sah ler tayar pancit, tak nampak ker???

Sampai jek office terus sms hubby, gi survey harga tayar, jenis tayar, etc & withdraw duit. Petang ni gak nak tukar tayar. Bikin kelam kabut selalu. Membahayakan diri saya & anak-anak yg dok dlm nyer pagi & petang... Hubby said, yes...

Semalam juga ganti 4 tayar, absober & sport rim baru... siap complete set! Geram punyer pasal... Hmmmm, al-kisah kereta... Bukan sikit-sikit duit nyer... Namun, hati puas dan rasa selamat bila memandu, itu yang penting...

Kereta Wira ni hubby punyer, dari bercinta hingga la sekarang anak da dua orang. Banyak memori daun pisang tu... Pas ni slowly hubby nak touch up dia semula. Biar nampak solid molid meskipun usia da lanjut... he he he!

"Jangan merajuk lagi ye Wira ku. Weekend ni kami ronda-ronda Melaka town bawa kau yek..."