Jun 26, 2009

MENGATASI MASALAH KANAK-KANAK AUTISME

APAKAH AUTISME ?

Ia merupakan keadaan yang melibatkan kecelaruan (disorder) tingkah laku kanak-kanak. Kerumitan ini biasa mula dapat dikesan apabila kanak-kanak mencecah umur 3 tahun. Antara ciri utama autisme ialah kanak-kanak tersebut agak lewat menguasai kemampuan bertutur.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme biasanya tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kumpulan kanak-kanak yang menghidap masalah ini biasanya mempunyai interaksi sosial yang terbatas. Mereka juga mempunyai masalah dalam komunikasi lisan dan juga bukan lisan.

Pakar perubatan kanak-kanak menganggarkan bahawa terdapat antara 3 hingga 6 orang kanak-kanak akan mengalami autisme bagi setiap 1000 kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki pula adalah empat kali ganda berisiko menghidapnya berbanding kanak-kanak perempuan.

KOMPUTER DAN KANAK-KANAK AUTISME.

Para pakar dalam bidang sains komputer dan teknolog maklumat telah menghasilkan perkakasan dan perisian terkini. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan bahawa mereka lebih tertarik dengan kaedah pemulihan dengan interaksi berkomputer berbanding kaedah rawatan tradisional (tanpa komputer). Kumpulan kanak-kanak ini lebih responsif, peka dan bermotivasi sepanjang sessi terapi. Hal yang lebih menggembirakan adalah mereka mampu menguasai lebih banyak kosa kata. Kanak-kanak autisme juga mengalami ketidakupayaan dalam membuat pilihan atau membuat keutamaan. Dengan perisian komputer, kanak-kanak autisme diajar membuat perbandngan dari segi persepsi terhadap sifat objek seperti berat atau ringan, perlahan atau laju dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, kebanyakan perisian komputer yang dihasilkan memfokus kepada usaha untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk belajar menghasilkan perlakuan yang betul. Mereka juga dididik agar memahami konsep-konsep asas tertentu.

Matlamat utama adalah untuk menjana keupayaan bertutur dalam kalangan kanak-kanak autisme tersebut.

Maka, kiranya anak anda tidak berupaya untuk bertutur sehingga mencapai umur 3 tahun, jangan berlengah untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah tersebut. Dalam masa yang sama, tidak perlu risau atau gentar. Usaha dan percaya bahawa anak anda normal dan keupayaan bertutur akan terserlah.

2 comments:

  1. aida
    anak sedara mamaD autisma juga.
    masa umur dia 2thn ibu dia dpt kesan
    sekarang ni mamaD yg jaga budak autisma tu..
    mula2 mmg demam la mamaD dibuatnya
    tp sekarang bila mamaD dah tau mcmana cara mjaga kanak autisma ni
    dah tak de masalah dah
    ibu bapa dia pun heran..mcmana budak tu leh dengar cakap mamaD daripada mak bapak dia sndiri..he2..

    ReplyDelete
  2. tu la mamaD.
    kena byk membaca la kita ni kan.
    terlalu luas ilmu pendidikan yg ada utk anak2.
    kena rajin membaca dan kongsi sesama kita.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi nak tinggalkan komen.
Top komen mungkin akan dpt gift dari Aida ~ in shaa Allah.
And Aida pasti akan blogwalking blog uolls kembali :)