Hampir berakhir hari Jumaat utk minggu ni... Hari ni saya cuti. Kenapa? Sesaje, malas nak keje! Bleh ke gitu? Lu pikir la sendiri... hi hi!

Minggu ni tak dpt saya bebel byk kat blog ni sebab internet lembab teramat. Asyik appear NOT RESPONDING. Lemah segala urat badan. Biasa nyer one day saya da bleh melawat blog kawan-kawan & tempek komentar. But, dlm minggu ni perlu 2-3 hari untuk saya khatam semua blog kawan-kawan! Geram tul bila appear NOT RESPONDING... Arggh @##?!%#@...

So, today melakukan rutin seperti suri rumah tangga sepenuh masa - mengemas tandas, rumah & dapur... melipat baju (ada lagi baki lom berlipat tu) dan membasuh baju. And, dpt memasak awal ptg. Maklumlah, 2-3 weekend yg lepas langsung saya tidak dok rumah. Byk kerja-kerja pembersihan tertangguh @ terbengkalai. Then, yg best nyer, paling penting, sempat saya ke kedai buat facial muka dari jam 12:05 tghari hingga ke 1:45 ptg. Hmmm sungguh selesa! Da lama tak gi, kedai kecantikan tu da berubah wajah, lebih selesa...











Ada satu tempat menunggu dgn rancangan ASTRO. Dan, satu tempat untuk consultation.











Gambar kiri : Dari tempat saya duduk dgn hidangan teh herba. Hmmm... pahit!
Gambar kanan : Macam-macam produk ada. Just namakan saje. Hmmm... sebab tu saya tak susah cari informasi tentang apa-apa produk di pasaran.

Pada kawan-kawan di Melaka atau dtg berkunjung ke Melaka, boleh la memanjakan diri kat kedai JELITA PESONA di Bukit Katil. Bleh buat facial muka, bersauna (aromaterapi / infra-red / rempah), mandi lulur / bunga / rempah, masker badan dan urut badan. Contact saya and saya fix kan apoinmen nyer.

Malam ni seperti malam-malam sebelumnya, dpt la saya homeschool Nurin dgn Giant Flash Cards. Nurin sedang mewarna lagi waktu saya menaip nukilan ni... Ni la hasil nyer :-


> SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA... MOGA SEMUA PERANCANGAN BERJAYA <