Terpanggil saya untuk menaip nukilan ni setelah membaca salah satu komentar berguna di MHU - forum. Saya seorang ibu yg masih lagi mencari-cari modus operandi terbaik dan konsep yang sesuai untuk homeschool @ sekolah di rumah Nurin dan Syuhada. Tiap-tiap hari saya akan cuba untuk curi masa dan sit down dgn mereka --> belajar. Tidak kira secara manual dgn buku dan/atau secara interaktif dgn tv ataupun laptop.

Tak nak usik isu tak sempat or tiada masa dalam nukilan ni. Itu la masalah utama saya! Tapi, tu bukan satu batu penghalang.

Saya cedok sikit komentar tu, yakni begini lebih kurang --> "homeschool dari segi Islam bukanlah setakat mengajar membaca seawal umur 2 tahun atau menulis / mengira seawal umur 3 tahun. Tetapi, mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH sebaik sahaja anak mula berkata-kata dan menerapkan kehendak agama dan syariah sedari anak kecil."

Setakat tu saje saya nak cedok dan tempek di sini. Ia buat saya terfikir. Ada benarnya... Dan saya tersedar diri.

Kita dok sibuk ajar anak membaca dan mengira. Mahukan anak kita cepat membaca dan mengira. Menyediakan pelbagai jenis medium untuk anak menerokai dunia --> buku, vcd, dvd, program di internet...

Hanya sedikit dari kita yang menjurus ke arah keagamaan, mengaji dan mengenal huruf jawi.

Imam Shafie telah menghafal Al-Quran di usia 4 tahun. Ilmuan Islam dahulu --> Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusd, Al-Khawarizmi dan lain-lain, mereka juga memulakan pendidikan di peringkat awal, zaman kanak-kanak. Majoriti daripada mereka telah menghafal Al-Quran sejak dari kecil, sebelum mereka menerokai ilmu-ilmu seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain.


Saya rasa bersyukur kerana keputusan yang saya ambil untuk daftarkan Nurin di sebuah tadika Islam... adalah keputusan yang terbaik. Meskipun, ada bantahan dari satu dua pihak yg mengatakan --> nanti anak lambat membaca, tak tahu mengira!

Apa salah nya if Nurin lancar membaca Qira'ati terlebih dahulu berbanding dengan Bacalah Anakku atau ReadEasy ? Salah ke if Nurin lancar membaca Al-Quran terlebih dahulu berbanding membaca buku cerita ?

Nurin juga sebenarnya diajar menghafal beberapa surah pendek dan salah satunya Al-Fatihah. Saya mengetahui nya apabila curi-curi dengar Nurin mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Most of the time, Nurin akan membaca doa-doa dan surah-surah yang dihafalnya apabila dia keseorangan atau bermain bersama Syuhada, tanpa kehadiran saya dan hubby. Bila saya atau hubby ada je, dia jadi pemalu pula.... Hmmm...

Sebenarnya, pendidikan awal untuk anak ni banyak cabang ilmunya. Terlalu banyak. Bukan setakat membaca dan mengira. Tiada satu pun cara didikan yang salah kerana ke arah mana sekalipun, hanya satu matlamat ... Anak yang cerdik pintar, berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.