Saya amat percaya bahawa dengan menonton rancangan kartun, anak-anak pun boleh belajar. Kini, telah banyak dicipta oleh orang yg bijaksana rancangan-rancangan kartun yang menyelitkan ilmu & pendidikan bagi kanak-kanak.

2 rancangan kartun di atas tu, MICKEY MOUSE CLUBHOUSE dan DIBO THE GIFT DRAGON adalah di antara kartun favourite Nurin, selain dari Barbie, Sesame Street dan Barney. Nurin boleh belajar SHAPES secara tak langsung. Siap boleh tunggu depan tv lagi, samada apa yang di tunjuk tu betul ke salah. Very effective.

Channel pilihan saya & hubby adalah PLAYHOUSE DISNEY and CERIA.

Ada juga rancangan kartun lain yang Nurin minat seperti TOM & JERRY and PINK PANTHER. Ini la kartun wajib di pagi hari sementara nak tunggu waktu ke tadika.

Yang penting - IBU AYAH KENA PANDAI PILIH. Kita boleh bawa anak kita ke arah yang kita nak. Ke arah yang sesuai dengan peningkatan akal anak. Yang membuatkan anak kita berfikir sambil berhibur DI DALAM DUNIA MEREKA YANG TERSENDIRI.