Semalam, ada satu kes lelong. Sebuah rumah org Melayu - teres satu tingkat yg telah di renovate depan dan belakang. Lelong berjaya - sold RM74,000-00. Before hammer diketuk, the interested Purchaser tanyer soalan ...

Purchaser : Saya da periksa hartanah. Didapati owner lama masih duduk situ la. Macamana saya nak suruh dia kosongkan hartanah ?
Pendaftar : Peguam, sila jawab.
Aida : Harap maklum bahawa telah tercatit di dalam perintah mahkamah yang owner mesti mengosongkan hartanah dlm masa 7 hari dari hari ni. Perintah telah pun diserahkan @ dihantar kepada owner. Dia akan sedia maklum.
Purchaser : Kalau dia tak nak keluar macamana ?
Aida : Encik merupakan beneficial owner ke atas hartanah ni sekarang. Encik ada hak berdasarkan perintah mahkamah. Kiranya owner ingkar, Encik boleh la buat report polis atas sebab pencerobohan. Encik boleh kunci hartanah tu.

Purchaser pun senyum and agreed to buy...

Hmmm... apa yang saya nak cerita sebenarnya... If owner tu kena keluar, mana la dia dan keluarga nak berhari raya ??? Unless purchaser tu baik hati and bagi tempoh until after raya, baru kosongkan hartanah.

Nak buat camna. Owner tu tak usaha untuk bayar hutang. Settle kan tunggakan. Ikut perjanjian kena la Bank lelong rumah. Peluang telah diberikan banyak kali, tetapi owner gagal @ ingkar bayar.

Sukar sebenarnya untuk digambarkan senario pekerjaan Aida yg amat rumit. Banyak bermain dengan perasaan sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila defendan tu adalah MELAYU. Rasa kesian... Most of them, sangkut payment dek kerana hilang kerja, accident, sakit.

Itula dia. Kita yang perfect di hari raya, insya'Allah, kena la bersyukur byk2. Ramai lagi yang tidak sebertuah kita.