Monday, October 12, 2009

ANAKKU SEDANG BELAJAR




Suatu hari di bilik Nurin.
Nurin memang gemar ajak kawan-kawan (anak-anak jiran) masuk bilik and lepak dgn semua mainan mereka. Abis katil 2 tingkat tu dikerjakan oleh mereka bertiga. Syuhada tak masuk team sebab kakak-kakak kurang layan dia (hi hi hi).
Kebetulan saya baru belikan Nurin & Syuhada macam-macam jenis mainan. Ayah ibu sedang mood baik, ambik je la apa yg korang teringin kat mall tu.
Mereka bertiga di atas katil tu main masak-masak. "Awak jadi kakak, awak jadi mak, saya jadik adik" antara dialog mereka yang saya dengar. Ada juga mereka bersama mengira 1 - 10. Dok sebut hurup A, B, C,... Mereka bertiga sebaya.
Mereka bermain dan belajar.

*
*
*

Saya lebih suka Nurin main di dalam rumah, berbanding dengan saya biarkan dia dua beradik kat luar rumah, ntah pe pe yg dimainkan. Saya juga izinkan dia bawa masuk kawan-kawan, but, ada limit beberapa org je la. Penuh karang bilik tu, lain pula jadik nya. Everything still under pengawasan saya dan ayah nyer sepenuh masa.

Saya ni cepat naik angin sebenarnya. Dialog di bawah adalah biasa dikeluarkan oleh saya :-

1 -- "Alamak, kenapa usik barang ibu?!!"

2 -- "Ya Allah, bersepah la rumah ibu macam ni!!!"

3 -- "Kenapa boleh pecah / koyak?!!"

Itulah rungutan saya selalunya. Normal la tu sebab saya ni adalah full time working mom. Bila balik rumah, fikiran berserabut dan penat, macam-macam bleh jadi. Maklumlah, Nurin & Syuhada amat aktif, sentiasa lasak, sentiasa bercakap brot bret brot bret, so, tahap kesabaran saya yang tinggi di selalu saje diuji. But, slowly saya perbaiki diri dgn beri mereka sedikit peluang untuk bebas. Sampai time --> KEMAS!

Kerana, setiap yg mereka buat semasa bermain adalah pelajaran. Saya belikan apa saje yang berunsurkan pendidikan untuk mereka. Agar mereka rasa gembira di rumah. Semua ada. Semua dapat! Mereka suka nak eksperimen itu dan ini. Aduhai, anak-anakku. Kalau tak menconteng, koyak, memang la tak sah. Daripada pembacaan saya, ini adalah perkara yang positif untuk anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur mereka meningkat, barulah kita slowly didik mereka ke arah yang lebih baik.

*
*
*

Anak-anak dara saya lebih banyak bersama babysitter di siang hari berbanding bersama saya dan ayah mereka. Last night, on the way back dari rumah abang ipar di Klang, di dalam kereta, inilah conversation antara saya dan Syuhada :-

"Ain Adah, esok ibu ayah keje. Adik dok umah mama (babysitter) ye."
"Tak nak la. Adah nak dok umah ibu..."
"Tak boleh, sebab sape nak jaga adik?"
"Alaaa..." sambil muncung sikit. Saya pun gomol pipi dia.

Sedih. Sebab da puas bersama-sama kami sepanjang weekend, kini berpisah kejap di siang hari. Maka, bila berseorangan, saya sedar. Masa kami yang sedikit bersama harus dimanfaatkan. Segala jenis pendidikan tak formal harus diterapkan. Kerana, tak semestinya perlu belajar dari buku-buku, kan?

Sabar adalah satu kunci ke arah kejayaan seorang ibu dan ayah. Kerana, berapa banyak sekalipun yang mereka belajar di sekolah, pelajaran di rumah juga jadi asas untuk segala-galanya.


Photobucket

3 comments:

  1. demi masa depan mereka jugak, kiter terpaksa laa berkorban, kena kerja tinggal diorang..weekend mesti kena habis masa dengan anak2 secara maksima laa utk tebus apa yang hilang tu:)

    ReplyDelete
  2. samala macam su...sebelah siang anak byk ngan ibu dan ayahku..nasib baikla parentsku yg jaga..boleh jugak diaorg ajar apa yg patut...settlekan keja skolah kat umah mak, sebelah malam boleh ulangkaji pelajaran

    ReplyDelete
  3. info yg best... masa dgn anak2 dah smkn limited... dah mcm trend semasa... harap2 anak2 tidak akan terabai... smg kita sentiasa mencuba menjadi ibu bapa yg terbaik

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)