Hua hua hua... kalaulah suami ku terchenta membaca nukilan ini, sure dia tersenyum. Sebab ? Memang sejak 1 November ari tu isteri nyer ini diet... Sempena azam umur baru. Dia pun tahu...

Aida takde masalah berat badan yang teruk. Dan kesihatan pun alhamdullillah, tiada pe yang kronik. Cuma, nak cuba kembali ke berat anak dara - 47 kg. Now, berat la dari tu and biarlah rahsia hi hi hi. Berat paling tinggi yang pernah Aida ada ialah 60 kg, waktu pregnant Syuhada, few days before bersalin.

Sekarang nak fit kan badan sebab planning nak pregnant kali ketiga la awal tahun depan. Kalu dengan badan yang sekarang, ditakuti, tak fit waktu pregnant nak melayan dua dara saya yang aktif tu. Moga Allah murahkan rezeki saya dan husband utk dapat zuriat lagi.

Ni la cerita details nyer :-
  • memang kurang makan nasi. Tumpang 3-4 suap bila suapkan anak-anak dara dinner. Kalu dulu, lunch nasi, dinner pun nasi. Now, lunch setakat roti 2 keping, atau biskut cicah milo, atau kuih 2-3 keping jer. Dinner pula makan lauk & sayur & buah.
  • breakfast memang sedikit heavy la seperti dulu kala --> sebungkus nasi lemak ke, sepinggan mee goreng ke, ... lebih-lebih lagi if lepak kat canteen court. Wajib makan! Tengok member-member makan, menggugat kalbu! Lagipun, breakfast ni beri tenaga seharian bekerja.
  • lepas solat subuh tiap pagi, sauna 20-30 minit seperti biasa. Untuk sessi ni jer, surely 1.5 liter air putih saya telan. Hmmm... pastu, busy la saya ke tandas kerana perasaan buang air kecil amat la tinggi! Kalau anak-anak lambat bangun, mesti skipping 10-15 kali. Cukup ler tu Aida oii untuk pagi hari. Lunch, at least 1 liter lagi minum air putih. Malam, before tidur, 500 ml jer terdaya.
  • kalu gi court, memang akan parking jauh, kat belakang court sana! Then, jalan pantas yang terdaya. Yang best bila ada kes merata alam, naik turun tangga la jawapan nya.
  • petang, tiba jer rumah terus prepare utk dinner. Masak memasak, potong memotong...
  • malam, tak byk aktiviti bleh buat sebab nak juga rehat kan badan. Relax. Tgk tv. Nak homeschool Nurin dan Syuhada lagi. Sambil-sambil tu, 2 hari sekali sessi cuci & sidai baju kat belakang...
Hmmm... baru jer aktif berdiet makan nasi 11 hari da heboh, kan? Terus-terang, Aida ada lemah badan sikit sejak mula diet. But, cepat-cepat makan pe patut. Maklumlah, aktiviti sauna maintain, tambah lagi aktiviti fizikal yg lain tu... Makan kurang. Tu yang lemah. Hingga husband warning, takut saya terpengsan kat mana-mana.

Aida nak tambah aktiviti fizikal la. Aida nak beli dumbbells kat AVON. Untuk kekuatan otot gitu. Lagipun, da lama nak beli. Cuma tak terbeli-beli lagi... hi hi! Ni terpengaruh dgn Farah !!!

p/s : saya bukan nak kurus. cuma nak fit ! di samping jauh dari penyakit. harap maklum...

Photobucket