31 Oktober 2000, Aida sambut birthday ke-22, hubby bagi present --> dia akan berhenti merokok start tarikh tu. Alhamdullillah, hingga ari ni, dah pun 9 tahun 12 hari, dia tidak merokok. Ini penting untuk kesihatan, amat bermakna bagi Aida. Tiada harga untuk present tu kalau nak dinilai dengan wang ringgit.

Today, Aida terima satu lagi hadiah (walaupun belated la) yang Aida kategorikan sebagai sesuatu yang paling bermakna untuk Aida. Aida da start mengharap 'hadiah' ni dalam 1-2 tahun kebelakangan ni. Sangat mengharap! Ia mampu buat Aida tersenyum dari kul 12:15 tghari tadi hingga sekarang. Still happy, hati berbunga-bunga, call hubby, parents and adik-beradik...


Surat dari SPA Malaysia untuk tawaran perlantikan tetap ke jawatan kerajaan (Jabatan Kastam Diraja Malaysia)...


Sekarang, sememangnya Aida tak happy dengan pekerjaan. Namun, perlu memenuhi tuntutan duniawi, kehendak dan keperluan. Aida da dalam bidang kerja yang sekarang ni selama 7 tahun dan 7 bulan... Beban kerja dan gaji amatlah tidak setimpal. Bukan nak mengharap lebih dari yang sepatutnya. Cuma, ingin setiap titik keringat kita ni dihargai oleh majikan sewajarnya. Biar penat bekerja, biar tepu otak berfikir, biar lewat balik ke rumah, kiranya penghargaan itu berbaloi, hilang semua! Hanya tinggal keikhlasan dan semangat kerja yang membara.

Dan baru sahaja berhasrat nak further study, amik Master di UKM. Bercita-cita nak beralih arah ke dunia pensyarah, nak tulis buku, untung-untung jadi profesor... hi hi! Maka, hasrat Master ni perlu ditangguhkan. After sah dalam jawatan kerajaan tu, barulah mengorak langkah belajar lagi.

Happy ! Husband kat Putrajaya sekarang ni, dari semalam meeting tak abis-abis. Petang karang baru balik Melaka. Dia da promise nak belanja dinner. Celebration !!!

Photobucket