Pagi ni saya hantar Nurin ke tadika seperti pagi-pagi yang biasa... OMG! Hari terakhir Nurin ke tadika la untuk sessi 2009... Masih teringat hari pertama saya hantar dia ke pintu pagar sekolah pada 5.1.2009. Waktu tu Nurin masih berumur 3 tahun 11 bulan.

Kejut dia untuk mandi pagi, dia tak menangis. Then, pakaikan baju sekolah dan tudung. Dan pimpin dia ke kereta. She was ok all the time. Saya pun gembira...

Tiba di tadika. Saya kata, "Jom, kakak. Da sampai..." Nurin just menjengah keluar tingkap, tanpa berkata pe pun. Saya pun buka kan pintu. Dia melangkah keluar, lemah longlai. Dia masuk dan cikgu pun terus tutup pagar tadika. Saya dengan cepat melangkah menuju ke kereta... Lom sampai kereta da dengar Nurin menjerit, "Ibuuuuuu... Nak ikut ibuuuuuuuu..." Nurin menangis dengan kuat. Saya sempat melihat dari cermin sisi, berjujuran air mata dia. Nurin peluk pagar tadika. Hmmm... saya sedih! Mengalir juga la air mata saya ketika driving ke ofis hari tu.

Sian anak ibu...
Kecik-kecik da kena gi sekolah...

Tengahari kul 12:15 pm saya da tiba da pick up Nurin. Oleh kerana Nurin paling kecil (perempuan), dalam barisan, dia paling hadapan. Bila nampak je kereta saya, saya dapat lihat senyuman terukir di bibir Nurin.

Kejadian tangisan Nurin berlaku untuk 3-4 hari yang pertama, selepas tu, dia da ok...

Today... da pun last day. Sejak 2-3 minggu lepas Nurin da busy dengan latihan nyanyian dan lakonan untuk convocation day nyer esok pagi. Nasyid... Pantun... Skrip... Puas la saya dan hubby mendengar dia bermonolog tiap malam...

Saya puas hati dengan prestasi dia untuk 1st year tadika ni diumur dia yang baru 4 tahun. Kiranya, saya boleh expect kebolehan dia untuk saya berikan injection ilmu yang lebih... Alhamdullillah... Nantikan album yang akan saya upload sempena convocation Nurin esok pagi yer...