Today is Monday. Tak dpt teruskan perjuangan mimpi, kena bangun gi keje la, hadui! Tekak rasa perit plak pepagi ni. Terus telan 300ml air basahkan tekak di pagi hari. Surely terlebih dose air-con ler malam tadi. Then, after sauna 20 minit, terus prepare diri sebagai seorang ibu kepada 2 dara sunti yg kena keje hingga ke ptg utk 5 hari.... uwaaa!!!

Kawan-kawan sure terkezut naper la si Aida ni dok citer pasal riadah, diet, pemakanan... Yeah! nak le sokong kempen Zel - 99HTN. So, tempek la pengetahuan tentang riada, diet, pemakanan gitu-gitu. Aida ni diet ala-ala jer sebab nasi tu mesti disuap ke mulut walaupun sesenduk sehari. Tak bleh tidak! Maka, Aida join kempen Zel tu separa - 99 hari tanpa nasi YANG BANYAK... hi hi!

Nak citer kisah weekend. Bukan weekend baru lepas, 2 weekend yg lepas - 25.10.2009. Weekend ni dok umah because hubby busy dgn konvo JMTI, ADTEC & ILP kat MITC.

Sabtu & Ahad... Kiranya tiada agenda kerja, balik kampung, jengah adik-beradik di Lembah Klang / KL... Pastinya inilah aktiviti wajib kami sekeluarga 4 kerat. Kul 5:30 ptg da gerak ke destinasi. Paling standard, destinasi kami ialah ke Dataran Pahlawan, Ayer Keroh sebelah Zoo Melaka. Memang ramai orang riadah di situ. Boleh lepak kat tepi tasik. Anak-anak dara saya suka and riang ria.

Merakamkan kenangan kat jam besar. Salah satu mercu tanda Bandar Melaka.

Ayah akan start warm up dan jogging keliling padang 4-5 round.
Ibu & anak2 dara?
Kalu angin tak kuat, ayah ibu main badminton.
Ibu mulakan aktiviti - skipping.
Ibu juga tukang pantau & kejar anak-anak.

" Syuhada, jom la kita main pusing-pusing.
Adah penat la kak nurin.
Ala.. jom la!
Tak nak! "

Nurin pun pusing-pusing & lari-lari sorang-sorang.

Syuhada kepenatan..... huh!
Dan kurang sporting... tak layan ibu @ mamarazzi!!!