Venue : dalam troli Giant, Batu Berendam
Date & Time : 21.11.2009 @ 9:45 pm


Kalau saya pergi makan luar or ke kedai, surely ada orang akan tanya - KEMBAR YE? Tak la, ni kakak, ni adik... YE KE? MACAM KEMBAR LA... Bukan setakat penjual or orang awam lain, kawan-kawan saya & hubby pun pandang mereka 2-3 kali nak confirm which one kakak and adik.

Pembesaran tubuh Syuhada memang cepat berbanding dengan Nurin masa kecik dulu. Baju yang Nurin pakai waktu dia 3 1/2 tahun, Syuhada da boleh pakai pulak waktu dia 2 tahun.

Kalau mereka berdua berdiri tegak rapat, org akan nampak la beza ketinggian. But, if mereka sedang bergumpal, berpelukan, berkejar-kejaran, duduk, baring... confirm org akan confuse.

Confuse ke? Pada saya banyak beza mereka berdua... Hmmm...

Hadui. Pasal diet lagi. But tips kali ni bukan utk makan! Tips kali ni berguna utk semua samada diet or tak diet...

CARA PALING TEPAT TIMBANG BERAT BADAN

(gambar hiasan semata-mata!)

  • WAKTU TERBAIK MENIMBANG
Elakkan menimbang berat badan waktu sedang haid! Sebabnya, waktu ni kita mengalami gangguan hormon Selain emosi kurang stabil, tubuh juga cenderung menyerap air yang banyak! Oleh itu berat badan mungkin naik 1-2 kg waktu sedang haid.

Waktu terbaik menimbang adalah seminggu setelah kedatangan haid kerana tubuh kembali seimbang.
  • JAGA POSISI TUBUH DI ATAS PENIMBANG
Pastikan anda tidak bergerak-gerak, mesti berdiri dengan stabil, jangan berjingkit atau menaikkan sebelah kaki. Sedikit saja pergerakan akan mempengaruhi berat yang ditimbang.
  • KEADAAN TUBUH MEMPENGARUHI HASIL TIMBANGAN
Dalam keadaan tubuh sakit, keputusannya pasti berbeza dengan ketika anda sedang sihat. Selain itu, biasakan diri menimbang berat badan dalam keadaan yang sama. Contohnya, setiap kali perut kosong, atau setiap kali setelah buang air besar. Barulah dapat hasil yang sama dan agak tepat. Disarankan, timbanglah pada waktu pagi sebelum mengambil apa-apa makanan / breakfast kerana itulah waktu yang paling tepat.
  • BERAPA KERAP HARUS MENIMBANG ?
Seeloknya, timbang seminggu sekali. Timbanglah berat badan setiap hari Jumaat atau Sabtu. Elakkan timbang berat hari Isnin kerana Sabtu dan Ahad adalah waktu kita memuaskan nagsu makan! Masak meriah untuk suami & anak-anak, atau ke kenduri-kendara, atau window shopping ke mall and singgah di fastfood restaurant.

*
*
*

Itu la dia tips nyer. Harap berguna untuk kawan-kawan ye.