assalamualaikum & salam sejahtera 😀

berat badan berlebihan?
obesiti?
gemuk? 😳

kita dikatakan gemok???
ye le. mana tak gemok. PKP dah lebih 70 hari! meskipun termasuk 30 hari bulan Ramadhan, still diri ini yg bertugas menyediakan juadah seharian. bukan je makanan yg masuk ke tekak kita ni hah. bau nyer pun dah buat kita ni gemok 😓 😂 ha ha ha ha...

terngiang-ngiang kata-kata mr.asben terchenta mlm td, "...ibu dah gemok...". oh my God! 😩
maka, dgn sukacitalah saya up kan semula entri lama ni. jom kita amik tahu tentang Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan & Obesiti.

helok sgt kan sharing saya ni. PKP dok rumah. boleh dikira brape kali saya jejak tanah kat luar taman perumahan ni. helok sgt la ni saya share perihal g.e.m.o.k ni. ketahuilah bahawa, piawaian global yg digunakan utk buat pengkelasan berat badan kita samada normal, berkurangan, berlebihan atau obesiti ialah Indeks Massa Badan (BMI).

BMI =   Berat Badan (kg)
               Tinggi x Tinggi (m2)

ukuran BMI :
  • 18.5 hingga 25 = normal
  • 25 hingga 30 = berat badan berlebihan (sila hati-hati dgn risiko penyakit!)
  • > 30 = obesiti! (sila hati-hati dgn risiko penyakit!)

satu lagi saya nak highlight kali ni ialah nisbah pinggang-ke-pinggul (waist-to-hip ratio [WHR]). dlm perkataan biasa-biasa mudah faham, WHR ni dikira dgn membahagikan lilitan pinggang dgn lilitan pinggul.

WHR =   Keliling pinggang (cm)
             Keliling pinggul (cm)

ukuran WHR :
  • < 0.9 = sihat (lelaki)
  • < 0.8 = sihat (perempuan)
  • > 1.0 = isyarat bahawa kita mesti bertindak utk kurangkan lemak berlebihan di bahagian perut. ni dah tahap tak sihat!

MENCAPAI PENGURUSAN BERAT BADAN YG BAIK
jumlah tenaga (kilokalori) digunakan utk mengendalikan fungsi badan yg penting meskipun ketika kita sedang berehat. contohnya, aktiviti otak, denyutan jantung dan pernafasan. ini pula dikenali sebagai Nilai Metabolisme Asas ( Basic Metabolic Rate [BMR]).

BMR kita ni akan bertambah seiring dgn kenaikan berat badan. tapi, ia bertambah lebih byk lagi bila nisbah otot berbanding dgn lemak dlm badan semakin meningkat! BMR boleh menurun pula ikut faktor pertambahan umur. ni sebab bila umur kita bertambah, otot kita pun berkurang.

berat badan kita ni bertambah selalu dikaitkan dengan makan terlebih byk kalori. pastu, kurang plak bersenam dan amalan hidup yg kurang aktif. itu yg beberapa tahun kebelakangan ni muncul byk grup mempromosikan Diet Kalori. apps di phone pun byk berpaksikan Diet Kalori. saya guna apps MyFitnessPal. as for saya ni, seharian jgn lebih 1200 kalori 👌.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti & Diet Kalori
dulu, kini & selamanya lah MyFitnessPal tu ada di muka depan phone saya 😊.
tapi tu lah hmmmmm... dah berbulan-bulan tak aktifkan 😆😆😆.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti & Diet Kalori
tadaaaaaa... detik permulaan saya dgn MyFitnessPal was on January 2018.
goals saya realistik utk diri saya la.
paling minima ialah pengurangan 500g seminggu.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti & Diet Kalori

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti & Diet Kalori
mudah je. masukkan makanan kita setiap hari.
nanti ada panduan brape kalori kita dah ambil dan baki.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti & Diet Kalori
jgn risau, ada panduan makanan & nilai kalorinya.
bolehlah kita agak-agak brape pengambilan nilai kalori kita seharian, kan 👍.


[boleh klik rujukan saya ni utk lebih faham tentang BMR : SusuSejat]


byk la juga saya baca-baca time nak diet kalori dulu kala. di facebook juga saya join semua grup berkaitan diet kalori. semua grup sgt beri manfaat dan motivasi. ia beri saya byk maklumat utk lebih memahami berat badan sihat, berat badan berlebihan & obesiti. saya pilih diet kalori pun sebab ia sgt sesuai dgn gaya makan saya seharian.

apa yg penting dlm diet saya adalah diet yg sihat & tidak tahan lapar.
  1. saya tidak akan skip sarapan pagi. inilah masanya saya menikmati kesemua makanan kesukaan saya bersama segelas nescafe tarik kaw!
  2. seharian selepas tu saya cuba sedaya-upaya utk tidak lagi minum air manis. time sarapan sahaja.
  3. complete kan keperluan air putih tidak kurang 1.5 liter.
  4. saya tidak minum air berais.
  5. makan malam sebelum jam 8 mlm. sebab kul 10 mlm saya dah masuk tidur.
  6. bersenam? ni wajiblah kan kalau nak jaga badan. tapi tu la, number 6 ni ikut mood saya 😄😄😄.

apa senaman yg saya suka buat ?
  • aerobik / zumba depan tv dlm rumah sorang diri.
  • squat challenge.
  • plank challenge.
  • dulu kala time cuti belajar (2 thn), sempat la jogging dan dibantu oleh apps MapMyRide.
[boleh la baca sharing saya : MapMyRide]

sekarang. saya bersauna juga. utk lebih meringankan badan. in shaa Allah.

😅 ok la setakat tu perkongsian saya. moga semua perkataan yg saya taip ni beri manfaat kpd semua ye.