Friday, November 27, 2009

PENGERTIAN IBADAH HAJI


Alhamdullillah. Bertemu lagi kita di pagi 10 Zulhijjah yang penuh rahmat. Satu kejayaan bagi saudara-mara kita yang berada di Makkah sempenah mengerjakan ibadah haji, rukun islam ke-5.

Telah tercatit di senarai wishlist saya... Moga Allah murahkan rezeki saya... Panjangkan umur saya... Sihatkan tubuh badan saya 100%... Saya ingin menunaikan umrah & haji bersama-sama suami sebelum kami berumur 45 tahun at least sekali. Lagi awal, lagi bagus. Sememangnya lebih baik bagi saya untuk ke sana di kala saya masih lagi kuat, muda dan sihat, insya'Allah...

*
*
*

Dimensi ibadah haji yang perlu kita fahami tidak hanya terfokus pada ritual semata-mata, tapi juga hakikat dari seluruh ibadah yang diperintahkan Allah kepada manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘’Ambillah dari aku tata cara berhaji.’‘ Hadis Nabi tersebut menegaskan bahwa segala tata cara dalam berhaji sudah memiliki perincian maknanya masing-masing. ‘Kerana itu, para jamaah haji sangat perlu memahami makna ibadah ibadah haji yang dilakukannya.
Ketika kita memakai pakaian ihram dan membacakan talbiyah, itu mencerminkan komitmen kita untuk datang memenuhi panggilan Allah SWT untuk menunaikan ibadah haji. ‘Pakaian ihram yang sama untuk seluruh jamaah haji juga memiliki makna bahawa kita semua sebagai umat Islam adalah sama di mata Allah.
Melaksanakan tawaf di Kabah dan berjalan mengelilingi Kabah sebanyak tujuh kali, memiliki makna bahawa umat Islam merupakan umat yang dinamis dan jujur. ‘Tawaf yang dilaksanakan tujuh kali hanya di pelataran Ka’bah saja mencerminkan bahawa segala pekerjaan yang dilakukan oleh umat Islam hendaknya selalu dilaksanakan di jalan Allah dan hanya berdasarkan petunjuk Allah SWT.
Sedangkan berlari-lari kecil antara bukit Shafa den Marwah ketika sa’i, memiliki makna bahawa kita tidak boleh berputus asa terhadap rahmat Allah. ‘Sama dengan Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim) yang tidak berputus asa memohonkan keselamatan anaknya dan mencarikan air untuk anaknya, Ismail yang tengah menangis kehausan.
Bagaimana dengan tahalul? Ritual haji tersebut pun mengandung makna yang sangat dalam. Mencukur rambut merupakan bukti syukur kita dan kepatuhan kita terhadap perintah Allah SWT dengan mengorbankan sesuatu yang amat kita sayangi. Dalam hal ini, mengorbankan hal yang kita cintai tersebut direpresentasikan oleh mencukur rambut.
Ia pun mengupas makna melempar jumrah, iaitu agar kita menjauhkan diri dari segala sifat buruk yang biasa dimiliki syaitan / iblis. ‘Segala sifat iri hati, dengki, sombong, dan takabur merupakan sebagian dari sifat buruk yang terdapat dalam diri syaitan / iblis yang cuba kita hilangkan dengan cara melempar jumrah.
Selain memahami makna ibadah haji, kita mestilah juga menghindari atau meninggalkan hal-hal yang dilarang, khususnya selama mengerjakan ibadah haji. Selama kita berhaji, janganlah berbicara kotor, jangan bercumbu, dan jangan saling berbantahan sesama umat Muslim. Tidak kalah pentingnya, jangan pernah menyombongkan diri.
Kerana itulah, sebelum melaksanakan ibadah haji, para calon jamaah haji perlu meningkatkan pemahamannya tentang Islam mahupun tatacara berhaji yang sebaik-baiknya. Lakukanlah persiapan dengan banyak membaca buku dan bertanya kepada orang yang telah pernah menunaikan ibadah haji sebelumnya.
ibadah haji merupakan ibadah yang apabila mampu wajib dilaksanakan sekali seumur hidup, maka perlu pemahaman ilmu keagamaan yang baik. Ketika kita sedang melaksanakan rukun haji seperti tawaf, sa’i, dan melempar jumrah kita harus memahami hakikat dari rukun yang kita laksanakan tersebut.
Kerana haji merupakan puncak dari seluruh perintah Allah, maka dimensi ibadah yang perlu difahami tidak hanya terfokus pada haji semata tapi juga hakikat dari seluruh ibadah yang diperintahkan Allah kepada manusia. Ibadah haji tidak hanya tergantung pada pelaksanaan rukun dan wajibnya semata tapi juga harus dilengkapi dengan perbaikan akhlak yang semakin menuju kemuliaan.

*
*
*

Pagi ni saya berada di Seremban, rumah MIL. Lepas solat jumaat karang, baru turun ke rumah mak abah di Kuala Sg. Baru, Melaka. Kakak saya buat korban seekor lembu kali ni. Alhamdullillah... Kebetulan, esok pagi ada plak mak sedara buat kenduri kawin kan anak perempuan nyer...

Baik di rumah MIL atau di rumah mak abah, kami memang memeriahkan Aidil'Adha seperti Aidilfitri. Masak-masak pelbagai juadah untuk dimakan di pagi raya selepas solat sunat hari raya. Berbaju kurung, berbaju melayu bersampin dan pastinya berkumpul adik-beradik.

Selamat Hari Raya Aidil'Adha... Bye ! Wasalam...

Photobucket

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)