Suka nak share dgn kawan2 pasal homeschool. Sebab saya rasa ni ilmu berguna utk semua mommies...

Sedia maklum la ye bahawa saya memang menggunakan kaedah fonik sepenuhnya untuk mengajar anak-anak, terutama Nurin yang kini memang saya ajar secara intensif. Pada saya memang kaedah fonik ni amat berkesan dan mudah anak-anak nak faham. Apply untuk Bahasa Melayu dan English.

Langkah pertama --> ajar anak sebut. Nak buka mulut camne. Lidah letak kat mana. Nak mengayakan bibir camne. Bab ni memang ibu kena pandai buat gaya la. Termasuklah buat memek muka untuk anak-anak faham. Tak perlu buka buku or tunjukkan flashcards. Hanya ajar bunyi saje! Part ni, set ABU ADA AYAM / CORY CAT memang boleh membantu:
  • cd lagu ABU ADA AYAM / CORY CAT - lagu akan ikut turutan bunyi di dalam buku.
  • 30 keping flash cards
  • 1 buku mewarna - setiap page akan ikut lirik lagu ABU ADA AYAM / CORY CAT dan gambar aksi untuk diwarnakan
cd tu saya on dalam kereta.
tempat paling sesuai untuk anak-anak saya concentrate.
flashcard tu saya kuarkan sikit, ikut silibus.

-gambar dari post lama ni --> klik utk baca-
(posters ni saya beli and tampal di dinding.
tiada dlm set di atas.
)

Langkah kedua --> keluarkan flashcard satu demi satu ikut silibus. Buka buku. Now, time untuk mereka kenal rupa bunyi. Langkah pertama hanya bunyi. Langkah kedua, tak perlu betulkan sebutan, lidah, muncung, whatsoever. Direct kepada pengenalan rupa bunyi itu dan seterusnya membaca.

Ni akan ada sikit masalah, sikit jer. Bila anak kita da tahu ABC iaitu da kenal huruf. Bila kita tunjuk 'a', dia akan sebut nama huruf, bukan bunyi aaa. Di sini, kita kena pandai la mainkan peranan / kreativiti. Kebetulan, Nurin di tadika belajar silibus fonik juga, so, saya ada sedikit je masalah ni.

Langkah ketiga --> saya andaikan ini langkah terakhir kot. Menulis.
Saya da pun start writing session dengan Nurin secara serius. Fonetik Ekspres 1 & 2 tidak terhad dengan hanya ambik pen dan ikut garisan. Ada mewarna, menggunting dan menampal, suaikan mana yang sama, pangkah mana yang berbeza dan byk lagi jenis aktiviti menulis yang berkaitan.

Selain dari Fonetik Ekspres ni, saya banyak gunakan whiteboard dan marker pen yang pelbagai warna. Nurin memang la suka sessi dengan white board ni. Hingga tak nak berhenti belajar! Tu yang paling saya suka. Semangat nak belajar dia lebih membara bila saya sediakan macam-macam jenis buku-buku dan bahan mengajar.

-gambar dari post lama ni --> klik utk baca-

Saya memang sesuai sangat dengan Siri Cepat Membaca dan ReadEasy ni. Complete bahan-bahannyer. Saya suka. Hmmm... mana-mana ibu-ibu yang da mula fikir tentang ajar anak membaca memandangkan anak da nak masuk 3 tahun, saya syorkan la produk fonik ni.

Singgah sini untuk beli online.
Ada harga murah kalau register jadi ahli.
Pelbagai rujukan, bahan pendidikan ada.
Pengasasnya pun seorang ibu macam kita, Puan Rosnita.
Photobucket