Thursday, December 10, 2009

MARI DENGAR CERITA

Terkenang citer hubby pd saya kelmarin... Hubby dan ofismate minum pagi di cafe Taman Puncak. Ada la beberapa org bapa yg lain sedang minum pagi di cafe tu. Dgn kuat nyer salah seorang bapa menasihati bapa yg lain... Sedikit sebanyak, gini la kata-katanya :

"Ko suruh anak ko jadik lawyer. Lawyer kaya! Satu bil je da ribu-ribu kita kena bayar lawyer."


Hubby dan member2 nyer saling berpandangan dan tersenyum.

Itu juga yang abah saya kata dulu, sebelum saya isi borang UPU. Di antara 5 anak2, abah kata, saya yg layak jadi lawyer. Abah kata, kakak-kakak saya da amik accountancy & medicine. Abang pula amik engineering. Maka, tinggal saya & adik bongsu. Adik bongsu amik engineering juga lepas tu, ikut abang.

...... Indah khabar dari rupa. Bukan seperti yang dikata.

Boleh kaya. Boleh gaji RM5k bersih sebulan. But, buka la firm sendiri. Jadi partner pun da orait. But, kena gak tgk firm. Now susah nak dpt bisnes. Ekonomi gawat. Projek perumahan byk sangkut. Bank rendahkan scale fees. Bank pula now da byk gabung. Maka, da kurang bank. Kurang la lawyer dpt job.

Practice cert and insuran jer da 3-4 ribu sorang. Nak juga amik clerk and despatch. Nak ada modal sebab nak kena marketing. Marketing guna air liur tak jalan punyer. Paling sengkek pun nak kena belanja manager bank hi tea. Nak kena bagi hamper paling besar kat officer...

No money, no talk punyer konsep.

Nak le cerita juga yang.... Ada sorang member saya ni gi ofis developer. Nak buat marketing la sebab dia baru je buka firm. Ada ke patut manager inform member saya bahawa lawyer ni BEGGAR !!! Kata nyer, lawyer sanggup tunggu dia berjam-jam semata-mata nak job. Merah padam member saya. Demi menjaga maruah, dia sound direct manager tu hingga manager tu terdiam. Panjang lebar lecture dia kan manager tu, tak kuasa saya nak type kat sini... hi hi hi...



Ada ke patut sorang manager pejabat pemaju yang kelulusan hanya SPM, nak menghina professional? Kami memang terbuka untuk terima sebarang kritikan, tapi jgn hingga tahap menghina.


Satu lagi cerita, member saya lagi sorang pegi la site, untuk opening ceremony satu projek perumahan. After sudah park kereta, on the way to the site, ada la sorang lelaki cina, suku-sakat pemaju la ni, tegur dia.

"Why are you late? Go. Lawyers line up there like dogs!!! Faster!"



Merah biru kuning muka member saya. Kononnya cina tu nak ler inform yang da ramai lawyer datang ceremony tu. Semua nak job la.

Allahu Akbar. Saya mendengar cerita mereka terasa amat bengkek! Kalau la saya ditempat salah sorang dari mereka, mesti org-org tu kena makan kasut punyer. Kurang a*ar sgt!

Dah le kami ni dianak-tirikan oleh Bar Councel. All the office bearers semua nyer nak main politik. Busy nak dpt title DATUK... DATO'... TAN SRI... whatsoever! Nampak je dalam tv mcm pertahankan nasib lawyer. But, hakikatnya, setakat bising kat press je. Perlaksanaan???! Tunggu green light pihak tertentu...

Oh God! Kami ni professional yg tak nampak bagus. Meskipun gah pada nama.

Pernah satu senior (da 25 tahun jadi lawyer) inform saya :

"Belajar jadi doktor susah giler...
Setakat belajar dari lawyer, senang, hafal jer kulit ke kulit...

Tetapi...

Jadi doktor senang, org sakit cek je sini-sana and bagi ubat.
Tak baik, dtg lagi and bagi ubat kuat lagi...
Doktor tak bawa balik pesakit ke rumah. Nak kena saman pun susah!
Negligence ??! Takkan menang kita ni.
Orang bayar tanpa minta diskaun pun.
Walaupun tak baik-baik after berbotol ubat abis.



Jadi lawyer susah giler!
Tak abis setakat kat office.
Kat rumah pun masih dok kena fikir utk kes esok.
Kes tak mcm pesakit yg tukar tiap hari.
Nak kena settle, satu kes kekadang makan 3-4 tahun nak siap.
3-4 tahun baru dpt payment bil.
Selagi tak settle, tak dpt payment.
Kena ikut gaya client... judges... officers...
Kena bambu sesuka hati oleh client... judges... officers..."

Ada betul nyer kata-kata dia. Sebab kakak saya was a doctor. Dari tahun 1995 hingga la 2007 kot. Now dia da jadi Pengarah kat kementerian kesihatan. Dpt la saya imagine senario-senario yg dia maksudkan.

Hmmm... Sebab tu saya nak say goodbye to this profession. Kebetulan today hari terakhir saya sebagai sorang lawyer. Cukup la 7 tahun dan 9 bulan jadi lawyer. May be orang akan kata, bodoh nyer si Aida ni. Da jadi lawyer, stop plak!

Hakikatnya, hanya saya yang tahu. Busuk-busuk pun hampir 8 tahun saya berenang dalam arus yang menyukarkan ni. Hampir lemas! Namun, akhirnya ada tali yang dilemparkan dari daratan. Dpt saya capai... Selamat naik ke daratan. Meneruskan hidup dengan nafas dan azam baru.

Insya'Allah...

6 comments:

  1. Susah jadi lawyer yer aida, besar tanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. kita memang takkan rasa macam mana susahnya satu satu profession tu hingga kita sendiri berada di posisi tersebut.

    don't give up da.. life must go on :)
    kalau dah memang tak suka, and dah hampir lemas, memang patut bertukar angin pulak.
    i was there too.. cuma bertukar tempat keje je, profession still sama. heheh

    so skrg kat johor keje apa?

    ReplyDelete
  3. baru tau jerit perih jd lawyer...takpe aida, good luck in your new profession :)

    ReplyDelete
  4. tq semua.

    tu la dia lumrah hidup.
    tak cuba, tak tahu.
    tak kenal, maka tak tahu.

    da tau, baru bleh buat kesimpulan.
    dan belajar atas pengalaman...

    ReplyDelete
  5. Kak Aida...

    ermm...ni mesti loyar liti kan..hehehe....irra loyar convey...i really 2 enjoy doing this!!tp xtaula 2@3 nati dh boring.huhuhu..ikut jejak k.aida lak.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)