Jul 29, 2009

NURIN DEMAM & KISAH H1N1 ...

11 comments:
Hari ni Nurin cuti sebab dia tak sihat. Badannya masih panas. Batuk dan selsema pun ada sikit-sikit lagi. Tak tergamak nak suruh dia ke sekolah melihat keadaannya yang kurang aktif. Melaka pulak 3-4 hari kebelakangan ni cuaca tak menentu. Hujan lebat hingga banjir beberapa tempat. Pagi ni pun lebat juga, angin nyer mcm ribut!

Malam tadi, sempat juga Nurin belajar secara interaktif, chewah!














Kandungan vcd dan buku adalah sama. Ada muzik latar yang comel, yang membuatkan Syuhada menggoyang-goyangkan bahu dan kepala hi hi hi... Terdapat 7 lessons --> NUMBERS, COLOURS, SHAPES, ANIMALS, INSECTS, DAYS OF THE WEEK dan GREETINGS. Very simple and easy for Nurin and Syuhada to understand and follow accordingly.

But, after 3-4 round repeat vcd tu, Nurin ...














... melepek di bahu ibu.
Makan ubat.
Pastu, terus tido hingga ke pagi ni.



H1N1
--> harap maklum bahawa hari ni kes kematian ke 4 tragedi H1N1 di Malaysia. Seorang perempuan berumur 20 tahun yang telah dirawat oleh sebuah hospital di Melaka [tidak dinyatakan nama hospital].

--> kes terdekat yang saya tahu --> First, ILP Ledang, office hubby, ditutup dari esok hingga 4.8.2009. Ada students disyaki terkena jangkitan H1N1. Second, Sekolah Menengah Munshi Abdullah [kalau tak silap la nama nyer] pun ditutup seminggu bermula semalam kerana jangkitan H1N1 juga. Ni sekolah anak babysitter Nurin & Syuhada.

JAGA KESIHATAN & KEBERSIHAN.
DINASIHATKAN JANGANLAH KERAP BERSIAR-SIAR.
TERUTAMA BAWA ANAK-ANAK.
MINUM AIR PUTIH YANG BANYAK.
JAUHI MEREKA YANG TIDAK SIHAT ATAU TEMPAT-TEMPAT AWAM YANG SESAK!

KITA MAMPU MENGUBAHNYA... INSYA'ALLAH...

Jul 28, 2009

HOMESCHOOL konsep islam

14 comments:
Terpanggil saya untuk menaip nukilan ni setelah membaca salah satu komentar berguna di MHU - forum. Saya seorang ibu yg masih lagi mencari-cari modus operandi terbaik dan konsep yang sesuai untuk homeschool @ sekolah di rumah Nurin dan Syuhada. Tiap-tiap hari saya akan cuba untuk curi masa dan sit down dgn mereka --> belajar. Tidak kira secara manual dgn buku dan/atau secara interaktif dgn tv ataupun laptop.

Tak nak usik isu tak sempat or tiada masa dalam nukilan ni. Itu la masalah utama saya! Tapi, tu bukan satu batu penghalang.

Saya cedok sikit komentar tu, yakni begini lebih kurang --> "homeschool dari segi Islam bukanlah setakat mengajar membaca seawal umur 2 tahun atau menulis / mengira seawal umur 3 tahun. Tetapi, mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH sebaik sahaja anak mula berkata-kata dan menerapkan kehendak agama dan syariah sedari anak kecil."

Setakat tu saje saya nak cedok dan tempek di sini. Ia buat saya terfikir. Ada benarnya... Dan saya tersedar diri.

Kita dok sibuk ajar anak membaca dan mengira. Mahukan anak kita cepat membaca dan mengira. Menyediakan pelbagai jenis medium untuk anak menerokai dunia --> buku, vcd, dvd, program di internet...

Hanya sedikit dari kita yang menjurus ke arah keagamaan, mengaji dan mengenal huruf jawi.

Imam Shafie telah menghafal Al-Quran di usia 4 tahun. Ilmuan Islam dahulu --> Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusd, Al-Khawarizmi dan lain-lain, mereka juga memulakan pendidikan di peringkat awal, zaman kanak-kanak. Majoriti daripada mereka telah menghafal Al-Quran sejak dari kecil, sebelum mereka menerokai ilmu-ilmu seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain.


Saya rasa bersyukur kerana keputusan yang saya ambil untuk daftarkan Nurin di sebuah tadika Islam... adalah keputusan yang terbaik. Meskipun, ada bantahan dari satu dua pihak yg mengatakan --> nanti anak lambat membaca, tak tahu mengira!

Apa salah nya if Nurin lancar membaca Qira'ati terlebih dahulu berbanding dengan Bacalah Anakku atau ReadEasy ? Salah ke if Nurin lancar membaca Al-Quran terlebih dahulu berbanding membaca buku cerita ?

Nurin juga sebenarnya diajar menghafal beberapa surah pendek dan salah satunya Al-Fatihah. Saya mengetahui nya apabila curi-curi dengar Nurin mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Most of the time, Nurin akan membaca doa-doa dan surah-surah yang dihafalnya apabila dia keseorangan atau bermain bersama Syuhada, tanpa kehadiran saya dan hubby. Bila saya atau hubby ada je, dia jadi pemalu pula.... Hmmm...

Sebenarnya, pendidikan awal untuk anak ni banyak cabang ilmunya. Terlalu banyak. Bukan setakat membaca dan mengira. Tiada satu pun cara didikan yang salah kerana ke arah mana sekalipun, hanya satu matlamat ... Anak yang cerdik pintar, berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Jul 27, 2009

PENGANTIN OH PENGANTIN

5 comments:

Layan je la ibu ni.
Ibu ni memang suka amik gambo anak-anak.
Pantang ada peluang!
Nurin da pandai sgt posing serba sedikit.
Sometimes ter over gitu.
Maklum la, dari kecik da ngadap camera.
Malang nya, contest byk untuk baby berumur bawah 3 tahun.
Nurin tidak berpeluang... baby tua ibu...


Gambo2 di atas, kat umah pengantin.
2pupu ibu kahwin bulan lepas.
Pengantin ber posing di atas, Nurin di bawah.

Nurin memang minat tgk pengantin.
Waktu pengantin berarak, saya sure bawa anak-anak enter frame.
Dok barisan paling depan kat pelamin.
Biar berpeluh, biar berserabut tudung.
Nurin suka punya pasal, ibu turut kan...

Masa Nurin baru umur 2-3 tahun dulu, hingga ke bilik pengantin pun di ajak nya saya pergi.
Hmmm... atok & wan pun faham sgt, cucu nya memang suka tgk pengantin.
Nurin memang suka kan kecantikan.
Suka bab-bab berdandan...
Terbaru ...
Dari Khamis minggu lepas, dia suruh saya beli & pakaikan inai di jari tgn nya.
Kata nya : "Siti Khatijah pakai inai, tapi Nurin takde inai, tak cantik."
Adus! Kanak-kanak 4 thn pun da terjebak dgn pengaruh rakan sebaya di sekolah!

OUR HOME SWEET HOME

5 comments:


Bukan sekadar mainan...
Belajar sambil bermain.

Hadiah.
Dorongan.
Ganjaran.
Dari ibu dan ayah.
Rumah kecil ku sayang.
Berwarna-warni.

Nak anak-anak ibu gembira.
Suka dan gembira berada di dalam rumah.

Disiplin!
Belajar dulu, baru main...
Lepas main, kemas!

-beli di Jusco, 23.7.2009-

Jul 26, 2009

BUAT GABRA SUNGGUH !!!

8 comments:
Tadi dlm kul 8:00 mlm, kakak saya call dari Cheras.

"Abah ada? K Na nak cakap jap."
"Abah takde. Ptg semalam abah da balik kampung la."
"Abah tak sampai lagi nih! Call h/phone abah tak dpt. Voicemail dari tadik."

E'eh ?!! Alamak.
Abah saya matanya tak brape nampak, terutama malam. So, biasa nyer before hari gelap, abah & mak mesti da sampai ke destinasi. Saya try beberapa kali call abah. Tak dapat!
Saya terus call mak cik di kampung. Kata nyer abah & mak dtg malam semalam lepak rumah. Pagi ni kat umah kenduri kawin tak nampak pulak. Now ni mak cik confirm abah & mak takde jugak.

Call lagi h/phone abah... Tak dapat!!!

Then, kakak saya call lagi.
Abah tak sampai lagi.
"K Na nak report polis la."

Memang suspen!

Then, adik saya call pulak. Tanya perkara yang sama. "Abah & mak mana?"
Arrgh... saya da risau!
Semua risau.

Saya terus call jiran rumah abah kat kampung.
"K Ida, cuba akak tengok umah abah, ada orang tak?"
"Jap akak jengah..... Takde orang. Gelap la."
"Ye ke? Akak perasan tak kul brape abah mak kuar tadi."
"Rasa akak dlm kul 5 lebih la. Mak ada dtg umah akak tadi."

Kul 5 ptg bertolak dari kampung. Kul 8:30 malam tak sampai Cheras. Mustahil!

But, hubby kata relax, tunggu dulu.
Saya pun relax. Suap anak-anak makan malam. Tgk HBO...

Ya Allah. Tolong la beri clue mana abah & mak.

Sedang cuci pinggan & kemas dapur... My h/phone ringing... Yes, from abah...

Trafik kat highway naik ke KL, teruk giler, beberapa kilometer kenderaan tak gerak.
H/phone abah pula tak tau camner boleh ter off. Tu h/phone baru, so abah or mak saya tak tahu mana butang nak on.
Aduhai...

Alhamdullillah.
Terus kakak saya suruh abah tukar ke h/phone lama.
Bagi yang baru, abah & mak tak faham.
Susah hati kami dibuat nyer...

Buat gabra sungguh !!!

I AM HAPPY TODAY !

4 comments:
Setelah 3-4 minggu mengalami trauma, akhir nya ia berakhir semalam.
Last Friday da anta laptop masuk spital utk di re-format.
Da discharge semalam, kul 4 ptg... hi hi hi...
Memang tip top...
Microsoft Office 2007... Adobe Reader 9...
Tu penting utk kerja ofis.



Pendek kata, laptop yg berusia hampir 4 thn ni da berjiwa baru hi hi hi...

Suka hati ku...




Baru la dpt buat lawatan ke blog kengkawan dgn laju.
Chit chat kat box komen dgn sesuka hati.
Menempek pendapat yg tak seberapa...

Jul 21, 2009

RANGSANG MINDA ANAK-ANAK DENGAN MELUKIS DAN MEWARNA

13 comments:

Kita mesti sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat memerlukan persekitaran dan motivasi yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Kebanyakan dari ibu bapa memberikan pendidikan secara formal dan jarang bertanya -- APAKAH KEHENDAK DAN CITARASA MEREKA YANG SEBENARNYA ?

???

Ibu bapa yang bijak adalah ibu bapa yang mengenal pasti potensi atau kecenderungan anak-anak. Ia memberi peluang kepada anak-anak menerokai potensi semula jadi dalam diri sekaligus mencungkil bakat yang terpendam.

TAHUKAH ANDA bahawa dunia kanak-kanak penuh dengan fantasi dan imaginasi?


Mereka juga begitu sensitif dengan persekitaran. Ketika inilah kanak-kanak giat menjalani proses pembelajaran kemahiran diri. Sudah pasti ibu bapa tidak sabar untuk memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti melukis, menari atau belajar muzik... iaitu aktiviti-aktiviti kreatif yang merangsangkan mindanya.

Apa sahaja aktiviti yang dipilih perlu mempunyai matlamat yang merangsang minda dan melatih dia menjadi seorang yang KREATIF.

... SENI LUKIS DAN MEWARNA ...

Lukisan Nurin di sekolah. Saya tampal di dinding biliknya.
Ada yang tak abis warna pun... hi hi!
Ada juga yang warna ikut suka.
Bila tak sesuai, ambil eraser and nak padam... "mana bleh, kakak"
Bawah sekali tu - rama-rama, untuk mid-year exam.

Kanak-kanak perlu berfikir dan mengikut kreativitinya. Ini mampu meransang mindanya. Aktiviti seumpama ini memberi tumpuan kepada PENGGUNAAN PANCAINDERA seperti deria rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Melalui pengalaman kinestetik yang diperoleh, kanak-kanak akan memperoleh pengalaman dan pembelajaran yang MENYERONOKKAN.

MELUKIS DAN MEWARNA adalah aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan apa yang diinginkan. Kanak-kanak akan berasa puas dengan luahan semulajadi mereka.

Sesungguhnya, melalui melukis dan mewarna, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Ibu bapa haruslah menyediakan peralatan khas... kertas lukisan, warna dan krayon, berus...


Kanak-kanak lelaki kebanyakannya, mungkin kurang gemar mewarna. Apa kata kita biarkan mereka melukis? Apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka menggunakan warna. Lahirkan satu cerita dalam bentuk lukisan.

Kanak-kanak perempuan memang gembira apabila sessi mewarna. Mereka akan asyik mewarna. Terutama gambarajah yang kompleks dan memerlukan warna yang pelbagai.


Tak kira di mana, jadikan aktiviti melukis sebagai salah satu aktiviti asas di dalam merangsang minda anak-anak kita di usia yang muda.
-Pa&Ma-

Jul 20, 2009

ENJOY YOUR DINNER

3 comments:
Last Friday, dinner at KFC, Jusco. Da lama tak makan kat KFC. Best!

The best part is ...

Baru ibu perasan, di satu sudut --> meja & kerusi bulat kecil.
Strictly written - untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Ya, sesuai untuk Nurin & Syuhada ...

Sedang menikmati ...

Ibu ni tak abis lagi snap gambo ke ?!
Say "cheeeeeeeeese" ...

Syuhada yang sukar nak diam setempat ni pun ... berjaya di setempat kan.

Barulah mereka selesa.
Ni tempat kami.
Khas untuk kami.
Selesa ...
Sesuai ...

Jul 16, 2009

KARTUN ?

6 comments:

Saya amat percaya bahawa dengan menonton rancangan kartun, anak-anak pun boleh belajar. Kini, telah banyak dicipta oleh orang yg bijaksana rancangan-rancangan kartun yang menyelitkan ilmu & pendidikan bagi kanak-kanak.

2 rancangan kartun di atas tu, MICKEY MOUSE CLUBHOUSE dan DIBO THE GIFT DRAGON adalah di antara kartun favourite Nurin, selain dari Barbie, Sesame Street dan Barney. Nurin boleh belajar SHAPES secara tak langsung. Siap boleh tunggu depan tv lagi, samada apa yang di tunjuk tu betul ke salah. Very effective.

Channel pilihan saya & hubby adalah PLAYHOUSE DISNEY and CERIA.

Ada juga rancangan kartun lain yang Nurin minat seperti TOM & JERRY and PINK PANTHER. Ini la kartun wajib di pagi hari sementara nak tunggu waktu ke tadika.

Yang penting - IBU AYAH KENA PANDAI PILIH. Kita boleh bawa anak kita ke arah yang kita nak. Ke arah yang sesuai dengan peningkatan akal anak. Yang membuatkan anak kita berfikir sambil berhibur DI DALAM DUNIA MEREKA YANG TERSENDIRI.

Jul 15, 2009

3 DALAM MASA 25 MINIT ??!

4 comments:
Memang ekspres kan ? 3 subjek dalam tempoh masa 25 minit... Percaya tak ? Tapi itulah hakikat nya. Apa lagi ? Kisah Nurin dan homeschool.

Bermula 7:25 pm, semalam, saya mulakan dengan Qira'ati. Memandangkan ianya waktu maghrib, saya rasa elok sangat la mula dengan Qira'ati.























Nampak kan ada kayu petunjuk tu ? Tu la saya - "Ibu tunjuk, Nurin baca ye."













Niat dihati saya nak buat revision Qira'ati saje, at least hingga bunyi huruf 'ra'. But, Nurin da sibuk nak belajar flashcard pula... Saya pun ikutkan saje la. Maka, Qira'ati terhenti setakat huruf 'sa'. Jadila, lagipun Nurin sebut dengan lancar da pun.

2 - 3 round belajar flashcard shapes & colour, Nurin da kata - "Ibu, belajar a i u pulak la." Saya dengan tenang - "ok." Dah dia nak belajar, ok la jawapannya. Better than nothing.

Ni gambar dia belajar sendiri tanpa saya.
Dia lihat, tunjuk dengan jari dan sebut.
Lepas tu, dia dan saya dok balik kat meja belajar.
Belajar sampai bunyi 'n'.

Then, tepat jam 7:50 pm, saya buat keputusan untuk tutup kelas - "Ibu nak mandi, nanti lepas makan kita sambung ye kalau Nurin nak belajar lagi." Nurin dengan cara terpaksa, akur juga la. Ibu Nurin ni hah da seharian tak mandi. Nak sambung kelas pun da tak selesa... hi hi hi...

Saya da bertekad untuk WAJIB meluangkan masa untuk homeschool Nurin SETIAP MALAM. Tak kira la di mana. Sebelum ni, saya yang ngelat banyak! Aduhai, salah sendiri... Saya da pun set satu target khas untuk Nurin sebelum akhir tahun 2009 ni. Harap sangat berjaya mencapainya - "Suami ku tercinta, kalau you baca ni, please help me ye. Remind i untuk buka kelas Nurin tiap hari... Tq!"

Jul 14, 2009

NAIK BASIKAL KAKAK ??!

7 comments:
Terkejut sekejap. Sekejap je. Terus tak lupa snap gambo-gambo pertama Syuhada dengan berani nyer naik basikal kakak Nurin. Kejadian ni terjadi ptg jumaat - 9.7.2009 lepas.

Anak-anak saya memang ptg wajib main kat luar rumah. Dengan anak-anak jiran yang lain. Memang meriah depan rumah saya tu. Best. Just kena awas la mereka agar tak jauh sgt pegi nyer dari rumah. Memang nak beri mereka peluang enjoy main-main. Bersosial ler katakan. Baru terbuka minda.

But, sometimes if saya ada keje and tak dpt pantau mereka di luar, saya tak beri mereka main luar. Dok dalam hingga hubby sampai.

Nurin dan Syuhada memang tahu date line - "Bila surau azan je, terus balik & masuk rumah, faham ?" Tu la nasihat saya & hubby setiap kali mereka keluar bermain. Azan tu bukanlah bila azan da berkumandang baru masuk, bila start mengaji je, normally mereka da start tolak basikal masuk laman rumah.

Orang byk selipar, before naik basikal, tukar selipar dulu la...

Ready to kayuh ... and ...

... go !
Yang warna biru la tu basikal Syuhada. Ex-basikal Nurin jugak.
Tayar kecik nyer sebelah kanan tu terkepot sikit.
Maka, susah Syuhada nak balance.
Cara senang - berani kan diri naik basikal kakak.
Sukses !!

"Ibu, amacam... macho tak Adah ?"

Moral of the story :
BIARKAN ANAK ANDA DENGAN DUNIA MEREKA ... dengan pengawasan !