Sep 29, 2009

AIDILFITRI 2009 - episod 2 - perihal Nurin

7 comments:
Pagi ni Nurin ke sekolah pakai kasut raya.
Tu pun saya terperasan waktu da hampir tiba di tadika nyer.

"Hah?!! Win pakai kasut raya?"
Nurin hanya tersimpul-simpul senyum.
"Takpe la. Just jgn berlari-lari, nanti jatuh!"


One thing about Nurin, dia memang appreciate everything dgn begitu mendalam.
Terutama apa yang saya dan ayah nyer belikan.
Memang confirm dia bawak tido and letak bawah bantal!

Tak kurang juga dia sukakan keindahan, kecantikan...

Waktu lepak rumah mak raya hari tu, terkeluar la satu cerita oleh kakak saya. Last 2 years, arwah pakcik saya, Datuk Zack (YB Port Klang) buat open house. Nurin ikut kakak dan parents saya. Saya dan hubby takde masa tu (tak ingat ke mana plak...). Rumah pakcik saya di Port Klang tu memang la besar. Kan jadi isu besar kat news and suratkhabar that time. Segala perhiasan, perabot di import dari Indonesia.

Nurin memang ambil kesempatan merayau di sekitar rumah atuk Zack nyer termasuklah master bedroom!!! "Macam bilik pengantin!" kata Nurin. And, bak kata kakak saya, mulut Nurin tak abis-abis sebut - "Cantiknyer!" Sempat juga kakak saya mengata anak sedara nyer - "Jakun betul la anak awak!"

Excuse me!

But, tu la Nurin. Bukan jakun ke, kampungan ke, ...
Dia memang suka benda yg cantik, nampak cantik....

Photobucket

Sep 28, 2009

AIDILFITRI 2009 - espisod 1

17 comments:
Ari ni dah pun 9 Syawal... Cepat nyer masa berlalu. Sebab, perasaan beraya saya masih lagi membara seperti 1 Syawal. Tiap hari ada je tetamu or planning nak ke mana-mana. Just dari Sabtu petang ari tu, selsema and badan kurang sihat skit... Tak brape aktif. Kepala pun pening-pening lalat dek menelan pil-pil selsema dan demam.

Baru ada time tempek gambo kami sekeluarga untuk Syawal yang ter awal ari tu...

Inilah kami sekeluarga.
Julung-julung kali bergambar 4 sekeluarga.
Tu pun, bukan main susah nak suruh dara berdua tu pose.

... hi hi hi... pengantin lama!

Kat depan umah nenek (mak mertua saya) di 1 Syawal.

1 Syawal tu kami sekeluarga dan kedua-dua abang ipar saya berkumpul di rumah mak mertua - Ampangan, Seremban. Tu la dia hanya 3 beradik lelaki. Aktiviti kami semua - makan dan makan dan makan. Menu :-
  • ketupat
  • nasi impit
  • lemang
  • rendang daging
  • lodeh
  • ayam masak hijau
  • ayam masak merah
  • kuah kacang
  • kuih-kuih raya
Di malam hari, para bapa dan anak-anak, semua nya 10 cucu nenek main bunga api dan mercun di laman.

2 Syawal, da ready nak ke Kuala Sg. Baru umah atuk & wan (side saya plak).

Tiba rumah atuk & wan lebih kurang jam 3 ptg. Hanya ada atuk, wan & pak uda (adik lelaki bongsu saya). Mak usu (adik perempuan bongsu saya) ke Tangkak, beraya sakan. Mak long (kakak sulung) da bertolak balik ke Kajang.

Kebetulan Pak cik Rostam (adik abah) dtg beraya. Sempat la saya tolong mak melayan Pak cik. Then, dlm kul 5 ptg, saya 4 sekeluarga berlepas ke Pulau Sebang, Tampin, rumah nenek (emak kepada mak saya). Tu la satu-satu nya nenek yang kami ada sekarang. Yang lain, da pulang ke rahmatullah... Sempat Nurin & Syuhada jumpa moyang mereka.

Tak sempat snap gambo dgn nenek. Sebab bila kami tiba, nenek da ready berkemban nak mandi. Then nenek terus dok dlm bilik sembahyang tunggu maghrib. Hmmm... hingga ke isya' le tu. Sempat kami beraya ke 2 buah rumah adik-adik mak saya. Kul 12:15 tgh malam baru la tiba Kuala Sg. Baru semula... Letih!!!

Raya ke 3 dah...
Bergambo dengan anak kakak saya, Muhammad.
Waktu ni, kakak kedua dan abang saya da pun tiba.
Shift kami memang kami bertiga pula.
Adik bongsu perempuan saya da pun ke Lenggong, Perak, keluarga mertua.

Raya ke 4 kami lepak dok umah mak je. Masak-masak, makan-makan, cerita-ceriti... Melayan anak-anak memporak-peranda kan umah mak.

Ni raya ke 5.
Kat umah sedara-mara sebelah abah plak.
Kampung Baru, tepi pantai...
Pantai nyer bersambung terus ke Pengkalan Balak.

Lepas isya' Syawal ke 5 tu, saya dan abang da bertolak balik. Sebab kami sama-sama keje on Jumaat.

... to be continued (raya kan sebulan!!)...

Photobucket

Sep 25, 2009

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG

4 comments:
hi hi.. saje jer tajuk tu bagi gempak khas utk puas kan diri sendiri.
Mana ler ada anugerah tu kat ofis yg ciput ni ?!!
Antara lain, tajuk tu membawa maksud --> AAARGH! AKU DA KEJE ARI NI!!!
Maklum la, cuti setahun 15 hari jek, kena jimat...

Berlabuh sudah tirai Ramadhan.
Syawal yang indah da menjelang.
Da pun 6 Syawal ari ni.
Memang best, seronok dan gembira.
Terutama untuk Nurin & Syuhada, mereka memang enjoy.
Jumpa sepupu, bermain, melompat, berlari, bergelak ketawa seharian.
Bak kata abah saya, "Adui, pening kepala atuk!!"

Nak sambung citer ari tu, set rantai & gelang kristal anak2 dara baru siap hari Jumaat lepas. Tak sempat la tayang kat sini... hi hi hi...

gambar 1 : box nyer yg cantik!
gambar 2 : close-up 1 set.
gambar 3 : tu la dia set untuk 2 anak dara ku...


Syuhada tak nak pakai! Kata nyer, sakit. Alamak anak ibu ni, rugi besar!!!
Maka, Nurin yang pakai gelang Syuhada. Rantai Syuhada saya simpan balik dalam kotak.
Rantai tu pun, Nurin pakai separuh hari Raya pertama tu.
Then, dia pun da gatal tengkuk!!!
Alamak anak-anak ibu ni...

Nurin da siap di pagi Syawal yang mulia...

Photobucket

Sep 18, 2009

MENGHITUNG HARI... DETIK DEMI DETIK...

3 comments:
Hari ni saya dan hubby tercinta masih bekerja ikut waktu kerja yang normal. Packing nak balik kampung? Kemas rumah untuk aidilfitri lusa nanti? Belum settle!!! Aduhai..

...tiada mood nak keje. Dok tengok jam what time.


Lunch break tadi racing ke Mydin MITC, beli 3 ekor ayam untuk umah mak kat kampung. Murah! RM3.99 per kg. Beli la 3 ekor = RM14.87. Ok la. Kalu kat Ayamas, lagi mahal!!!

... sabo ye ayam. sabo je la. nak buat pe, da nasib ko!

Menu umah mak di 1st day raya, may be, seperti yang abah inform jap tadi --> rendang daging, kari ayam, ketupat. Pagi raya tu memang umah mak kunci. Kami sekeluarga turun ke pantai, umah makcik. Menu best turun-temurun --> kari itik !!!

Saya berpagi raya di Ampangan, Seremban. Rumah ibu mertua tersayang. Tak pasti apa menu nyer. Yang pasti, memang best !!!

Photobucket

Sep 17, 2009

KAD RAYA DA DIGANTUNG

8 comments:
Ni 1/3 sampul duit raya yang sempat saya snap 2 hari lepas. 1/3 lagi da anta ke adik dan abang. 1/3 lagi baru dpt semalam dari Public Bank. Tiap tahun, saya memang kaya dgn sampul duit raya. Shopping Jusco tiap RM50 dpt satu pek. Saya dapat 19 pek! Memang wajib dibahagikan. Kalau tak, nak buat pe, kan?

Ni kad-kad raya yang telah selamat "posmen" anta pagi ni. Timasih kpd semua tukang beri kad ni ye...

Terima kasih kak nor...

Terima kasih Ummiafifah...

Terima kasih kak yong...

Terima kasih Hanie...

Terima kasih Syahadah.

Terima kasih Izan...

Terima kasih AraPink.

Terima kasih Mamasyaza...

Photobucket

Sep 15, 2009

ANAK2 DARA CONFIRM BERAYA RAYA SAKAN!

20 comments:
Kalau la kita ni diibaratkan emak bulan, pasti sekarang da suspen!
Due date da dekat... gabra nyer!

*
*
*
*

Ramai rakan-rakan da cerita-ceriti pasal preparation utk Aidilfitri.
Kami ?
Ada beberapa yang belum settle lagi.
Yang pasti, untuk anak2 dara ---> NURIN NAZIHAH & AIN SYUHADA da 80% ready.
Lagi 20% tu adalah aksesori rambut, gelang & rantai kristal yg saya tempah.
Jumaat nanti baru collect.

*
*
*
*

Ni baju kurung anak2 dara di pagi raya pertama.
Tema kami tahun ni - COKLAT.

Baju kurung ni insya'Allah di malam hari raya pertama.
Nak beraya seluruh Seremban.

Yang ni plak confirm di pagi raya kedua.
Sedondon dengan ibu.

Baju kurung yg keempat ni back-up mana-mana hari.

Gaun untuk Nurin.

Gaun untuk Syuhada.

Ahah ! Sempat ibu dan ayah belikan sweater sorang satu.
Firstly, because kami da ada aktiviti ke panggung wayang.
Kedua, hari raya kami memang ke sana ke mari hingga ke tgh mlm!

2 untuk Nurin (lengan panjang).
1 saje untuk Syuhada.
Dipakai bersama seluar jeans.

Kasut raya !!!

*
*
*
*

Semua serba sederhana.
Untuk Aidilfitri yang hadir setahun sekali.
Lagipun, saya memang berbelanja bersungguh2 setahun sekali je... hi hi...

Photobucket

Sep 12, 2009

DINOSAUR

7 comments:
"Ibu beli kan sorang sekor.
Jangan gaduh."

*
*

Layan gambo dulu ye...

*
*






Produk McDonalds.
If gi McDonalds, da confirm 2 set Happy Meals utk anak2 dara.
Free toys --> always saya akan request untuk toys serupa.
Mengelakkan perang saudara!
Sometimes, 2 toys yang serupa tu akan ada sorang juga nak bolot.
Membuatkan yg sorang lagi memberontak.
Melebarkan mulut seluas-luasnya.
Air mata berjujuran dan lolongan yang kuat... "Ibu!!! Ayah!!!"
Aduhai.

Photobucket

Sep 11, 2009

ENGLISH STYLE

5 comments:
Ahad lepas...
Shopping beberapa keperluan Aidilfitri di Jusco.
Kami berbuka di Windmill.
Sedap... Puas... !
Kami sekeluarga memang jarang makan luar ramadhan tahun ni.
Maklumlah, virus H1N1 masih ada...
Sesekali keluar, rasa freedom...
Windmill ni tempat favourite saya dan hubby.
Emak Abah saya pun da terpikat dengan Windmill sebab kami sering belanja mereka makan sini.

*
*
*

...layan ye...

*
*
*

Ni ayah punyer...
Mixed...
Ada fried fish, lamb chop, potato, fried egg.
Black pepper sauce.

Ibu's...
Fish, chicken and potato...
Black pepper sauce and sikit dessert.

Watermelon juice, sedap!!!
Mushroom soup tak sampai lagi.
Mushroom soup utk Nurin dan Syuhada.
Sebab tu Nurin busy ngendeng juice ibu.

Chicken and egg sandwiches.
But, tak nampak kan chicken and egg nyer ???
Before azan berkumandang, Nurin dan Syuhada da shoru dulu.

Tuan rumah Windmill prepare sikit pemanis mulut.
Tembikai tu Nurin dan Syuhada juga yang langsaikan.

*
*
*

Windmill ni hanya ada 3 branches.
Jusco, Ayer Keroh, Melaka.
Melaka Raya, Melaka.
Seremban 2, Negeri Sembilan.

Ada juga set campur east and west.
Ada nasi goreng.
Bagi sesiapa yang nak jamah nasi juga, still boleh dtg sini.

Photobucket