Thursday, December 30, 2010

MALAM PERTAMA DAH SUKSES !!!

5 comments:
wah, syiok nyer bersiaran dari carpet baru ni.
cat pun da baru, siap ada sofa merah empuk lagi hi hi hi...
tq la jiji sebab makeover blog aida ni.
i like!!!

bilik anak-anak dara pun da siap dlm 70%.
tinggal nak decorate... nak susun-susun books, dolls, bears, beli cadar baru...
semua simple jek...


::::: welcome to our room :::::

yg best nyer, nurin da pun tido dlm bilik dia sendiri last night!!!
but, bukan sorang diri la, dgn si ibu ni hah.
si ibu ni tido kat lantai atas toto la.
nurin tido lena hingga ke pagi.

::::: nurin posing tepi katil dgn muka penuh calamine lotion, demam campak ler kata kan :::::

syuhada???
tak berjaya lagi...

saya susun mereka last night - nurin bawah, syuhada atas.
so at first both of them da excited.
amik bantal peluk and dua-dua da tido kat tempat masing-masing.

::::: syuhada siap bagi signal PEACE lagi :::::

once saya on lampu tidur, off lampu besar, syuhada da gabra!!!
start le mengeluarkan titisan air mata sambil hulur tgn nak turun.
hmmmmm hampeh!
"ibu, adik nak tido dgn atuk..."

maka, si ibu yg lemah dgn pujuk rayu anak, pun menurunkan syuhada.
tido la syuhada dgn atuk & wan kat ruang tamu hingga ke pagi...

apa pun, nurin da sukses utk mlm pertama nyer.
congrats dear...
biar la ibu teman kan hingga nurin bebetul sedia tido sendiri...

TAK RETI KEMAS UMAH !!!

8 comments:

saya ngaku, saya kurang masa nak kemas umah.
mcm da kemas, tapi serabut!
gitu gini, gitu gini, sama jek semua.
husband memang le selalu komen...
sob sob sob sedih!

maklum la, umah kecik, harta banyak!
penuh setiap penjuru.
sayang nak buang, simpan...
sayang nak bagi org, simpan...
at the end, berhabuk!



but, last night tgk one tv programme, ada la dpt tips skit nak kemas umah :-

  1. ALMARI BAJU - kena ada klasifikasi. pilih mana2 baju yg kita nak pakai, giveaway or buang. part ni yg selalu kita fail. if can semua nak simpan, walaupun confirm takkan muat dah baju-baju tuh! then, kita lipat / gantung ikut warna / jenis. contoh, blouse hitam berderet... blouse merah berderet... baju kurung purple berderet... seluar putih berderet... therefore, kita dpt tahu kita ada byk baju warna pe, pattern pe... ini mengelakkan kita beli baju yg warna nya sama lagi or pattern yg berulang! ini mengurangkan tendency kita tak pakai langsung certain baju... dan tak le kita asyik pakai baju merah sepanjang tahun!!!
  2. RAK KASUT - pun lebih kurang sama dgn tips di atas. ni bleh save bajet jugak kan?
  3. DAPUR - jgn asyik beli pinggan mangkuk periuk belanga yg byk. mana nak simpan? at the end, tak pakai! maintain benda tu dlm kotak hingga ke akhir hayat... rak pinggan mesti la sesuai dgn apa-apa yg kita nak letak. jgn main letak jek hingga kita tak tahu apa di mana!!! label kan almari agar senang cari barang. if not, bongkar laci ni tak jumpa, laci sana takde... rupa nyer kat rak pinggan jek. sinki maintain kosong!!!!
... byk lagi tips! hadui, tak terikut!
kalau ada maid ok la. memang keje dia kemas umah.
but, tips kasut & baju tu paling saya berkenan.
sebab selama ni saya dok gantung, lipat ikut mana ruang yg kosong.
hi hi hi sometimes nak lipat baju pun time takde!!!!!


one thing nak share, pakar kemas umah saya adalah my beloved husband.
bila dia da pegang vacuum cleaner, anak-anak semua lari mencicit naik atas sofa.
ayah nyer memang akan concentrate mem vacuum, jgn ganggu.
then, bila da vacuum mesti la mop & lap.
husband memang akan end everything dgn feebreze.
wangi satu umah hi hi hi...
i like...

but, tu la masalah nyer sebab kami kurang waktu kat umah.
hanya weekend la baru ada aktiviti kemas umah besar2an...
but, weekend tu la baru nak enjoy, balik kg, jalan2 cari makan, tgk wayang...

home sweet home...
rumah kita menggambarkan kita, kan?
tu yg sedih tu bila tgk umah sendiri hi hi hi...


p/s : yahoooooo! blog ku da cantik!!!
simple, cerah, aman, tak serabut...
sofa empuk header tu saling tak tumpah mcm sofa umah mak saya kat kg la jiji...
hi hihi....
blog da kemas, the real home sweet home kat bkt katil tu still under renovation!
tq jiji for the surprise... i love u, jiji & hanz!!!

Photobucket

Wednesday, December 29, 2010

Surprise!! Surprise !!!!!@!~

6 comments:
Aida Dearest,

I hope yer enjoy your BLOGMAKEOVER@!~

p/s: Sorry for the delay =(


I love you!!

-Jiji (http://triplecolourlife.com)

Tuesday, December 28, 2010

HANYA UTK KORANG

15 comments:

salah satu azam 2011 saya ialah - ANAK-ANAK...
  1. NURIN - all out homeschool. 2012 da up darjah 1. nak dia ready 100% dgn gaya belajar, penuh ilmu dan tak terkejut!!!
  2. SYUHADA - da up 4 tahun. before this homeschool dgn dia tak formal. pasni, beregu dgn kakak nyer la secara serius. susah skit dgn syuhada ni compare dgn nurin. syuhada ni agak 'keras'. ikut kata dia jek!!!
  3. ni yg nak citer ni, penambahan azam baru utk diorang - bilik diorang this week memang 'under construction'. sedang nak modify pe patut. diorang kan kat cheras sebab nurin kena demam campak. hopefully dpt siap modify la... NAK USAHA AGAR DIORANG TIDO BILIK SENDIRI...nak mereka suka dok bilik tu Smiley

before this pernah gak cuba ceria kan bilik diorang tu. but, mereka suka kejap jek. apatah lagi nak suruh diorang tido bilik sendiri hmmmmm... macam-macam alasan tak logik nurin bagi :

  1. gelap lah...
  2. takut lah...
  3. jauh dari ibu lah...
  4. momok lah...
hmmmm... sedang kan kami tak pernah menakut-nakut kan mereka dgn word 'momok' tu. ni la pengaruh tv. kan skang kat tv byk citer hantu. nurin plak suka tgk citer hantu!!! adus adus adus...


Monday, December 27, 2010

NURIN KENA CAMPAK !

7 comments:
last night kul 10:30 lebih kurang gitu, video call anak-anak.
anak-anak ada kat cheras.

nurin tak nak cakap...
puas saya say hai kat dia, tanya pe kabar...
tiba-tiba saya nampak mata dia berair...
air mata mengalir di pipi nyer...
alamak!
sebak hati saya, bergenang air mata saya la plak!


nurin tak sihat.
dia demam campak since last thursday.
terpaksa saya hantar cheras since tak dpt nak anta dia ke tadika...
ptg semalam baru dia ikut atuk & wan ke cheras.

"ibu rindu kat kakak & adik... nak je esok ibu amik korang... but takpe, rabu nanti atuk & wan dtg umah ibu semula... kita jumpa yek..."

hari krismas ari tu baru bintik-bintik campak tu kuar byk.
muka nurin penuh bintik-bintik!
alahai anak ibu...

mlm tu dia tgk cermin, " ibu, muka nurin da tak cantik kan?"
"eh, tak la kakak. nanti bintik-bintik ni hilang. kakak jgn garu ye. nanti bu belikan lotion. kakak boleh jadi cantik mcm biasa semula..."
nurin pun senyum simpul...

alahai, sian anak ibu.
dia kan mementingkan kecantikan.
dok ngadap cermin 24 jam!

anak sulung saya ni memang sentimental skit.
da le dia jek yg selalu tak sihat...
aduhai...

Photobucket

Thursday, December 23, 2010

JALAN-JALAN CARI KAWAN

6 comments:

anak-anak dara aida memang suka citer madagascar ni...
especially lagu nyer - i like ke muvit muvit.....
memang goyang seluruh badan ler mereka berdua beradik tu....

today and actually since yesterday, aida blogwalking.
hah! jgn sesekali kata aida tak buat keje yek kat ofis.
keje da siap... bos besar jek takde utk aida buat keje seterusnya.
perlu kelulusan mereka-mereka....
maka, ada time utk blogwalking ler...


kat bloglist tu semua 80% aida da terjah.
da tinggal jejak langkah.
da say hi...
ada tu yg more than 1 time say hi....

semalam ibu pejabat da cek 5s.
alhamdullillah ofis kami dpt pujian.
ok la tu. berbaloi usaha berhari-hari...
ada few utk perbaiki, lagi 2 minggu baru ibu pejabat cek lagi, final one.
then, baru invite MAMPU dtg...

tu yg baru free nak blogwalking.
after this, nak terjah new friend's blog, tambah kawan, tambah sedara...



or if ada yg terjah blog aida ni, jgn lupa tinggalkan link ler.
kita xchange link...
tiada rugi, untung lagi ada ler.

ok da 5:25 pm, aida nak kemas.
nak balik...
mlm ni nak sambung kemas umah.
ada perubahan perabot!

Photobucket

Wednesday, December 22, 2010

BU, NAH GIGI WIN.

8 comments:
cak!


ni la dia dua dara saya yg happy go lucky 24/7 !
mereka tak kenal erti perkataan 'diam'...
unless, bila ayah dia bersuara and sebut perkataan, "diam"...
gambo ni saya snap sebab suka imej mereka berdua bertocang.
teacher kat tadika yg buat kan nih...
da tiada tempat lain gamak nyer si ibu ni nak amik gambo.
tepi peti ais juga si ibu suruh dua dara pose...

tepat jam 10:20 mlm...
pada tarikh 18.12.2010...
di rumah nenek - Ampangan, Seremban...
sewaktu ibu & nenek sedang nganga tonton kemuncak Mari Menari...


tercabut la gigi sulung nurin.
dia yg cabut sendiri!!!
sejarah nyer, da 2-3 minggu dia ngadu sakit gigi la, gigi da goyang la, etc.
at first, dia agak sedih & takut.
but, after si ibu ni beri explaination & motivation, she's ok 100%.
so mlm kejadian, dia ada inform saya,

"bu, gigi win da goyang sgt ni..."

reply saya,

"ok la tu, win. sebab lagi cepat gigi win tercabut nanti. hilang sakit."

pastu, nenek pun tambah,

"kakak goyang goyang kan. sebab kalau tercabut waktu kakak tidur, tertelan, masuk perut nanti mati tau!"

nurin pandang ibu, si ibu ni hanya senyum dan usap-usap pipi dia. dlm hati saya, alamak, jgn la anak aku ni tak tido mlm ni dek kenang kan gigi dia!

then, kami pun continue tonton kemuncak Mari Menari. Suddenly...

"ibu, nah gigi win."

si ibu yg terkejut, "alamak, ye ke? alamak, tgk gusi kakak!"

tiada darah. ok. terus bawa nurin ke toilet cuci tgn & mulut...


then, nurin & syuhada dua beradik terus tergelak-gelak...
syuhada plak sibuk kata, "bu, gigi adik pun da patah"... ek'eleh adik ni, tak nak kalah!

hmmmm teringat last night ayah nurin cakap,

"besar da anak ayah. gigi da tercabut satu. kejap je anak ayah da besar..."

hmmmm tu la dia idup ni, kejap je waktu berlalu.
dalam sedar dgn tak je...

Photobucket

Tuesday, December 21, 2010

BEST NYER !!! JOM SHOPPING !!!

6 comments:

yes, i am a book lover!!!!!!!!
best nyer if dpt gi. malangnya, memang tak dpt gi
nape la tak buat kat mitc, mesti saya luang kan masa gi and beli few utk nurin & syuhada.
sure la ada promosi best best

::: klik untuk join ADIKBIJAK yer! :::

adikbijak pun ada promosi jom register and beli... best offer!!!

saya ni memang rambang mata if nampak books utk anak-anak. if can, semua nak saya beli kan. but, nak sit down dgn mereka bersama, tu yg takde masa. jealous saya baca few bloggers @ friends yg byk masa utk anak-anak sit down together. mostly, SAHM la. yg bisnes sendiri, bleh juga bawa anak-anak and spend time together.

adakah anak-anak FTWM kurang ilmu dari anak SAHM? hmmmm

few weeks more nurin akan start sessi tadika 6 tahun dan syuhada sessi 4 tahun.
both of them da start ber uniform bersama.
hmmmm suka la syuhada bila pakai uniform sekolah nantikerana da 1 tahun dia kepingin nak pakai uniform mcm kakak.

memandangkan saya da pun balik melaka, homeschool dgn anak-anak da pun bermula spt dulu kala. for nurin, next year akan jadi satu tahun yg dia kena kerja berat. because saya nak ready 100% bila masuk darjah 1. semua basic saya nak nurin master. tu azam 2011 saya, insya'Allah. saya jealous tgk mana-mana anak-anak yg da lebih dari nurin. maklumlah, saya telah hilang waktu bersama-sama anak-anak utk tempoh 9 bulan dulu.

kini, ibu is back and is on track

Photobucket

Monday, December 20, 2010

HOLIDAY YG MARBELES !!!!!

8 comments:
:::::::::: atas gunung, naik cable car ::::::::::

3-6 disember ari tu saya ber holiday sakan di langkawi...
hotel city bayview...

3hb tu dari rumah kami ke KLIA kul 5 pagi! kanak-kanak da dikerah bangun tidur kul 3:30 pagi! dek kerana dari before da meng excited kan mereka dgn langkami, therefore tiada masalah la nak kejut diorang pepagi tu...

yg gi - saya & famili, kakak & famili, emak, abah, adik bongsu & angkut bersama 1 anak abang dan 1 anak adik.

tiba langkawi at about 10:30 pagi... best!


dpt cek in awal kat hotel - kul 11:30 pagi. then, tak lengah lagi, kami gi lunch. memandangkan hotel kami memang strategik, tgh bandar, jalan kaki jer la... saya dan kakak pe lagi, start shopping da jumaat tu. dpt best price plak kat kedai haji ismail group. best...!

hari ke2, island hopping !!!!

:::::::::: anak-anak saya & anak-anak buah perempuan semua saya sponsor baju serupa sorang 1 set khas utk program island hopping kami ::::::::::

bot yg laju teramat!!!
saya amat la gerun... memandangkan saya terpaksa pegang nurin & anak buah, terpaksa la memberanikan diri.
melambung-lambung dek ombak laut!!!
kecut perut saya...

:::::::::: view dayang bunting dari laut ::::::::::

:::::::::: view dayang bunting dari jeti tasik ::::::::::


dari tasik dayang bunting, kami ke pantai beras basah.
mandi manda...
makan-makan tepi pantai...
lepak-lepak menghitamkan kulit di tepi pantai!





selain dari tasik dayang bunting & pantai beras basah, kami gi tgk helang.
but, tak dpt snap gambo, helang tu laju sgt sambar roti kat laut.
dpt amik video jek.
cantik betul helang-helang tu.
byk plak tu...
satu 'harta' langkawi yang perlu dijaga selamanyer...

balik dari island hopping, lepak hotel & sambung shopping.
swimming...


the next day, gi kampung mahsuri, pantai beras hitam dan naik cable car!!!


:::::::::: hubby tercinta dgn video-cam ::::::::::




emak & abah tak naik because mereka da naik dah dulu-dulu.
aduhai, ramai nye org ahad tu nak naik cable car ni.
1 jam beratur nak naik and 1 jam beratur nak turun bawah!
penat giler mendukung anak-anak gilir-gilir dgn hubby.

then, frankly speaking, saya memang la serik tak nak naik lagi cable car ni.
gerun !!! gayat !!!
tambahan pula, time kami naik ni time angin kencang!!!
cable car tu berayun-ayun and membuatkan saya pucat lesi, terasa darah seluruh badan beku seketika!!!

dgr citer dari pekerja di situ, da 2 hari cable car tu tutup.
ahad tu baru buka for public, sebab tu ramai giler.
tutup sebab cuaca tak cantik.
dgr citer lagi dari driver taxi yg anta kami ke airport, isnin tu pun tutup!
hmmmm rezeki kami la dpt naik turun ahad tu.
:::::::::: stop kat pelantar tengah, then baru naik ke puncak ::::::::::

:::::::::: bergambar dgn anak-anak & anak-anak buah di puncak yg sejuk giler!!! :::::::::

mlm tu anak-anak tido lena tak hengat!
berpelukan berdua... hingga ke pagi!


before balik KL, kami jumpa Lang, mercu tanda langkawi...


best!

next year plan ke pantai timur plaks...

Photobucket