Wednesday, June 30, 2010

NURIN KU SAYANG

6 comments:

Saya cuti 2 hari, monday to tuesday (yesterday)... Memang best la dpt rehat kat umah ku syurga ku di Bukit Katil dgn anak-anak & hubby... Maka, seperti biasa tepat jam 5 pagi ini saya da pun memanaskan enjin viva utk balik JB.

Nak la citer hal malam semalam. As usual, before tido kan anak-anak, saya akan inform mereka bahawa saya akan balik JB. Mereka bangun esok pagi, saya da tiada for 3 days. While I was bebeling and hugging and kissing them..... suddenly...... saya nampak air mata mengalir dari mata Nurin membasahi pipi gebu nyer !!!

"E'eh, kakak nangis?" saya tanyer.
Jawab Nurin sambil tersenyum malu, "Sedih la ibu takde...."

Adusssss... Nurin ku sayang, tengah-tengah malam ko buat ibu sebak... sedih... sayu...


-ibu Nurin-

Monday, June 28, 2010

THE NEW YOU! Giveaway by TheHoneybunch

18 comments:
Indah sungguh cuaca hari ni di bandaraya Melaka nan bersejarah. Matahari mula menjengah di sebalik awan tebal pagi hari lagi. Mendung tak bermakna hujan. Pasti ada sinar di sebaliknya. Yes, dpt la aku dan husband gi shopping spt yg dirancang sepanjang ptg ni di Dataran Pahlawan ... Aku pun rasa senang hati sangat-sangat. Lagipun, aku cuti rehat dan... hi hi hi aku berada di Bukit Katil la, bukan di JB hua hua hua...


Balik rumah jumpa beloved husband and children. hmmm... rindunya, tak terucap dgn perkataan. Itulah aku, seorang ibu yang mencari rezeki di negeri orang, hidup sendirian tanpa keluarga di sisi. Sabtu dan Ahad tu la masa nak bergomol dgn anak-anak dara berdua tu, masa nak bermesra dgn suami tercinta (chewah!)...


I love you so much, Ayah...
-penyeri hidupku selamanya-

*
*
*
*
*
*

Gembira hati ni bila pada 12 November 2009 aku dapat surat tawaran dari gomen - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Aku melompat-lompat kegirangan. Terus call husband, "Ayah, ibu dapat kastam la..." Beliau mengucapkan tahniah dan kesyukuran ke hadrat Ilahi sebab apa yang aku nak, aku da dapat. Aku akan masuk keje sebagai penjawat awam!!! Best! Setelah 2 tahun aku menanti dan menanti, akhirnya Allah makbulkan doa aku... Best!


Namun ......


Tempat lapor diri - MENARA KASTAM, LARKIN, JOHOR BAHRU. "Oh, tak sanggup! Camner ni?" itulah kata-kata hati aku masa tu. Nak, tapi tak nak... Adus!!!
Nape ke JB pula dihantarnya aku?
Camner nak tinggalkan anak-anak ni?

Mana nak hantar mereka?
Nak bawa bersama ke ke JB?
Ada sesiapa ke tempat aku menumpang bersama anak-anak di sana nanti?


Oh tidak!


1001 satu persoalan masa tu nak ku fikirkan jawapan. Berbelah bagi hati dan perasaan ni. Suami aku pun tidak keruan fikirannya. Kami saling faham-memahami. Sesungguhnya kami tidak bersedia untuk situasi begini.... Suami ku berlagak ok. But, aku faham perasaannya. Ye la, suami ku sorang yang susah nak luahkan apa yg dipendam. Akhirnya, "Takpe, ibu pergilah, Ayah boleh jaga anak-anak. Tak payah hantar ke umah emak. Ayah boleh jaga, jangan risau..."

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

Allah je yang Maha Mengetahui betapa sedihnya hati ni sewaktu mengemas barang-barang, meninggalkan rumah, meninggalkan semuanya di Melaka. Sedang kemas, air mata mengalir di pipi... Anak-anak sibuK bertanya...
Kita nak gi jalan ye ibu?
Ibu nak gi mana?
Nape banyak barang ibu masuk kereta?
Mana...?
Nape...?

Aduhai, until aku nak jawab pun, hati ni sebak, sedih. Air mata jangan cakaplah, setiap masa rasa nak mengalir!

10 disember 2009 (Khamis)...
Aku sekeluarga bermalam di rumah kakak di Cheras. Esoknya nak lapor diri di Putrajaya. Penuh viva kecilku itu dgn barang-barang. Maklumlah, Ahad nanti nak bertolak ke JB.
13 Disember 2009 (Ahad)...
Hari yang paling tidak akan aku lupa, meninggalkan anak-anak untuk pergi bekerja. Masa tu, anak-anak terpaksa kami tinggalkan di Cheras. Suami menghantar aku ke JB. Sepanjang pagi hati ku sebak, resah, gelisah... Sepanjang malam tadi aku peluk dan cium mereka sepuas-puasnya.


Keep explaining to them that, "bu nak keje jauh. Ibu takde tau 5 hari, nanti jumaat ibu balik..."
..."Kakak jaga adik ye, jangan gaduh-gaduh dan buat ayah marah, kesian ayah..."
..."Nanti tiap malam ibu call kakak & adik, kita borak-borak tau..."


"Nape bu keje jauh, dulu keje dekat..." ..."Adik tak nak ayah, adik nak ibu..." ..."Sape nak buat susu adik, mandikan adik... Adik nak ibu..." Syuhada yang paling buat saya sedih.

Dia belum pun masuk 3 tahun masa tu. And dia memang rapat dengan aku berbanding dgn ayahnya. Kakak Nurin? Nurin banyak diam dari bertanya. Bila aku cakap, dia banyak diam. Katanya, "Kakak faham bu."

2 malam pertama di JB, aku bersama-sama suami menginap di hotel. Rabu, suami ku terpaksa balik ke Melaka, sebab keje. Takkan nak babysit aku kat sini selamanya, kan?? Suami balik ke melaka pada 16 disember tu menaiki bas Transnasional jam 1 ptg. Satu lagi perpisahan yang buat aku rasa nak nangis sgt-sgt. Hati sedih giler!!! Namun, suami terpaksa tinggalkan aku kat sini.

"Jaga diri baik-baik, drive carefully, call I if anything...." pesanan ringkas suami tercinta. "Gonna miss you, ayah..." Suami tak bagi lambai dia. Dia suruh aku jalan terus ke kereta dan balik ofis. Dengan beratnya, aku pun say good bye and melangkah pergi... Air mata bergenang... Mengalir ke pipi... Sambil berjalan ke car park, aku rasa mcm nak ikut suami balik.

Bekerja la aku di JB. Gi balik, gi balik... da pun 6 bulan aku kat sini, jauh dari keluarga. Every weekend aku naik turun JB-Melaka demi keluarga. Weekdays aku rasa amat panjang... Weekend pula singkat sgt! Bengang nyer... Tiap malam call anak-anak dan suami. 3-4 minggu yang pertama tu mesti aku call mereka dan diakhiri dengan linangan air mata, sebak! Rindu! Aku sungguh sensitif. Asyik sedih je 24 jam. Nasib baik kawan-kawan sekerja memahami. Masa mandi pun aku nangis!!! 

Disember aku pergi, hinggalah bulan Mac 2010, anak-anak tak sihat. Demam berulang-ulang, batuk, selesema, semput... Kesian ayahnya. Aku hanya mampu memberi rawatan secara jauh. Nasihat... nasihat... nasihat... Bila call, sedih aku dengar keluhan suami yang risau, anak-anak asyik tak sihat, dengan dia sekali rasa tak sihat! Tak dpt aku nak rawat mereka... Bila weekend, masa tu la baru dpt aku cover mana yang patut. Sapu ubat, minyak, beri ubat, vitamins. Yang peliknya, mereka memang sihat masa weekend, tau. Walaupun hidung tersumbat, tekak sakit, mereka aktif, naughty.... Hmmmmm... Nurin pula asyik batuk-batuk hingga menyukarkan pernafasan. Sering juga kena ke klinik 'ambil udara'...


Dah pun ke KPJ Kajang jumpa pakar last Saturday (26.6.2010) buat medical check up. Alhamdulillah, tiada pe yg kronik... Hanya kena jaga pemakanan dan aktiviti Nurin tidak boleh terlalu lasak...
- saya sihat -
Now, mereka da faham... Anak-anak da mula terima bahawa 4 mlm aku di JB, 3 mlm aku di bukit katil tidur bersama mereka. Mereka tiap hari mengira... Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat... yahoo! Jumpa ibu... Bila Ahad menjelma je, "Esok ibu keje ke bu?" "Ibu nak balik kan bu? "Bila lagi ibu balik?" All kind of questions yang membawa maksud yang sama hi hi hi..... Setiap hari, suami akan mms aku gambo anak-anak. Tu saje la pengubat rindu yang mendalam...

Di sebalik segala kesedihan yang aku alami, semua benda baru yang berlaku pada diri aku & keluarga sejak 6 bulan lepas ni sebenar-benarnya banyak baiknya. Aku tak pernah nampak keburukan pun selama ni meskipun banyak keperitan. Semua tu manis untuk dikenang... Sesungguhnya pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan yang sebenar....


  • aku lebih menghargai masa bersama keluarga. Tiap saat aku lalui dengan penuh makna bersama-sama mereka. Kalau dulu aku dpt homeschool Nurin every night, now... hanya 2 mlm seminggu aku dpt bersama dia. Dgn Syuhada lagi... hmmmm...
  • anak-anak aku now amat berdikari. Maklumlah, duduk dengan ayah. Kurang manja dan belaian ibu. Namun, bila ada aku di rumah, mereka buat-buat mengada-ngada! hi hi hi... Nurin da tahu amik buku sendiri dan membaca. Time aku memasak, melipat baju, mengemas, dia akan membaca dengan kuat, kalau salah, aku betulkan... Dia tahu yang ibu nya tiada byk masa lain...
  • dengan dpt keje gomen ni, pendapatan keluarga bertambah. Rezeki duit tu datang tanpa henti dari banyak sumber dengan tiba-tiba. Dapatlah cover perbelanjaan aku di JB dgn rumah sewa, tol & petrol segalanya...

  • aku suka dengan keje aku sekarang. Sangat suka. Mengubah segalanya dalam hidup aku. Aku gembira. Aku tak perlu fikir banyak nak gi keje sebab aku pakai uniform 3 hari dlm seminggu. Lagi 2 hari tu, ikut suka hati aku samada nak pakai uniform or baju kurung. Sampai hari malas, belasah pakai uniform jer...
  • suami pun da mahir buat kerja rumah dan jaga anak-anak 24 jam... hi hi hi...

  • list kawan-kawan dalam kehidupan aku bertambah-tambah dari sehari ke sehari. Semuanya kawan yang best. Yang bakal bersama aku 20-30 tahun lagi dlm servis, insya'Allah...
The best part adalah... Suami pernah berkata, "Barulah I tahu susahnya rutin you setiap hari dulu. I faham macamana you bekerja, menjadi isteri, menjadi ibu semua dalam satu masa. Amat penat. I hargai apa yang you buat untuk kami selama ni...."


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Sesungguhnya, kita akan lebih menghargai sesuatu itu apabila ia tiada. Kita akan teringat akan sesuatu itu apabila ia jauh. Ye la kan, org tua-tua dulu ada berkata, "dekat bau busuh, bila jauh, wangi..."... Sesuatu ikatan itu akan lebih erat apabila perpisahan tu berlaku, kerana pada ketika itulah baru kita tahu kita saling memerlukan dan melengkapkan each other.





Seperti dalam lirik lagu Allahyarham P Ramlee ... "Andai dipisah, lagu dan irama... Lemah tiada berjiwa... Hampa..."

*
*
*
*
*
*
*

Hanz's great giveaway...
Tengok la sponsors nyer, marbeles beb!
  • Triple Colour Life
  • Loving Minerals.com
  • Nabila House
  • Khazis Boutique
  • The Green Pocket
  • Zara Shoppe
  • HoneyB
Tengok la hadiah nyer plaks...
  • Blog Makeover by Jiji of TripleColourLife worth RM250

  • RM120 worth of Makeup Voucher from Loving Minerals.com

  • 10 bottles of Perfume For All + 10 Vouchers by Nabila.com

  • Green Pocket Laundry Ball worth RM 189 from The Green Pocket.biz
  • 3 Shopping Vouchers worth RM 45 each from Khazis Boutique

  • 5 Shawls from ZaraShoppe

  • 4 sets of Quilling Accessories & Jewelleries from HoneyB Quilling Creations

  • Beauty items & Ladies Accessories by Hanz

-AKU YG AMAT ❤❤❤ MEREKA-

Wednesday, June 16, 2010

BOIKOT... BOIKOT... BOIKOT...

5 comments:

- gambar sekitar makan-makan di RADIX FRIED CHICKEN di Mydin MITC, Melaka -

Sedikit demi sedikit, saya & hubby ambil langkah utk ubah dari produk YAHU*DI ke produk tempatan@muslim. Dulu, kami pernah berubah, rasanya 1 tahun yang lepas. Dek kerana kealpaan sendiri, kesibukan tugas seharian, kami terjebak semula dalam membeli produk YAHU*DI.

Sejak kes penaklukan kapal dek YAHU*DI tempoh hari, saya sedar bahawa mereka memang takde mata, hati dan rasa. Mereka dihantui oleh perasaan kejam yang tiada berkesudahan!

Dari KFC, PizzaHut, McD, saya da tukar hala ke RFC. Ni yang nak promote ni, sedap. Bak kata member saya di utara, di sana da banyak RFC ni. Di Melaka ni, baru dibuka end of last year, kalau tak silap la. Nurin & Syuhada memang tak komplen la, berselera mereka makan, alhamdullillah...

Pada saya, ini tanggungjawab kita bersama dalam memboikot produk YAHU*DI. Mari kita pincangkan ekonomi mereka. Mari kita hancurkan mereka secara diam-diam.

Memang tidak dapat diakui bahawa kemunculan pasaraya-pasaraya besar seperti TESCO tu byk menyenangkan kita. Hakikatnya, ia melumpuhkan bisnes kecil-kecilan orang tempatan@muslim. Lebih senang ke sana, semua ada, baik yang basah atau yang kering. Nape nak disokong pasaraya negara omputeh tu. Dia yang kaya, dia menjajah, dia menyeksa kita!!!

BOIKOT... BOIKOT... BOIKOT...

Moga Allah tunjukkan balasan yang amat teruk buat Israel... Aminnn...

Monday, June 14, 2010

VIVA FOREVER ...

No comments:

Aku secara rasmi da dpt work station baru. Selesa. Ada sejambak bunga plastik lagi hi hi hi... Barulah dpt jln kan tugas dgn ok. If not, dok lepak sini sana tak tentu arah.

Hujan di luar. Syukur sebab pagi tadi tak hujan, selamat perjalanan ku dari melaka (jam 5:30 pagi) ke JB (jam 8:00 pagi). Kalau hujan juga mcm jumaat lepas, haru!!! Mata da le rabun, dek hujan ribut, tak nampak jalan ler gamak nyer...

VIVA FOREVER... timasih la kta viva hijau ku. Tak rugi aku beli ko. Ko la bawa aku turun naik melaka-JB dari bulan 14 Disember 2009 hingga kini (ntah hingga bila). Kalau takde ko, ntah ler apa aku nak naik kan. Wira hubby guna utk kegunaan rumah & anak-anak di melaka. Alhamdullillah sgt ke hadrat Ilahi...

Jgn risau, sampai time nanti hubby akan servis ko. Kebersihan luaran & dalaman ko memang cun aku maintain. Tinggal lagi tak sempat nak gi modify luaran ko, sorry la ye. VIVA FOREVER... Memang niat aku & hubby terchenta nak simpan ko buat harta selamanya. Abang ko si Wira tu da pun abis byr loan. Happy la dia! Da confirm jadi harta...

Tu la, ntah sampai bila kita berdua akan berkelana di JB ni. Aku cukup nyampah! Aku cukup tak tahan tanggung rindu. Ko pun sure rindu jeritan, pekikan, aktiviti lasak Nurin & Syuhada dlm ko kan? hu hu hu... aku rindu giler kat diorang time ni. Pagi tadi, before aku berlepas ke JB kul 5:30 tu, sempat aku cium @ gomol the 2 beautiful girls. Biar diorang tau aku nak gi. Biar diorang tau aku takde utk 4 mlm lagi...

SEDIH GILER !!!!

Today aku nak buat claim utk induksi & ppip ari tu. Termasuk la nak type surat rayuan ke putrajaya spt yg pn Rosminah ibu pejabat suruh... then, baru aku buat keje lain... kuang kuang kuang...

I MISS MY HUSBAND !!!!

I MISS MY GIRLS !!!!

Tuesday, June 08, 2010

DENGARKANLAH ...

8 comments:
Buat baik berpada-pada.
Buat jahat jgn sekali.

Hmmm... itulah yg selalu kita dgr & itulah yg selalu kita mahu lakukan.
Namun, dlm byk keadaan, bila baik sgt, kita dipijak org ???!
Nape gitu???!
Yg jahat @ tak pernah buat baik sihat walafiat gembira.

Niat di hati nak bantu org, nak senangkan org...
Tapi, kita balik disusahkannya.
Di kutuk... Di tuduh!
Ek'eleh, kita ikut agreement la.
Da engkau buat hal, pe hal nak menegakkan benang yg basah?
Menjerit sana sini.
Kan ke bleh cakap slowly...
Memang le aku da tak nak kompromi sebab ko tak pernah layan sms reminder aku.
Bosan la aku!
Namun, kalau usaha nak kompromi, lembut la jugak hati ni, call la ke, sms manja2...

Bila berkawan, kita sayang kawan kita.
Setia kawan.
Sharing & caring...
Tapi, bila kawan tu tikam kita dari belakang, ia nya amat pedih.
Pedih... Pedih sgt!
Compare dgn org yg biasa-biasa dgn kita buat kita sakit, kepedihannya tak terasa lama...tak rasa sakit pedih menusuk-nusuk!
Dah le kawan baik kita sakiti hati kita, dihina nyer & difitnah...
Hadui!

Then... ibu bapa kita dihina, dikutuk, dibuli....
Arggh! Rasa nyer mahu ditampar org itu.
Mahu dicili padi mulutnya.
Mahu dicabut giginya.
Saya ni jenis org yg tak bleh stand dgn benda karut-marut ni...
On the spot saya akan sound direct org tersebut!!!

Melihat semua ni... Melalui semua itu sendiri...
Saya rasa insaf mlm ni.
Rasa satu perasaan yg amat dalam...
Nape semua ni terjadi?
Hmmmm... perlu muhasabah diri ke aku?
Or org-org tersebut perlu di'bersih'kan?


---AKU SEDIH TERAMAT ---