Dari awal pagi, saya busy siap kan keje satu per satu. Maklumlah, next week dah nak cuti 1 day before merdeka. Then next week tu da cuti for Aidil'fitri, seminggu! Tak mau la bercuti dan meninggalkan hati bos yang luka parah dek keje ku yang tak siap. Meeting pula sedang beratur dlm jadual hingga akhir minggu ni. Mana nak curi masa settle kat minit?! Aduhai...

Sambil busy busy tu, sempat jengah blog friends. Semua kat bloglist da saya jengah & tinggal jejak. Persinggahan sementara mengembalikan mood buat keje... Mood mengantuk pun ada!!!!

Saya sempat singgah ke beberapa blog di mana coretan si ibu & si bapa sungguh memilukan hati saya. Hmmm... Coretan luahan perasaan mengenang anak-anak yang telah pergi meninggalkan mereka, terfikirkan nasib anak-anak mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak dara saya....

Adus, andai saya di tempat mereka, kuatkah saya menerima qada' dan qadar itu?

Most of the time, bila saya membaca coretan si ibu & si bapa itu, selepas itu diikuti dengan linangan air mata, muhasabah diri.... yang pasti, kerinduan yang membuak-buak terhadap anak-anak dara saya yang jauh di mata.

Ayu... Perginya Alanna membawa separuh jiwa ayu. Meskipun Allah pinjamkan Alanna sekejap cuma, namun, kasih sayang Ayu pada Alanna begitu mendalam! Mana kan tidak, dikandung 9 bulan... lahirnya dinanti... Tiada lagi Alanna untuk dipeluk cium. Bidadari syurga. Tiap hari pasti saya menjengah coretan Ayu yang terkini. Berkongsi cerita pilu. Mungkin dengan coretan-coretan itu, hilang skit derita yang Ayu tanggung. Rindu dendam yang tidakkan berpenghujung... Tak sempat utk akak mengenali Alanna. Hanya berita perginya Alanna singgah di telinga. Maaf ye Ayu.

Al-Fatihah utk Alanna sayang...

Apa yang saya harapkan agar-agar anak-anak dara saya berdua kat Cheras sekarang ni kembali pulih dan sihat 100%. Kesihatan mereka menjadi tak tentu arah sejak ketiadaan saya di sisi few months ago. Kesian ayah nyer. Cuaca pula sejak akhir-akhir ni tidak menentu. Ubat doktor, tak payah nak cakap la, berbotol-botol! Sudahnya, ke doktor pakar.

Tak sanggup berpisah walaupun sesaat dgn anak-anak dara. Kalau lah boleh! Namun, berpisah jua. Tapi takpe, kerinduan saya ada ubatnya setiap hujung minggu menjelma. Kalau berpisah mati? Aduhai...

Jangan difikirkan masa depan yg kita pun tak tahu hujung pangkalnya. Pada saya, sekarang ni yang kita kena sentiasa waspada. Berikan yang terbaik utk anak-anak, baik dari segi masa, ruang fikiran, perhatian... Duit boleh cari yg serupa & senilai. Anak? Walaupun kelahiran demi kelahiran demi kelahiran, takkan pernah sama dengan si dia yang sudah pergi...
Photobucket