Thursday, December 30, 2010

MALAM PERTAMA DAH SUKSES !!!

wah, syiok nyer bersiaran dari carpet baru ni.
cat pun da baru, siap ada sofa merah empuk lagi hi hi hi...
tq la jiji sebab makeover blog aida ni.
i like!!!

bilik anak-anak dara pun da siap dlm 70%.
tinggal nak decorate... nak susun-susun books, dolls, bears, beli cadar baru...
semua simple jek...


::::: welcome to our room :::::

yg best nyer, nurin da pun tido dlm bilik dia sendiri last night!!!
but, bukan sorang diri la, dgn si ibu ni hah.
si ibu ni tido kat lantai atas toto la.
nurin tido lena hingga ke pagi.

::::: nurin posing tepi katil dgn muka penuh calamine lotion, demam campak ler kata kan :::::

syuhada???
tak berjaya lagi...

saya susun mereka last night - nurin bawah, syuhada atas.
so at first both of them da excited.
amik bantal peluk and dua-dua da tido kat tempat masing-masing.

::::: syuhada siap bagi signal PEACE lagi :::::

once saya on lampu tidur, off lampu besar, syuhada da gabra!!!
start le mengeluarkan titisan air mata sambil hulur tgn nak turun.
hmmmmm hampeh!
"ibu, adik nak tido dgn atuk..."

maka, si ibu yg lemah dgn pujuk rayu anak, pun menurunkan syuhada.
tido la syuhada dgn atuk & wan kat ruang tamu hingga ke pagi...

apa pun, nurin da sukses utk mlm pertama nyer.
congrats dear...
biar la ibu teman kan hingga nurin bebetul sedia tido sendiri...

5 comments:

  1. tahniah nurin,
    fikri ari tu 1 minggu je pastu tido balik dgn kami.. la ni bilik tu buat butik sidai kain baju (musim hujan kan).. jd dia terus la tak tidur situ daaa...

    ReplyDelete
  2. HANIE : tq auntie...

    KAK YONG : ye ker? aida nak sgt dara berdua tu tido bilik sendiri segera. ni azam 2011 ni. sebab plan nak tambah ahli adik-beradik ni hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. ha... saya nk kena tgu bertahun lagilah baru bleh pisah tdo dgn damia. suka tdo bawah ketiak mak apak! ahhaha

    ReplyDelete
  4. hi hi hi takpe. bagi dia lemak dulu wan. then, baru bagi pahit skit :-D...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)