Mar 2, 2010

FIKIRAN TAK WARAS !!!

8 comments:
Sebak bila tonton berita tentang arwah anakanda Shafiah Humairah.
Innalillah... Moga Allah cucuri ribuan rahmat ke atas roh arwah.

Sedih... Geram... Marah... bercampur baur!
Kepada lelaki jaha*am itu.
Dan juga kepada ibu kepada arwah yang sedang PREGNANT 4 bulan tu !!!

- SYUHADA -

Syuhada sebaya dgn arwah.
Kiranya melihat Syuhada diperlakukan sedemikian rupa oleh orang yang BERFIKIRAN TAK WARAS, sudah pasti saya amuk!
Kenapa kes penderaan Shafia tu berlarutan... berpanjangan... berterusan... ?
Buta kah ibu nya ?
Pekak kah ibu nya ?
Waras kah ibu nya ?
Bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan muhrim yang mendera anak nya HINGGA MATI !!!

Emosi saya melihat berita tatkala si ibu itu pengsan dan dipapah orang.
Baru nak pengsan ???!!!
Si lelaki jaha*am tu patut diheret ke muka pengadilan - HUKUMAN MATI !!!
Si ibu juga perlu diheret...
Agar menjadi satu teladan kepada IBU-IBU yang lain...

Tiap kali selepas saya marah Syuhada dan Nurin, pasti saya akan memeluk mereka erat.
Cium pipi mereka berkali-kali.



"Tahu tak kenapa ibu marah ? Sebab ibu sayang..."

Saya sering kali mengingatkan mereka berdua tanpa henti.

"Kalau orang yang kakak dan adik tak kenal, jangan dekat. Kalau orang tak kenal bagi duit ke, coklat ke, belon ke, jangan ambik! Orang tu jahat! Nanti orang tu tangkap kakak dan adik, da tak boleh jumpa ibu ayah... Tak dapat minum milo dan susu... Nanti orang tu pukul kakak dan adik macam dalam tv tu..."

Sehingga sekarang ni, Nurin da boleh ulang pesanan saya tu...

Semakin hari, semakin takut nak biar kan anak2 dara saya bersendirian di luar.
Tak nak perkara buruk yang berlaku dalam keluarga.
Bila da berlaku nanti, menangis air mata darah sekali pun, takkan berubah nasib kita masa tu...

JAGA ANAK-ANAK DI TAHAP YANG MAKSIMA...
Ramai orang tak berfikiran waras di luar sana...


Photobucket