Jul 29, 2010

ANAK HILANG !!!

3 comments:
:::::i love you:::::

Minta pada Allah, jauhkanlah tragedi ni dlm life kita, kan? Anak hilang ?!! Memang bleh buat ibu ayah hilang akal & pertimbangan...

Semlm kan berita heboh pasal satu kta... ayah kuar amik photo... kta tinggal jap... anak2 tido dlm kta....... citer selebih nyer pasti korang sedia maklum. 2 jam yang menakutkan !!!

Bukan nyer pe. Frankly speaking, saya ada la 2-3 kali buat gitu gaks. Gi kedai runcit kat area rumah. Maklum ler, if bawa anak2 berdua masuk kedai, tak jadi membeli kita ni dibuatnya. Asyik dok larang diorang berdua pilih gula-gula! Parking baik punyer depan kedai tu. Off enjin kta. Kunci kta. Warning both of them, jgn keluar dari kta. Walaupun ada org lain, selain ibu, suruh buka kta tu.

Masa shopping dlm kedai tu, hmmm panjang leher ni dok jengah kta kat luar tu. Alhamdullillah selamat. But dgr berita semlm tu, buat saya insaf dari buat gitu lagi. Saya takkan buat gitu lagi. "Maafkan ibu kakak & adik ye". Adalah lebih baik dok tension melarang diorang pilih gula-gula dari HILANG diorang... Minta-minta simpang la malaikat 44...

Gila ibu hilang korang tau...
Korang la permata hati ibu...
Tiap malam dari JB ibu call korang tanpa fail satu mlm pun!
Tiap malam before tutup mata, ibu mainkan video korang dlm phone...
Ibu on kan slide show gambo korang kat phone...
Bergenang air mata ni merindui korang...
Tiap hari ibu doa pada Allah selamatkan korang dari bencana...
dari penyakit... dari hasad dengki orang... dari hilang from jagaan ibu ayah...

Tak sanggup hidup tanpa korang...
Ibu plan baik punyer masa depan korang...
Agar korang dpt hidup selesa dan gembira nanti...
Biarlah ibu susah...
Biarlah ibu lapar...

Biarlah ibu pening dgn kerenah korang!

Asalkan korang gembira ceria...
Asalkan korang sihat walafiat...
Asalkan korang kenyang dan tak kehausan...
Asalkan korang dpt ibu lihat dgn mata...
Asalkan korang dpt ibu dengar suara dgn telinga...
Asalkan korang dpt ibu peluk cium gomol selama mungkin...



-ibu yg takut kehilangan korang-
Photobucket

Jul 27, 2010

::::: UNTUK NURIN :::::::

9 comments:
Kakak, ibu minta maaf...
Tak dpt anta akak sekolah.
Tak dpt amik akak ptg.
Tak dpt suap akak makan tiap-tiap malam.
Tak dpt belajar sama-sama akak tiap-tiap hari.
Tak dpt popok kakak sebelum tidur...


Kakak, ibu harap kakak faham.
Ibu keje jauh, cari duit.
Nak beli barbie utk kakak nanti.
Nak beli buku mewarna byk2 untuk kakak.
Nak saving utk kakak byk2, senang akak bila da sekolah nanti.
Nak beri semua dlm dunia ni utk kakak & adik...

Kakak, ibu nak kakak tolong ibu.
Jaga adik.
Jaga ayah.
Jaga rumah.
Jaga diri kakak sebaik2nya.

Ibu sayang kakak, adik dan ayah.
Ibu da doa semalam tau.
Semalam Nisfu Sya'aban, Allah boleh bagi apa kita minta tau.
Allah kan Maha Dengar kita nak apa.
Allah da Dengar permintaan ibu.
Kakak jgn risau, Allah da Dengar...

Kakak, jgn lupa doa ibu cepat balik rumah.
Boleh kita borak before tidur tiap malam.
Boleh kita membaca bersama.
Boleh kita makan sama-sama.
Boleh kita gi kedai sama-sama.
Boleh kakak & adik tolong ibu masak!

Kakak, ibu tahu kakak sedih.
Meskipun kakak baru jer 5 tahun, ibu tau kakak pendam rasa.
Adik... dia luah, dia kata, dia nangis...
Kakak... tidak...
Kakak diam jer, senyum jer...
Linangan air mata kakak menitis tiba-tiba!

Kakak, kakak anak baik.
Sabar jer dgn adik.
Selalu kena marah dgn ibu meskipun bukan salah kakak.
Bukan kakak yang buat.
Bukan kakak yang mulakan.
Namun, kakak tahu kan adik tu cengeng??!

Kakak selalu komplen...
Nurin jer salah!
Nurin jer kena!
Adik je dpt!
Nurin tak dpt!
Ibu tahu kakak betul.
Ibu tahu kakak tak byk cerita, mengalah jer.
Ibu tahu kakak baik...

Kakak, kakak tahu tak yang adik tak bleh hidup gembira tanpa kakak?
Dia rindu kakak.
Kalau kaka takde, dia mesti tanya byk "Nurin mana?"

Kakak pun tak bleh tanpa adik, kan?
Kalau kita gi shopping berdua, mesti kakak amik brg dua.
"Untuk Syuhada..."

Kakak... Kakak... alangkah bagusnya if kakak boleh baca apa yg ibu tulis ni.
Alangkah best nya if kakak dpt reply...
Alangkah gembira nya ibu if kakak dpt share perasaan dgn ibu.
Alangkah lega nya if ibu dpt cungkil perasaan yang kakak pendam.

Kakak ingat tak coretan love & reben kakak buat ibu & ayah ni?
*
*
*
*
*


Comel... Ibu ingat lagi...
"Satu untuk ibu... satu untuk ayah"
Ibu tempek kat peti ais... Comel!

Kakak... dengar sini...
Di mana pun ibu berada...
Jauh mana pun ibu dari kakak...
Kakak tetap ibu rindu...
Kakak cahayamata ibu yg buat hidup ibu & ayah ceria.
Kakak anak miracle yang mengembalikan seluruh kasih sayang yang pernah ibu & ayah hilang. Kakak jadi penyambung nyer...
Kakak la anak itu...
Kakak menambat hati semua.
Cucu sulung kesayangan atuk... wan...
Anak sedara sulung yg semua org sayang...
Mak long, Mak ngah, Pak Lang, Mak usu...
Semua mencurahkan sepenuh kasih sayang pada Kakak...

Hingga kini Nurin tetap no 1, meskipun Nurin da ramai adik-adik...

Kakak, i love you... i miss you...
Photobucket

Jul 26, 2010

NISFU SYA'ABAN

2 comments:
Kelip-kelip mata dah pun Nisfu Sya'aban. Tak lama sgt dah 1 Ramadhan, hari di mana kita mula berpuasa wajib... Moga kita dipanjang umur agar diberi peluang menyambut 1 Ramadhan lagi dgn penuh sihat.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)... Hmmmm, mana la lebih berat, kiri or kanan?

Maka, moga buku catatan amalan kita yang baru ni, lebih berat di kanan... Lebihkan amalan, insya'Allah...

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban (maaf sebab lewat tempek posting ni, may be boleh diamalkan for the next nisfu sya'aban, insya'Allah) :

PERTAMA :

Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

KEDUA :

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik…

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

KETIGA :

Baca surah ikhlas 1000x

KEEMPAT :

Berpuasa pada siangnya (Khamis)

*
*
*
*
*

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH ...

Photobucket

Jul 25, 2010

DERITA NYER DIRI NIH !!!

11 comments:
Dari ptg tadi saya sorang jer kat rumah. Refer to post INI kenapa saya sorang diri... Dok proses mengemas-ngemas. Baju pun da bersidai, separuh sudah berlipat rapi. Hah tu... azan maghrib pun da berkumandang. Tak lama pun berpisah dgn hubby dan anak-anak jap tadi. Namun, hati dah rindu. Hati dah sedih...

Sampai bila la nak gini??! Ayah di utara, ibu di selatan... anak-anak di tempat yg lain. Tak dapat ibu nak attend sebab subuh esok ibu da ke JB.

Mesti org kata, "Relax la, ko rehat. Malam karang ko tido awal. Bertenaga skit subuh esok nak jalan"... Yes. Saya pun rasa camtu. Dok tonton tv... Layan internet... Tidur awal. Tapi baru kul 7:34 pm saya da rasa resah... rasa kosong... RINDU!!! Menderita dalam rumah sendiri....

Sampai bila la nak gini??!

Ada tak sesape yg membaca ni kenal ORG BESAR KASTAM DIRAJA MALAYSIA yg membolehkan saya ditukarkan ke Melaka secara serta-merta???!!!

Nasib baik saya now keje dgn gomen. If swasta, memang da bagi notis resign 24 jam. Tu jer satu-satu nyer sebab saya masih bertahan - SAYA KAKITANGAN KERAJAAN MALAYSIA. Masih bertahan...

7:20 pm tadi called Nurin. She said, "Ibu cakaplah dgn bos ibu hantar ibu keje dekat rumah, tak payah la hantar Nurin umah mak ngah..." I replied, "Nanti ibu cakap lagi yer kat bos ibu. Bos ibu tak nak dengar cakap ibu la kakak..." "Nanti ibu amik Nurin, biar Nurin cakap dgn bos ibu. Mesti bos ibu dengar cakap Nurin tau, ibu..." "Ok sayang. Nanti ibu amik Nurin yer..." Sebak rasa nyer dada ni...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
::::: Gambar kami few weeks ago - kat kg, kenduri kawin sedara :::::

::: Ayah & kakak Nurin :::

::: adik Syuhada busy dgn jajan dlm goodie bag :::

::: Ibu dan Ayah... weekend couple :::
p/s : i love you so much, Ayah...

Ok... Pohon undur diri dulu yer. Nak solat maghrib, tenang kan fikiran, jiwa dan raga yang serba sedih tak abis-abis nih!!!
Photobucket

JEJAK KASIH ...

No comments:
Now, saya sendirian di rumah sendiri di Bukit Katil ni hah. Suami ku, on the way ke Jitra - ada kursus hingga Khamis nanti. Anak-anak dara? On the way ke Cheras - bersama atuk & wan nyer for a week. Almaklumlah, subuh esok saya nak vroom vroom ke JB - keje ler... Tiada sape nak attend to the girls nanti until Thursday. Cuti la anak-anak dari tadika for a week.

Anak-anak dara saya tu memang sgt excited nak ke Cheras, staying with atuk & wan kat umah mak ngah (kakak saya). Dari kecik memang rapat dengan mak ngah nyer...

Maka, aktiviti wajib saya today ketika bersendirian :
1 ::::: Kemas rumah... dapur... bilik... laman...
2 ::::: Gosok baju... Lipat baju... May be cuci baju sekali...
3 ::::: Masak? Oh no no no... Beli jer petang karang.
4 ::::: Malam - ada apoinmen dengan customer nak ambil hanger tudung.

*
*
*
*
*
*

Nak citer pasal JEJAK KASIH. Semalam memang best! Best! Jumpa 2 org sahabat yang lama giler tak jumpa!


PERTAMA : Kul 3:40 ptg kat Jusco Bandaraya Melaka. Jumpa Sabeq (nama glamer) iaitu ex-classmate Form 3 Feminin STFJB 1993. Fuiyoh! Merentasi 17 tahun tak berjumpa... Masing-masing da jadi emak kepada anak-anak dara kecil... Beli tudung online dari dia. Kebetulan dia datang holiday kat Melaka ni hah, amik kesempatan ler pass tudung by hand. Tak dpt borak lama. Syuhada buat hal, dia tak sihat, nak susu, nak itu, nak ini... Hmmmm... langsung lupa nak snap photo dgn Sabeq, frust!

KEDUA : Kul 9:15 mlm kat McD Melaka Mall. Jumpa Oney (nama glamer juga) iaitu ex-classmate darjah 2-6 1990. Ni lagi oldies, terpisah 20 tahun tu. Dia beli hanger tudung, and of course la pass by hand kan. Dapatlah jumpa berpeluk cium. Tak dapat borak lama gak sebab bawa anak-anak dara ku yang aktif, tak bleh dok diam! Again, no change snap photo since anak-anak da busy nak melintas jalan raya!!!

Best!

Malam ni nak jumpa lagi sorang member sekolah rendah juga, Sue. Dia beli hanger gaks dari saya hi hi hi... Jejak kasih lagi tonight.

7 ogos nanti nak re-union dgn bestfriends satu batch kat UIA kat The Club @ Damansara. Yes! Makan-makan, anak-anak mandi kat pool, gossipping, chatting with all the mak dara. Tak sabar nyer...


Semua ni because of FB. Jejak kasih everyday. Plan byk gaks re-union dgn friends. Best.


p/s : Selebihnya untuk today, saya dok layan internet dan tv jer la until vroom vroom ke JB subuh nanti. Bosan! Tak dapat bermesra dgn anak-anak lama. Sedih! Rindu!!! Rindu!!! Apa bleh buat...

Photobucket

Jul 23, 2010

WAKTU NYER DA TIBA ...

2 comments:
Yahoo... da pun kul 4:46 ptg. WAKTU NYER DA TIBA... Few minutes lagi saya akan vroom vroom balik Bukit Katil. Rindu nyer kat famili tak terkata...

Dah le ahad nanti anak-anak akan ke Cheras, dok sama emak abah. Hubby ada course di Kedah. Sape gerangan nak jaga anak-anak ku yg chumel lagi cerdik pintar tu kan? hmmm, thank you atok & wan.

But, emak abah & kakak saya memang suka anak-anak dara berdua tu ke sana. Menceriakan hidup mereka... Memporak perandakan rumah mak ngah mereka... Menambahkan kebisingan rumah mak ngah mereka... Itu yang atok wan & mak ngah suka... hu hu!

But sedih bila difikir-fikirkan... Ibu keje jauh, ayah kursus, terpaksa poslaju ke Cheras... Kesian mereka... If not, mereka maintain dok umah, sekolah mcm biasa, makan mcm biasa, main mcm biasa sebab ada nyer saya bersama mereka...

Huh! Bosan menunggu saat ditukarkan ke Melaka. Nak balik sangat dah ni....

Ok la... Tu jer coretan ptg yang mulia ni. Nak off computer... kemas... beli kuih skit kat cafe bawah buat ngonyel dlm kereta karang....

Bye.... See you all next week....

Photobucket

Jul 18, 2010

DOUBLE GUMBIRA ....

2 comments:
Hari Sabtu yang best!
Kegumbiraan yang tak terkira...
Double gumbira...

---> refer GUMBIRA terdahulu ...

Exam Undang-Undang Kerajaan pun LULUS !!!!

hua hua hua hua gumbira...

Hampir semua kewajipan asas da selesai.

Left :-
:::::tapisan keselamatan:::::
:::::BTN:::::


Photobucket

Jul 15, 2010

GUMBIRA ...

4 comments:
Today dpt mesej from kawan2 kat FB.
Mesej gumbiraaaa...

Induksi khusus jabatan - DA GI...
Exam jabatan - da LULUS...
Kursus asas jabatan - DA GI...

Now, exam induksi umum - LULUS juga...!

Yeeeeehah... Alhamdullillah...

Hmmmm... tinggal tunggu :-
1- result exam JPA,
2- tapisan keselamatan &
3- BTN.

Dpt la confirm jawatan awal harap nyerrrrr...

Photobucket

Jul 14, 2010

PENGGAL PERTAMA - NURIN

6 comments:
::::::::::klik gambar utk view lebih jelas yek:::::::::::::


Terima semalam dari Teacher Ummie, result Nurin Semester 1. Mula-mula lihat result - kedudukan dlm kelas, agak kecewa. Then bila Teacher Ummie explain one by one, lihat paper exams Nurin, baru senang hati... lega...

Nurin cepat belajar, kata Teacher Ummie. "Kami beri penekanan lebih pada dia."

Al-maklum la, last year Nurin di tadika islam. Cara ajar berbeza. Bila masuk tadika baru Januari 2010, style tadika ni berbeza sekali! Nurin ketinggalan berbanding anak-anak 5 tahun yang lain. Yang lain tu dari last year da menuntut di tadika Teacher Ummie. Then, Teacher ada tegur juga yang Nurin ni kat sekolah sometimes berat mulut skit. Boleh membaca, tapi tak bersuara. Pendiam... Hmmmm...

Then, homeschool dgn dia da amat kurang! Tu yang buat saya terkilan. Now, saya stress on MEMBACA & MENGIRA. Kurang beri tumpuan terhadap penulisan. Alhamdullillah, Nurin boleh terima. Ayah Nurin pun da banyak beri tumpuan pada Nurin every night, Tq Ayah... "Nanti ibu pindah balik sini, ibu take over semula ye?" hi hi hi...

And lihat percentage & markah semua, wokey la tu. Anak baru 5 tahun kan. Alhamdullillah... Lepas ni nak usaha kan class ngaji Quran dan swimming lessons di Ozana. KUMON tangguh next year...
Photobucket

Jul 13, 2010

TAK SIHAT !!!

6 comments:
sick girl
Saya 3 hari MC from yesterday until tomorrow. Rest, relax, ubat, minum air beyond... here in Bukit Katil ...

Today rasa sihat skit.

Esok one more day utk rehat.

But, anak-anak pagi jer di tadika. Kul 12 tghari saya ambik dari tadika. Masak... Walaupun MC, nak manfaatkan waktu dgn hubby dan anak-anak...

Moga lusa subuh dpt gerak ke JB, keje... Ramai dah dok call. Hmmmm...


Photobucket

Jul 6, 2010

BUNGA ... BABY ...

5 comments:
Hai... my beloved friends :-D
Nak cerita ceriti...


::::: bunga by Syuhada:::::

Bunga ??!

Waktu hubby pass gambo ni, kami memang gelak besar. Pelbagai warna yg Syuhada guna tu pada saya tak kisah la. Itu imaginasi dia sendiri. Memang saya perhatikan tiap kali dia mewarna, dia akan mewarna begitu. Ok la tu...

Tapi ...

Tang background tu, sure Syuhada tak perasan... confused... hua hua hua...

"Ibu, adik dpt bintang, tigaaaa..." sambil tunjuk jari pd saya... "Pandainyer adik kaler. Cantik!" da tugas saya bagi support kan hi hi...


:::::baby Syuhada:::::

Da nama pun anak perempuan, mana la nak lari jauh dari anak patung pelbagai rupa. Di atas tu, doll yg dibeli di Cherating. Ada lagi 1, kecik. Doll atas tu anak-anak saya panggil - "baby".

Hmmm... dulu baby berbaju, kini... ber panty sajer. Most of the time baby ni dimanjakan oleh Syuhada - disusukannya, dimandikannya, ditidurkannya... tak ketinggalan, di bawa naik basikal hi hi...

Gambar di atas tu, baby ditidurkan atas simen. Guna la bantal anak-anak saya waktu kecik dulu.

Ibu : Adik, nape la tidurkan baby atas simen. Da la dia tak pakai baju. Sejuk dia dik.
Syuhada : Dia ngantuk la bu. Bu cakap slow-slow nanti dia jaga!
Ibu : Opps, sorry.... ok la, bu cakap slow. Apa kata, adik angkat dia and tidurkan dia atas tilam bu. Boleh?
Syuhada : Hmmmm... ok la.

Syuhada pun angkat baby dgn slow, angkat bantal and tidurkan baby atas katil saya.

Syuhada : Ok. Ibu jaga dia jap ehh. Adik nak tgk upin ipin...
Ibu : Ok...

Barulah saya dpt buka almari baju dgn selesa hi hi...

Memang suka melayan mereka. Macam-macam imaginasi yang tak kita sangka. Bila dikenang semula, buat kita tergelak sendiri... Comel!


-IBU SAYANG ADIK-

Jul 3, 2010

SYUHADA JATUH MOTOR !!!

9 comments:

Today cuaca amat baik. Tak hujan... Tak panas... Tak mendung... Just nice... Very nice... Maka ibu ni pun gi la ngemas pokok-pokok bunga kat laman yang lama tak dilayan, ada yang hampir mati, kering, tak cukup vitamin dan zat galian. Ayah nyer plaks sedang bersiap nak gi ofis, ada sukan ILP zon selatan kul 3.30 pm - bola sepak & bola tampar.

Motor ayah da on. Ibu minta tolong ayah buang pokok & daun kering ke hutan sebelah tu hah. Then, ayah masuk dlm umah jap nak ambik barang. Nurin dan Syuhada dgn gembira dok main kat motor ayah... Vrooom vrooom boom!!!


*
*
*
Alamak !!!

Ya Allah !!!
*
*
*


Syuhada tergolek bersama motor. Ibu berlari... Nurin berlari ke dalam sebab takut la tu. Cepat-cepat tarik Syuhada sebab satu kaki dia terhempap motor. Tapi, dia tak nangis, bagi ibu petanda baik tiada kecederaan teruk...

Hmmm... kena la marah dgn ibu & ayah kaw kaw punyer... Brot bret brot bret ibu membebel sambil peluk both of them kat sofa...

Kecederaan Syuhada di siku jer. Lebab skit. Ibu ni pun buh la minyak gamat..... Baringkan dia depan tv.... Lurus jer tangan dia...

Tertidur pun tangan still lurus hi hi hi...

- SORRY ADIK, IBU LEKA DGN POKOK -

Jul 2, 2010

AIN SYUHADA BUSUK BACIN

4 comments:
Ni post happy, tiada lelehan air mata lagi masa type ni hi hi hi... Al-maklum la, pagi jumaat kan. Ptg karang abis keje terus pecut balik Bukit Katil yahoooo!

Chit chat start dgn update on Ain Syuhada, baby no 2 ibu...


  • da 3 tahun 5 bulan...
  • memang becok. aduhai, ada je perkara yang diborakkan. nasib baik la dia tak pelat, boleh la layan lagi sebab faham hi hi hi...
  • memang suka buli kakak nurin. cubit la, tarik rambut la, tolak la... nurin tu da la lembut lemah gemalai. lebam sana sini keje dek adik...
  • malas kemas mainan lepas main. nurin juga jadi mangsa mengemas.
  • tak suka ikat rambut! kena pujuk rayu baru boleh ikat rambut nyer yang kerinting tu...
  • apa kakak buat, dia pengikut yg setia...
  • suka sangat dgn UPIN IPIN dan MR. BEAN... ni la dua kartun yang boleh buat dia dok diam depan tv. kartun lain kurang sikit tarik perhatian dia.
  • penakut dgn swimming pool. sepanjang berada dlm swimming pool, dia akan menangis, sedih, murung... nurin dulu sejak kecil suka mandi swimming pool. syuhada ni tak mau plak...
  • sejak saya keje jauh ni, syuhada agak cengeng terlebih la... pantang salah skit, sure dia nangis. pening saya!

Frankly speaking, saya lom start secara betul-betul lagi homescool dgn syuhada. Dia selalunya secara tak langsung hasil dari aktiviti belajar dgn nurin, syuhada akan dok sebelah, anywhere around nurin. Ini yang dok buat saya terkilan...

-IBU SAYANG ADIK-