Saturday, December 31, 2011

SALAM TERAKHIR UNTUK SEMUA

4 comments:
assalamualaikum :)

lama sy x update blog ni. kurang sihat... sibuk urus nurin masuk darjah 1 lagi... keje ofis pun berlambak-lambak dek kerana nak akhir tahun kan...

tgh mlm ni akan bertukar tarikh kepada 1.1.2012. alhamdullillah, Allah panjang kan lagi umur kita semua di tahun baru. pe azam korang ekk? saya? for the very first time, takde buh per azam pun :)

menjelang akhir tahun 2011 ni, actually byk benda happy berlaku. semua tu kurniaan Allah jua :

  1. wishlist ~ grand livina impul telah pun jadik milik saya sekeluarga pada 20.11.2011. grey colour :) semakin selesa berjalan-jalan 4 sekeluarga. kta wira husben tu di trade in kan. sedih gaks nak let go dia setelah 9 tahun berbakti kpd kami since sebelum kawin lagi.
  2. saya pun now da pregnant hampir 3 bulan. happy giler bila dpt tahu. 1 tahun juga kecewa dari bulan ke bulan dok tunggu result positive. akhirnya... sukses!!! due date 29.7.2012. bulan ramadhan yang mulia. beraya dlm pantang la jawapannya saya :) so sekarang ni saya kurang sihat ~ takde selera makan... morning sickness... badmood selalu... sebab tu tak ter update blog ni, mood ke lautan pasifik !
  3. nurin da selamat daftar darjah 1 semalam... dia pun happy and excited. moga nurin jadi student yg cerdik dan baik ye...
  4. gaji saya dan husben pun naik bulan depan dek sebab sbpa, alhamdullillah... syukur. byk tak byk, naik juga, rezeki juga... rezeki anak baru la nanti...


SELAMAT TAHUN BARU 2012...

salam terakhir untuk semua dari saya di tahun 2011 :)

Photobucket

Wednesday, November 30, 2011

MEMORI DAUN PISANG KHAS BUAT NURIN KESAYANGAN IBU & AYAH

1 comment:
teacher ummie bagi satu cd gambo anak-anak di tadika. teacher ummie suka ambik gambo anak-anak tiap kali diorang buat aktiviti. sebagai kenangan utk diri beliau sendiri, dan kini diberikan kepada parents... suka nyer la hati bila klik klik gambo-gambo tu satu per satu. dpt la lihat aktiviti anak-anak di tadika. lebih 400 gambo dlm cd tu, best! sebagai ibu yg anta anak-anak nyer ke tadika seharian, sometimes saya tertanya-tanya juga pe la yang diorang buat kat tadika... tq so much teacher ummie.

maka ~ post ni ibu dedicate kpd anak sulung ibu. ni la nurin kat tadika. comel. pintar. cantik! 2 tahun nurin kat tadika ummie. and lepas ni nurin akan transit juga di tadika ummie, dengan teacher ummie...


kat atas tu adalah celebration bday anak-anak di tadika awal tahun ni. kebetulan diorang bday selang sebulan, saya anta kek sekali jer la... goodie bag pun sekaligus utk 2 orang :)



nurin di sekolah. bak kata teacher ummie dia kat sekolah tekun. ikut kata :)



ni sessi taekwondo ~setiap khamis petang~



ni wajib ~ solat ~ nurin tepi sekali sebelah kiri tu. telekung tu beli kan mydin. nurin sepasang & syuhada sepasang :)



nurin & friends di taman buaya ~ lawatan luar tadika ~



~ aktiviti-aktiviti pagi dan petang ~



nurin memang ada gigi yang cantik. sebab ibu memang paksa diorang gosok gigi sejak dari kecik. tak nak ada masalah gigi langsung !



memang sgt happy dpt tgk beratus-ratus gambo dlm cd relating to aktiviti diorang kat sekolah. rasa berbaloi dok byr tadika ummie tiap bulan hi hi hi... mcm-mcm rupa... mcm ragam anak di tadika...


Photobucket

Tuesday, November 29, 2011

SABAR BU... SABAR...

1 comment:


~ nostalgia ~
gambo ni snap on 16.8.2008
nurin 3+ tahun
syuhada 1+ tahun
~ miss them so much ~
skang nak anak dara, keje nyer asyik nak melawa je 24 jam!




kita selalu nak buat per kata majalah... per kata penceramah... per kata profesor. but hakikat nyer sometimes kita tak dpt nak apply kat anak kita sendiri. cuba nak buat ~ tapi tak praktikal. tambahan plak kita ni keje. weekend pun kena keje. tak masuk lagi nak kena gi kursus... hmmm tak belajar ler anak-anak kat umah.

so, sebagai superMak kepada 2 org dara (sedang cuba tambah dara / teruna) dan seorang husben yg hensem... saya suka ati la nak share la skit skit tips peribadi homeschool anak kat umah :-

  • kena byk sabar. memang akan naik angin tapi, sabaaaaar... saya start homeschool anak bila anak sulung umur 3 tahun plus plus. dia kecik lagi, so saya plak nak dia cepat tangkap pe saya ajar.... hmmmm, awal-awal tu memang frust. but, fikir-fikir balik ~ relax la, she is still a baby la (muhasabah diri sendiri!!!)... saya mengaku ~ ni la satu benda yg saya sendiri sukar nak buat iaitu jadi sgt penyabar. kekadang, ada gaks tone suara saya up skit... or, sometimes anak-anak kena cubit-cubitan kecil. rasa nak lempang pun ada!!! hi hi hi... "sabar bu... sabar..." tu la nasihat ayahanda dara berdua selalu. hi hi...
  • biar anak-anak tawar diri nak belajar, jgn dipaksa ~ baru dia ada semangat berkobar-kobar nak terima pelajaran. kalau paksa, hmmmmm concentration mereka ke laut! now alhamdullillah, nurin & syuhada da secara rela menawarkan diri mereka untuk dihomeschool kan. alhamdullillah...
  • kalau dia da tak minat ~ stop !!! jgn teruskan sessi belajar. akibat nyer kalau tak stop, kita balik yg sakit jiwa & sakit hati !!!
  • suasana rumah waktu tu kena aman. hindarkan tv... hindarkan komputer... ketepikan makanan... on kipas or air-cond... pencahayaan perfect... baca doa nak belajar (suruh anak yg baca)...
  • beri kan pujian ~ bukan bila da abis sessi belajar tu. setiap benda yg dibaca / dibuat betul ~ "yes, bagus!"... "adik pandai...!" ... "good girl!"... gelak-gelak sikit dgn dia. cium sikit pipi dia. peluk skit... hah! baru dia ok and excited...


huh! skang ni saya akan start langgan beberapa majalah utk anak-anak. menambahkan... mencetuskan... menanamkan minat dlm diri diorang utk MEMBACA. jadikan membaca tu satu tabiat. satu minat. satu kesukaan tanpa dipaksa!!! antara yg saya da confirm :-
  1. komik upin & ipin
  2. majalah disney princess malaysia
  3. ana muslim

ok kan ? dlm proses nak send borang langganan. including nak dpt kan edisi yg lepas-lepas. byk bajet ni, so skit skit la :) nanti aida share ekk pasal magazine di atas.


so, buat ikut citarasa anak-anak kita. jgn ikut org. ikut nasihat org ~ tapi sesuaikan dgn diri kita, anak-anak kita, masa kita :)


Photobucket

Friday, November 25, 2011

SEDETIK LEBIH

No comments:

~ menang !!! ~


saya suka sgt lagu anuar zain. dulu-dulu, suka skit je. but after kawin suka sgt!!! sebab husben minat sungguh lagu-lagu anuar zain, terikut-ikut... and tersuka sgt juga. terkejut gaks mlm AIM tu lagu ni tak menang :) best oii lagu edry KRU buat nih! anuar zain plak yg nyanyi kan...

kalau ada karaoke, husben suka la amik lagu anuar zain. my husben's voice memang sesuai dgn lagu anuar zain tau! tak tipuuuu...

tahniah anuar zain. if bukan awak yg nyanyi, lagu ni tak menang punyer la... ha ha ha...

but ~ kesian yuna, kena pulang trofi kemenangan yg sementara ~ takziah ekk...

Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

DA BASI ! TAPI NAK CITER :)

4 comments:
saya ni pattern yg kurang update dgn hal artis. nak tgk melodi tiap sunday pun sometimes terlepas! apatah lagi nak beli magazine hiburan, terasa membazir! nak tgk berita (ada ke citer artis???!) pun tak sempat kekadang... so, sesekali on la beautifulnara. dpt la update sikit. nak gaks tau skit skit gossip. so, saje la nak citer pasal FFM ke 24 20.11.2011 lepas. saya tak tgk pun, sebab on the way balik melaka dari KL :)



takde la nak citer pe. citer pasal perkara di bawah saje hi hi hi...





~ gambo semua share from beautifulnara ~

da agak dah dua ni mesti cintan-cintun punyer. just diorang still tak nak declare. sure cinta lokasi 'nur kasih' punyer... i like... sesuai... hensem guy & beautiful lady...


ni pun i suka! sesuai... diorang ni pun laku sgt sgt kat tv skang. sama-sama naik la dlm industri. elok la tu, sama-sama cari duit byk-byk and cecepat ler kawin... hope korang tak le clash. sebab korang sesuai !!!



and fauzi & lisda still pilihan couple paling paling i suka!!! lisda slim giler, cantik, ada kelaaaaas. fauzi pun hensem, mantop! sesuai la korang...


Photobucket

Tuesday, November 22, 2011

TIPS AIDA NAK SHARE --- SELAMAT DI / KE SEKOLAH :)

1 comment:

harap maklum ye bahawa next januari bakal bermula ekspedisi aida sebagai seorang ibu yg ada anak ke sekolah rendah. ekspedisi ini bakal berlanjutan berbelas tahun akan dtg selagi hayat di kandung badan, selagi Allah panjang umur... insya'Allah...

maka, suka hati la nak share tips serba sedikit. tips ni semua pasti tahu cuma ~ just share sebagai peringatan berulang kali ~

  • familiar kan diri kita dan anak yang bersekolah selok-belok sekolah. in case of emergency, mana nak pegi and mana TAK BOLEH pegi! ini paling utama. kerana bila emergency, apa pun tragedi buruk boleh berlaku. byk jenis emergency yg aida maksud kan ~ kebakaran, rompakan, sakit, etc... terutama if anak baru masuk sekolah, dia blurrr. maka, ambil masa untuk sendiri ronda kawasan sekolah, bawa anak and explain kat dia setiap perincian. PENTING!
  • ambil tahu SAFETY PLAN sekolah. apa yg sekolah prepare, apa yg sekolah ada, apa langkah-langkah keselamatan yg pihak sekolah sedia kan. faktor keselamatan nombor 1. itu mesti disediakan bagi menjamin keselamatan anak kita di sekolah. kita pun boleh mencadangkan apa-apa yg patut kiranya kita rasa ia PENTING. contohnya ~ visitor masuk sekolah wajib pakai pass... selain drpd ibu bapa / penjaga, org lain dilarang berjumpa dgn pelajar... tanpa kelulusan ibu bapa / penjaga, pelajar di larang di bawa keluar sekolah oleh guru... dan lain-lain...
  • beri information penuh pada anak kita tentang makna SELAMAT. ajar dia secara direct apa yg dikatakan SELAMAT dan TIDAK SELAMAT. inform dia apa yg patut berlaku di sekolah dan apa yang TIDAK PATUT. ini tak kurang penting sebab bagi anak yg baru bersekolah, dia takkan tahu senario bersekolah itu camne, kan?
  • berhubung rapat dgn pihak sekolah ~ guru kelas, guru besar, guru hal ehwal murid. maklumkan pihak sekolah kiranya anak kita mempunyai apa-apa alahan, sakit, semput, ketakutan... ini agar guru maklum dan tidak suruh anak kita buat sesuatu hingga memudaratkan anak.

tu jer yg aida terfikir skang. semua dari segi keselamatan la kan. jgn kita fikir aspek belajar je, markah penuh je, nombor 1 dlm exam je. aspek keselamatan penting. kita nak anak kita selamat 100% during school hours.

eh! ada lagi 2 tips la nak share... seperti di bawah ~


  • one more thing ~ kiranya ada masa, luangkanlah masa skit untuk hantar & ambil anak pergi balik sekolah. memang leceh. memang abiskan petrol. tapi, jgn anggap tu satu pembaziran. ambil ia sebagai satu perkara positif iaitu investment utk anak. dia selamat, 'harta' kita selamat. kerana 'harta' kita paling utama adalah anak.
  • kita mesti pastikan environment anak kita sihat ~ faktor kawan. aida suka kalau anak citer hal tadika. sape kawan dia. sape cikgu dia. memang suka la nak tau dgn sape dia bersama sepanjang hari. maka, bila bersekolah, penting kot ambil tahu sape kawan anak kita. background family dia. if ada program sekolah, join, berkenalan la sesama ibu bapa. zaman sekarang ni, ada anak yg lebih percaya kawan dari keluarga!!! tu yang nak kita ubah dan jgn biar ia berlaku dlm keluarga kita...


sekian ~ terima kasih kerana baca ekk... kalau ada tips extra, bleh share dgn aida jugak, buat tambah kat checklist :)

Photobucket

Thursday, November 17, 2011

PAKAI BIKINI PERGI KELAS ...

8 comments:

insya'Allah, akan anta nurin.
tapi bila... tak tahu lagi.
sebab pertama ~ nak tgk dulu jadual dia bila da naik darjah 1.
sebab kedua ~ swimming classes semua time keje ibu & ayah.
memang da lama simpan hasrat anta nurin class berenang ni.
tak nak la nurin jadi mcm ibu ~ kaki bangku!

bikini pun nak kena beli yg baru.
yg skang ni da mengecil, nurin da tambah ketinggian!
nak beli yg muslimah hi hi hi...
baru ada style nak gi kelas berenang!

da tau basic skills swimming, mudah la.
nurin pun minat sgt swim.
if sesiapa interested, klik jer kat banner di atas.
informations ada di situ.
utk kat melaka je ni ye, harap maklum...



"ibu sedaya upaya nak bagi yg terbaik utk kakak. dengan harapan kakak gembira, ceria dan membesar dgn sihat. ibu nak kakak dpt semua yang kakak nak. bila kakak besar, ibu nak kakak jadi serba boleh & serba tahu..."

Photobucket

STRESS ! AAAARGHH !

No comments:

today my keje will be audited by SIRIM QAS.
aduh! ada 2 prosedur keje ~ stress... nak memikir jawapan.
hopefully takde la NCR... and CP pun takde.

susah gaks bila jabatan da dpt sijil ISO.
nak maintain.
then keje kacau bilau.
timing nak jaga.
cop date nak jaga.
huh!


but, one thing yg bagus ~ semua sibuk cek fail.
semua sibuk update fail.
semua fail tersusun rapi...
baru tahu ~ "hah! fail ni takde ... dot dot dot ..."
hi hi hi...
ari ni semua staff kat industri ni nak kena serangan jantung / darah tinggi !!!!!!

ada tak friend yg da dipersijilkan ISO?
adakah teruk benar nak maintain sijil ni?

good luck semua staff caw. industri, kastam melaka :)

Photobucket

Tuesday, November 15, 2011

GRADUATION PUTERI SULUNG IBU

14 comments:

"sewaktu nurin sedang duduk-duduk tunggu turn nak naik amik sijil graduasi nya, tiba-tiba ibu jadi sedih... sebak... besar da anak ibu. abis da satu fasa idup nurin. pas ni anak ibu da masuk alam sekolah rendah. lebih kurang 6 tahun pula bergelumang dgn baju kurung putih dan kain biru gelap. diari ibu akan penuh la dgn aktiviti anta nurin gi balik sekolah pagi. gi balik sekolah agama (ptg). then ibu nak sign up nurin utk kumon, piano class and swimming session. aduhai... sebak!!! dari kecik sepanjang lengan ayah, nangis-nangis tiap malam, ibu ayah bobok... zikir... nyanyi utk nurin tido lena. kini, nurin da kenal erti penat... letih... hari ni... semalam... sayang... rindu... aaaah! sedih hati ibu, kakak...."



huh! tu la dia perasaan saya yg tiba-tiba sebak hari ahad lepas. 2-3 minit je perasaan tu, tapi amat mendalam. melihat anak dara sulung yg da abis tadika... yes, ahad lepas graduation nurin (6 tahun) dan syuhada (4 tahun). alhamdullillah, semua berjalan lancar dan selamat.


seawal 6:45 pagi anak-anak dara da dikejut. nak ready ~ nak make-up kan as princess, nak buat rambut, nak 'warna'kan muka... tema untuk girls ~ princess and boys ~ retro. memang bersungguh-sungguh la saya mencari baju & aksesori mereka. memang la mencabar! and diorang happy. ini la rupa mereka.

ni baju princess aurora ~ walt disney


ni plak baju ala-ala princess bell ~ walt disney


~ both of them ~

memang saya sgt suka la dressing mereka utk graduation kali ni. sebab memang saya spend duit and masa. and berbaloi!!!

~ puteri dengan permaisuri ~


~ boys retro dengan bonda ~


then, ada 2 persembahan. anak-anak 6 tahun dengan tarian melayu. anak-anak 4-5 tahun lagu ikan kekek.

~ kakak ready ~


~ kakak (hujung sekali kiri) beraksi manis ~


~ syuhada (no 3 dari kiri depan) and the gang ~


persembahan dari anak-anak 6 tahun memang teratur dan cantik. nurin pun senyum simpul saje. so sweeeeeeet :) tapi, time persembahan anak-anak 4-5 tahun, tak la sweet sgt, just comel! masing-masing ikut gaya sendiri. da la lagu iringan ikan kekek, ibu ayah semua terkekek-kekek gelak... hi hi hi...

~ alhamdullillah, selamat da anak ibu tadika ~


~ ni baby ibu, da 2 tahun masuk tadika (lompat kelas!) ~


~ double nurin, jiran depan umah (nurin irdina (kiri) dan nurin nazihah (kanan)) ~


~ persembahan finale ::: lagu ummi ku sayang & lagu 1 malaysia ~


selesai sudah. lega ibu dan ayah kerana da seminggu lebih serabut kepala nak cari aksesori princess. puas hati... da boleh start plan utk next year ~ nurin darjah 1. then ada less than 2 months utk abiskan silibus ibu di rumah. skit lagi kakak, skit lagi ibu nak capai target ibu sendiri. hi hi hi...


Photobucket