Tuesday, January 25, 2011

ALAMAK ! DEGUPAN JANTUNG KU DERAS !!!

9 comments:
hai hai hai...
korang surely da byk tgk banner HeartBeat kat blog blog kan?
yes yes yes...
aida baru jek join.

dlm 1-2 hari gak aida baca-baca, survey, ...
maklum la, before masuk kena ler tahu 100% dulu kan.

ntah nape, aida amat berkenan nak war-war kan kat semua...
sebab memang bleh buat tabung nak holiday end of 2011 nanti.
first time buat tutorial ni.
puas juga godek-godek gambar, etc...





utk join, klik banner di atas, dan terus ke heartbeat.my...
so, korang kena klik la ikon di hujung atas kiri seperti dlm gambar kat bawah ni hah...


pastu, korang akan nampak words 'Create Account' mcm kat bawah ni.
apa lagi, klik jer la...


seperti yg lain-lain, kena la isi maklumat diri ke 'My Account Information'...


hingga bawah sekali, sebagai penutup pendaftaran page ni, jgn lupa tick kotak kenit 'I agree...'...
dan klik 'continue'...
semua mcm gambar yg bawah ni ler...


yes, da pun wujud akaun HeartBeat korang tau.
but, lom abis lagi...

*
*
*
*
*
*
*

klik word 'join HB!Affiliate'...


scroll bawah sikit and klik kat 'online application'...


isi 'personal information' untuk program affiliate ni...


tgk gambar kat bawah ni, 'preferred payment information', isi la mode of payment yg korang suka. and terus tick kat kotak kenit 'I agree...' and klik 'continue'...


da nak abis da proses register ni.
klik kat word yg aida bulatkan kat bawah ni...


and klik utk dpt kan code utk promosi kan banner heartbeat.my korang kat blog korang.


and, per lagi... copy HTML code tu and tempek ke blog korang mcm selalu-selalu...
tgk gambar kat bawah ni ler ye...




senang kan ?


aida gi blog korang, confirm aida akan klik HB korang.
korang jgn lupa klik aida punyer banner plak yek kat atas tu...


so, jom register.


Photobucket

Monday, January 24, 2011

KUTU... KUTU... KUTU ?

8 comments:
kutu ni byk maksud...

ada kutu bulan-bulan collect duit.
ni kat opis saya masih wujud & aktif...

ada gak kutu tupperware.
or kutu vantage.
or kutu correlle.
sebab brg2 ni mahal2 belaka.
maka kena wujud kan kutu bulan-bulan.


hah ! sape nak join kutu set sauna ?
bleh la email saya utk daftar segera yer - adianiez@yahoo.com.
as at now, kutu offline.
nak join, sila kan.
baru ada semangat nak on kan kutu set sauna online.


eh ! terkeluar topik plaks hi hi hi...

layan gambar ni dulu yeks...


da bubuh ubat kat kepala...
da sikat buang emak & anak kutu, serta telur kutu!
mereka hanya pakai panty jer time ni hi hi hi...
proses pembersihan ler katakan...



sambil-sambil kena kuarantin kepala, kakak sempat curah ilmu kepada adik tersayang...



ni la peralatan nyahkutu...


operasi bersekutu telah dilakukan oleh saya & ayah dara berdua start sabtu hingga ahad.
saya dari kecik dulu2 memang tak pernah dihinggapi kutu kat rambut!
sebab, saya dok umah, emak suri rumah tangga.
dara berdua ni kena virus kat tadika la, sharing sikat!!!
haru dibuat nyer bila dpt berita yg mereka ada kutu!!!
elergik!!!

da clear kan kepala mereka semalaman...
ahad tu start clear kan bilik, peralatan, mainan, etc...


so nak share ler kat sini pe yg saya buat...
  • beedsheet & pillowcase mereka memang kena tukar @ cuci bersih (termasuklah bilik ayah & ibu).
  • pakaian yg belum cuci, cuci segera.
  • karpet semua kena vakum.
  • anak patung semua kena bersihkan & seal dlm plastik at least for 2 weeks !!!


semua ni dibersihkan dan dijemur.
alhamdullillah matahari terik seterik-terik nyer !!!



pas ni memang proses cek kutu akan sentiasa dijalankan secara berjadual.
da pun bekalkan sikat khas utk rambut dara berdua ke tadika.
da pun inform cikgu no more sharing sikat dgn kanak-kanak lain agar kutu dpt dibendung.


Photobucket

Thursday, January 20, 2011

AKU MEMANG LAYAK DPT !!!

14 comments:
Ingat tak kisah sedih ni ???
Dan takkan terlupa da pada kisah yg penuh kegembiraan ini ???
Dua kisah yang berkaitan.
Dan "aku memang layak dpt!!!!"


Frankly speaking, saya ni memang malang if join giveaway yg berbentuk CABUTAN BERTUAH. Pendek kan perkataan, tidak bertuah ler tu. But few times saya join giveaway yg melibatkan penilaian, and kali tu saya menang tempat pertama... First, giveaway Elyn... And, giveaway Hanz yg sedih tu hu hu hu... Yg lain, ada la 2-3 lagi present tak di sangka yg amat special...


Maka, ni post special dedicated kepada Hanz. Tq kerana jadikan aida Grand Prize Winner !!!!


And hadiah nyer da complete dapat tau!!!!!


*
*
*
*
*
*
*
*



Grand Prize (total worth RM 320)





sgt suka dgn blog makeover by Jiji.
semakin bersemangat ber blogging.
semakin suka menaip...
akan memperbaiki mutu persembahan kat blog ni.
agar semua suka dtg jengah-jengah cerita ceriti aida.
agar lebih ramai kawan melekat!




Khazis Boutique 'Apparel Voucher' worth RM45



aida memang suka hijau kaler gini.
sgt suka... selain dari tu favourite kaler aida ialah coklat!!!
kain ni da pun kat tailor.
aida jer tiada masa nak gi amik & pakai.
sibuk ler gamak nyer keje & famili...






Nabila House PFA 'Perfume & Voucher' worth RM 25



i like !!!!
tiap hari tukar-tukar perfume sejak bertambah koleksi lagi 2 ni.
memang tak bosan terhadap diri sendiri lagi.
long lasting tau PFA ni.
harga berpatutan plak tu...




best !

berbaloi la dgn masa yang aida spent utk giveaway hanz ni. mengarang post tu bersama dgn air mata yg turun mengalir kat pipi tanpa henti. few days aida amik masa utk complete kan karangan. nasib baik tak terlepas due date!!!!



Photobucket

Tuesday, January 18, 2011

ALAHAI SEDIH NYER ...

4 comments:
tonton ulangan Oprah last night, farewell season...
suka sgt Oprah.
show dia mesti best!

tentang neglected child...
menyentuh!!!
kesianSmiley...

What happens to a child who grows up with virtually no parenting, love, affection or human touch? "Nearly everything we learn about being human—how to speak, how to walk, everything—comes from the people who raise us," Oprah says. "Today, we're going to look at what happens when nobody does."
::::: gambar hiasan :::::

terabai...
dibesarkan oleh ibu bapa yg tak bertanggungjawab...
dilayan spt binatang...
berkelakuan spt binatang liar!
tidak kenal dunia...
takut kepada alam sekitar...

satu kes tu, budak lelaki dihalau dari rumah nyer pada umur 3 tahun.
nowhere to go...
bukan nowhere, don't know where!
umur 3 tahun, what do you expect from a 3 year old child utk fikir where to go???
budak tu tido dlm kandang anjing hingga umur 5 tahun!!!
macam tarzan, budak tu berkelakuan spt anjing!!!
sorry to say, saya tgk muka dia dlm tv pun mcm anjing.
Allahu Akbar!!!

sorang lagi tu, budak perempuan pulak...
umur 6 tahun dijumpai di luar rumah, lari dari rumah...
kebajikan masyarakat amik and anta ke spital.
just imagine, umur 6 tahun budak tu tak reti cakap, tak reti makan, minum susu jer...
tak suka jalan, suka berdukung jer.
tak sosial, merengek 7-8 kali sehari!
di umur dia 8 tahun, dia mcm budak 2 tahun....
sian dia!
syukur la ada ibu bapa angkat yang sabar adopt dia...
yg bebetul sayang kan budak perempuan ni...



*
**
*
**
*
**
*
**
*



Smiley
nape jadik gitu yek?
nape la ada sifat kebinatangan dlm hati manusia yg bergelar ibu & ayah?
sian budak tu.
gelap masa depan dia.
kenapa anak yg sempurna tu dilayan sebegitu sehingga dia menjadi anak 'istimewa'?


early education amat penting utk anak-anak terutama dlm umur 3-6 years.
masa ni la akan membentuk dia di masa depan.
if time ni dia 'rosak', sure masa depan dia agak kelam.
buku is buku la.
pelajaran memang penting.
but, environment kekeluargaan yang bahagia lebih penting, kan?


tu yg lebih mencorakkan anak kita.
belaian... kasih sayang... interaksi.. pelukan...
otak anak mcm sponge, serap and serap and serap...
baik kita bagi, baik la dia....


beruntung la anak-anak kita dpt ibu bapa mcm kita.
penyayang..
sanggup korban pe saje untuk mereka.



teringat kisah sedih saya yg merantau ke JB selama 9 bulan 10 hari.
sanggup hubby berkorban masa & tenaga dia utk dara berdua.
sanggup hubby tak nak anta dara berdua kat parents saya semata-mata tak nak dara berdua hilang kasih sayang & belaian ibu & ayah...
hmmmm...
syukur alhamdullillah kerana derita itu telah berakhir... tq Allah!




Photobucket

Monday, January 17, 2011

ADIANIEZ GIVEAWAY : RIANG RIA DARA BERDUA

66 comments:
Wahai rakan taulan ku semua...
SmileyMengumumkan...

Adianiez's 1st Giveaway 2011

Photobucket

Dijemput semua rakan taulan utk join tanpa rasa ragu-ragu lagi
Kerana...
Ada hadiah yg menarik... Menarik?Smiley

Giveaway ni sempena bday anak dara saya berdua ni.



TEMPOH GIVEAWAY :
17.1.2011 @ 4.17 pm
hingga
23.2.2011 @ 9:20 pm
(ni tarikh & masa dara berdua dilahirkan)



Syarat wajib :
  1. sila follow blog saya ni & add blog ni di bloglist anda - http://adianiez.blogspot.com/
  2. sila tempek banner giveaway di atas tu kat sidebar blog anda, link kan ke post ni...
  3. Smiley sila buat satu post tentang giveaway ni dgn tajuk ADIANIEZ GIVEAWAY : RIANG RIA DARA BERDUA dan tempek banner giveaway di awal entry anda dgn link ke post ni...
  4. tinggal kan komen pernyertaan anda kat sini - nak email address korang sekali ye.
Syarat tak wajib, sunat jer :
  • dlm post anda tu, suggest satu hadiah utk Nurin & Syuhada sempena bday mereka dlm lingkungan RM50 seorang. maka, utk mereka berdua bajet aida ialah RM100. if anda suggest hadiah tu aida beri online, caj kurier/poslaju adalah dlm bajet RM100 tu. and kalau aida kena beli offline, suggest la tempat utk aida gi beli.
  • if can, anda tempek la gambo hadiah tu, senang aida nak buat keputusan.
  • style anak-anak dara aida ni, kalau sorang ada, sorang lagi mesti nak! sebab tu aida da jadi habit, semua benda utk mereka aida beli 2, sorang 1 (bentuk, warna, corak dua-dua sama!)...
  • but, terpulang pada anda nak suggest kakak lain hadiah and adik lain hadiah or sama dua-dua. nyatakan la nape anda suggest hadia-hadiah tu utk pertimbangan aida.
  • YANG PALING BEST - anda boleh promote brg yg ANDA JUAL juga. maksudnyer, boleh iklankan dan promote kan brg sendiri utk aida beliSmiley. kalau bertuah, terpilih, aida beli utk dara berdua...


Hadiah :

SmileyUNTUK HADIAH YG TERPILIHSmiley
aida akan diskus dgn hubby, hadiah pe yg kami nak beri dara berdua dlm byk-byk cadangan tu (byk ke? hi hi hi)...
yg terpilih tu, org yg suggest tu akan dpt semua ni ikhlas dari kami...


SmileyUNTUK 2 CABUTAN BERTUAHSmiley
ni utk semua yg penuhi 3 syarat wajib di atas...
maka, if tak nak suggest hadiah pun takpe, dpt hadiah cabutan bertuah juga!
nurin akan cabut satu nama...
syuhada akan cabut satu nama...
yg bertuah tu, akan dpt ini...

:::::CABUTAN NURIN:::::

1 set of blog signature & watermark - tajaan AdianiezShoppe & Kak Yong
  • 1 kain batik sarawak & pengurut kaki


:::::CABUTAN SYUHADA:::::

1 kain batik sarawak



PENAJA :

semua ni utk anda...
terima kasih kerana join...




-saya yg suka nak beri hadiah-
Photobucket

SAYA DA 4 TAHUN TAU...

3 comments:

suka nak beritau semua org.
saya da 4 tahun ari ni...

sabtu lepas, ibu beli kek hazel cheese kat secret recipe.
celebrate kecil2an kat umah mak ngah.
ada atuk & wan, mak ngah & famili, mak usu & famili & pak uda.
abis kek tu.
sedap!!!

4 tahun lepas, ari ni, kul 4:17 pm saya da kuar dari perut ibu.
kata ibu, tak lama saya buat ibu sakit.
ibu dok dlm labour room tu kurang 15 minit before lahir kan saya tau.
ok la tu, kan?
Allah permudahkan proses kelahiran saya yg awal 2 minggu dari dua date sebenar.

kata ibu, ptg kelahiran saya tu, ibu sorang jek kat GH Melaka.
ayah keje.
hmmm... memang tak patut.
atuk & wan jaga kakak kat umah.
ibu dtg ke GH naik ambulans!!!
hua hua hua...

ibu cerita lagi, sebenarnya ari tu ibu saya malas tahap maksima nak gi keje.
so, gi la ke poliklinik ayer keroh semata-mata nak amik MC.
gi pagi tu, ibu drive kta bawa wan & kakak nurin.
cek punyer cek, doktor kata kat ibu, "lebih baik awak gi GH la, perut awak keras!"
maka, naik la ibu ke GH dgn ambulans.
wan & kakak? nasib baik ilmu driving wan masih menebal, drive la kta ibu slowly balik umah.
tup tap tup tap... dari nak amik MC sehari dari doktor, terus ibu saya dpt MC 60 hari!

da selamat bersalin, baru la ibu call ayah dari labour room.
suruh bawa baju saya.
saya takde baju masa tu!
nurse balut guna towel hospital jer...
tu la ibu saya ni, tak sakit pun bleh terus bersalin.
tak ready brg...
hua hua hua...

1 mlm jer ibu & saya dok spital.
esok nyer, tghari dah balik rumah ibu ayah...
ibu citer lagi, saya tak susahkan ibu & ayah byk juga waktu 60 hari tu.
waktu mlm, saya tido nyenyak hingga langsung tak bangun mlm!
pagi kul 6:30 baru saya nguek nguek nak susu.
so, memang ibu bagi saya susu sebanyak mungkin la waktu siang sebab mlm memang saya tido lena.

trademark saya waktu kecil yg memang ahli keluarga tak dpt lupa ialah....
mata saya yg besar!!!


hingga sekarang pun, mata saya masih besar tau...



nota ibu :

sekarang ni adik paling nakal!
tak dgr kata ibu & ayah.
suka bagi darah ayah naik.
suka bagi ibu besar tekak.
suka bagi kecoh sebuah rumah!!!
suka buli kakak...

tapi ibu & ayah tahu, adik baik & cerdik.
adik buat semua tu sebab nak tarik attention...
ibu sayang adik!!!


Photobucket

Friday, January 14, 2011

NAK AMIK ADIK BALIK ...

7 comments:
Smileyyeeee hah !
best best best ....
tonite up to cheras ...
nak jumpa syuhada, adik cayang bucuk ibu ... bucuk ayah ... bucuk kakak ...
ibu nak amik adik balik, sayang...
muah muah muah!!!

last night call adik ...
oh God ! rindu giler dgn adik ...
mak pun inform saya, "anak awak sibuk suruh atuk dia anta balik..."

aduh, terharu nyer ...
yes la, syuhada sure da bosan tahap gaban ...
if 2-3 days dok dgn atuk & wan memang la dia suka ...
but, now da more than a week !
memang dia bosan.... and rindu giler kat umah bkt katil ni hah ...

kakak pun da asyik sebut, "adik... adik... adik... "


adik pun da sihat according to mak.
da kembali happy... binti-bintik campak tu da dlm proses pemulihan...
tak demam lagi.
alhamdullillah adik da sihat.
next week balik tadika and play around yer darling ibu...
love u adik........... and kakak juga hi hi hi...

*
*
*
*
*
*

nak citer skit... eh! nak komplen skit...


tgh mlm tadi sempat tonton TOP CHEF 3 kat 702.
new season...
but but but... binatang yg nak dijadikan masakan tu semakin menggelikan tekak saya!
alligator.... belut.... katak terkangkang... ular orok-orok hitam legam... b*bi tu wajib la kan dlm rancangan omputeh... aduhai!!!!!
geli geli geli la!!!!!!

segala jenis binatang omputeh makan yek?
semua jenis makanan diorang nak cuba ke?
aduhai...




p/s : 1st giveaway kat blog aida da dekat... jemput join yek!

Photobucket