Thursday, September 29, 2011

::::: HIDUP INI DA SENANG :::::

No comments:
alhamdullillah di atas rezeki Allah ...
buka pintu rezeki seluas2nya ...
cukup makan, cukup pakai ...
anak-anak pun cukup segala keperluan ...
syukur sgt ...

duit Pictures, Images and Photos
~~~ gambar sekadar hiasan ~~~

duit tak de la terlebih-lebih ...
just lebih byk dari dulu ...
teringat lagi dulu baru2 kawin ...


saya lom keje. hubby je yg keje.
sewa rumah kecik je.
tak beli pun brg perabot byk. semua pasang siap.
katil pun takde hi hi hi tilam bujang yg tebal jer la.
then, saya dpt keje, gaji kecik jerrr.
boleh la dari takde keje, kan?
then pregnant kan nurin.
hmmmmm memang kad kredit la jadi sasaran utama.
hua hua hua...
kelip kelip mata... pregnant kan syuhada.
pindah pula rumah sendiri yg skang ni hah.
hmmm... byk guna duit kan.


tu la dia... hidup baru nak mula, memang gitu la rencah nyer.
kita ni bukan nyer anak org kaya yg da standby kan harta.
tak perlu susah-susah, rumah kereta keje semua da siap sedia.
tak perlu pening kepala.
nak kawin pun mak bapak yg tanggung hi hi hi...
kita ni org biasa, serba sederhana...
sendiri usaha, sendiri punyer harta!

now, legaaaaa...
da senang skit...
boleh bernafas dgn tenang...
boleh merancang per patut...

::::: ::::: misi terdekat yg perlu dilaksanakan ::::: :::::


~ mitc ~


~ mitc juga ~


~ melaka wonderland, ayer keroh ~


Photobucket

Friday, September 23, 2011

MACAM MAU LA

2 comments:
bila hati tak tenang, macam mau gi holiday la...
layan anak-anak kat swimming pool.
shopping skit skit... gi mana ekk?


port dickson la kot the nearest...


hmmmm per kata ajak hubby gi bwk anak2 kat wonderland ayer keroh tu la hi hihi...
lom gi lagi sejak dia open.




buat sandwich skit.
nugget ayam and hotdog goreng.
air kotak laici...
air suam...
yes aida. good idea...
1/10/2011 la program bakal dilaksanakan.

end of november insya'Allah nak fly to Langkawi & Padang Besar 3 hari 2 mlm...
rombongan ofis. yes! shopping at Langkawi again!!! yes!


mid of december insya'Allah nak driving up to Perak, Kelantan & T'ganu plak dgn family 1 week.
holiday tahunan bawak emak & abah.
january 2012 @ chinese new year driving again to Cherating, family day hubby's side plaks 3 hari 2 mlm....

yes!
sungguh suka.
9-10 bulan stress keje, end of the year coti-coti malaysia !!!!!!!!!!!!!



Photobucket

Thursday, September 22, 2011

BERCERAI SUDAH KASIH SAYANG

2 comments:
kita tau tak bila sebeno nyer kasih sayang di antara kita da kurang?
bila ia mulai kurang?
bila sabar dan tenang tu da tak boleh diaplikasikan lagi.
bila percaya itu sudah jadi kabur.
bila rasa pasti itu sudah bertukar jadi entahlaaa...




di mana kan ku cari ganti serupa dgn mu.
tak sanggup ku berpisah dan berhati patah.
hidup gelisah.
alangkah pedih rasa hati.
selama kau pergi.
tinggal aku sendirian.
tiada berteman dalam kesepian...

dunia terang menjadi gelita.
cahaya indah tiada berguna.
keluhan hatiku menambah derita.
kau jua tak kunjung jelma...

terkenang lagu p.ramlee yg sedih tu.
kalau dgr, sure bergenang air mata, sebak rasa dada...
sorry la if senikata nyer salah skit-skit hi hi hi tak hafal sgt...

but, itu la dia... manusia mudah lupa.
bila da tiada, baru tercari-cari... baru teringat-ingat... baru merintih merayu!
bila ada, langsung tak acknowledge...
sedih...

jgn la jadi kacang lupa kan kulit. bila kita susah, kita cari org. bila kita senang, jgn kan cari org, org cari kita pun tak berjumpa... tak nak jumpa! brg org kita nak share, brg kita? simpan bawak masuk kubur!!! jadi la seorang sahabat yg senyum dan menangis bersama. kalau tak dpt tolong pun, jadi pendengar yg setia pun mencukupi... sometimes, dgn jadi pendengar pada masalah org pun, kita dpt ringan kan beban dia...

sedih juga bila diri kita ni sudah tak jadi keutamaan pada seseorang...
hmmmmmm...

lagi sedih bila kita ni seperti sudah tidak diperlukan lagi. perasaan kita langsung tak dijaga. inikan pula nak bincang-bincang hal-hal lain? hmmmm org lain pula yg jadi utama, pertama dan penting!!

situasi... waktu... priority... cuaca... keadaan... perasaan... tak kisah la per pun, semua tu amik kira. bila time tak kena, semua akan jadi haru-biru! bukan nya kita tak nak / tak suka, tapi, ada benda lebih penting kita nak deal...

lagi tambah kacau, ada org ketiga dlm satu-satu hubungan tu. aduhai... kalau org ketiga tu tambah manis, ok... ni org ketiga tu jadi hempedu!!! org utama lebih ikut tekak org ketiga berbanding diskus dgn org kedua. org ketiga pula ada selera sendiri yang org kedua tak brape setuju. sometimes, org pertama pun tak setuju, tapi diikutkan saje kehendak org ketiga...

aduhai... untuk mempertahankan sesuatu, salah seorang dari yg pertama dan kedua harus mengalah dan kecewa... kekecewaan ini beri kesan sgt dalam! kesan itu tak hilang, malahan makin byk kesan hingga tak mungkin hilang...


huh ! coretan emosi nampak nyerrr...

but, ini hanya la taip taip suka-suka. bila terdengar lagi DI MANA KAN KU CARI GANTI, terus jadi emosi ha ha ha ha ha...

layan jer la....

Photobucket

Wednesday, September 21, 2011

ADIK OH ADIK :)

2 comments:
~ni la dia nyawa ibu & ayah~




beraya lom abis lagi.
kat ofis ni still ada majlis 'open-office'.
tiap department buat la skit-skit dan menjemput department yg lain.
best ! meriah ! erat kan sillaturrahim...
asyik keje je, takde suka ria, tak syok la kan?
this coming weekend pun ada majlis raya & famili day dgn jiran tetangga.
tu lagi best, insya'Allah.
hmmmm raya raya dan raya lagi.....
yang meriah ialah anak-anak la.
kumpul angpow !


nak citer pasal adik @ syuhada...

memang byk perangai!
bab merengek bagi la kat dia, memang kekadang menaikkan kemarahan ibu!
tapi, alhamdullillah.... rajin la membaca skang ni.
pantang kakak nurin buka buku, dia pun busy nak membaca.

hingga bawak la buku tu membaca kat food court jusco !!!
baca... kuat pulak tu...
terpandang-pandang org meja sebelah.
agak nyer diorang kata, 'poyo nyer ibu budak ni! kat sini pun nak ngajar baca...'

then, almari buku dlm bilik tu... jenuh la ibu kena kemas.
semua buku nak dikeluarkan dlm satu masa... aduhai !
nak marah karang, dikatakan ibu halang minat anak membaca.
tak dimarah pulak, alamat nyerrr berterabur / koyak plak buku dikerjakan...


per pun, ibu gembira!!!
sebab kakak nurin da jadi CIKGU kepada adik nyer.
skang kakak da ajar adik membaca...... ringan skit beban ibu hi hi hi...
best!!!

Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

APA NAK DI KATA

No comments:
~ pagi raya di Seremban, dgn my beloved mom in law ~

~ ayah & anak-anak ~


~ tghari raya kedua, on the way balik Melaka umah emak, kakak tak sihat... adik take care kat seat kta belakang... tq adik ~


16 Syawal sudah ari ni.
i like.
keje kat ofis pun sudah berlambak kembali.
waktu Ramadhan ari tu byk yg di slow down.
hi hi anak-anak kat umah pun tak byk didera belajar @ baca buku lagi setakat ni.
ibu beri peluang yer kakak & adik.

this coming weekend naik KL umah adik-beradik lagi.
then, complete la beraya dgn family.
mana yang wajib didahulukan. erat kan sillaturahim...




nak share video syuhada membaca.
tapi tak bleh nak upload plak, ntah ler nape...
maybe next time.




now memang byk sgt belikan mereka bahan membaca.
tak kisah la buku or majalah.
kadang-kadang hingga mereka too excited nak membaca dgn bahan membaca yg terlalu byk, jadi mereka tak tahu nak baca yg mana pada waktu bila...
ha ha ha paling best ialah ~ si ibu ni yg tiada masa nak membaca bersama!!!
tapi di ada-ada kan masa tu...

tak masuk september ni, ada lagi 3 bulan untuk training nurin before masuk darjah 1.
gabra nyerrrr...

Photobucket