harap maklum bahawa gambo di atas tu adalah salah satu pose tido nurin. tiap kali tido, kaki dia mesti bersilang gitu... tu dia tgh tgk tv and tertidur pada jam 10.00 mlm. nurin memang jarang tido awal. kena paksa tido... if dibiarkan, kul 12 tgh mlm belum tentu tido!

sila baca berita di bawah...

KUALA LANGAT 10 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing. Katanya, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.........

Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan...........

‘‘Wang itu akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah dan bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu membuka akaun sementara...............

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama lebih 1,000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar matrikulasi seluruh negara di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat. Katanya, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan......................


tu yg saya nak tanya, camne ekk proses nyer? nurin dpt tak since nurin daftar standard 1 next januari? kalu ada sesiapa dpt bantu, tq very much :)

Photobucket