Apr 29, 2011

MUAHS !

No comments:


::::: WILL & KATE :::::

ROYAL WEDDING
29 APRIL 2011






Photobucket

Apr 26, 2011

BELAJAR TENDANG ORANG !!!!

1 comment:

latest, ibu da sign up Nurin & Syuhada utk kelas taekwondo kat tadika.
sebulan RM25 saje... ok la tu.

ibu still dok pk lagi nak sign up Nurin utk swimming class plak... hmmmmm... sebulan RM60, 4 classes, 1 jam setengah one class... ok la tu jugak. cuba ibu ini tgh dok pk pk bab nak anta gi pool tu, waktu keje !!! hmmmm...



al-kisah taekwondo....

nurin : "ibu, cikgu kata nanti kita belajar tendang org..."
syuhada : "eh bleh ke kita tendang org bu, tak bleh kan?"
ibu : "belajar tendang org tu untuk tendang org jahat je, bukan tendang org baik... contohnya, kalau kakak & adik jalan-jalan, ada org kacau, tendang la org tu! nanti org tu lari la..."

tu je la si ibu dpt jawab dlm waktu singkat drive mereka balik umah dari tadika.

sambungan dialog di rumah...

ibu : "best kan dpt belajar tendang org?"
syuhada : "adik takut la bu... adik penat..."
nurin : "nuwin nak bu, nanti senang nuwin tendang org jahat. padan muka!"
ibu : "adik jgn takut. nanti teacher tolong adik. kalau penat, adik minum air. ok?"


memang nak dedahkan anak-anak kpd ilmu mempertahankan diri sejak kecik.
al-maklum la, skang ni mcm2 jenis manusia tak berhati perut wujud dlm dunia...
semua jenis takde iman, keje nyer asyik nak merogol anak perempuan org!!!

hopefully anak-anak dara dpt la proceed dgn jayanya kelas taekwondo ni.
insya'Allah start may nanti.
jgn la separuh jalan... keciwa ibu dan ayah nak tgk anak-anak dara gagah perkasa !!!

Photobucket

Apr 22, 2011

BUMI HANYA PINJAMAN...

2 comments:

::::: earth day :::::

Photobucket

Apr 20, 2011

YAHOOOOO !!!

8 comments:

2ND BIRTHDAY

Smiley


HAPPY BIRTHDAY TO 'AIDA'S HOME SWEET HOME'


ari ni genap la 2 tahun lahir nyer blog ini.
dulu tak cantik, now da cantik.
da makeover ler kata kan...
suka blogging...
type type kisah hidup suka duka!
bila baca balik, suka hati...

moga Allah panjang umur saya untuk terus type type kat blog ni... amin!




Photobucket

Apr 10, 2011

MERAWAT MOOD ...

6 comments:
isu demi isu against kastam sedang hangat.
sedikit sebanyak memang buat diri i ni rasa sakit!!!
yes la... kita sayang apa yang kita buat.
begitu la bila kita keje, kita sayang pekerjaan kita.
bila sini sana menghina profesion kita, tak ke kita sakit?!!

profesion ini yg sedang parah, profesion itu yg dilindungi...
org ini mati, org itu dihargai kerana org ini sudah mati!!!





maka, saya layan perasaan... rawat mood...
dengan start jahit-jahit balik ler...
projek byk lom settle.






tambahan pula yg buat saya semangat waja ialah...
benang DMC kat melaka ni masih murah!
lom naik harga lagik...
sama gaks dgn brg jahit yg lain-lain...
i like !!!



today hubby keje lagi.
kena lepak umah dgn anak-anak dara...
ada keje ofis sikit kena buat ni hah.

hmmm indah nyer hari ahad ni dpt dok guling-guling dgn anak-anak dara !!!!
i like !!!!


Photobucket

Apr 8, 2011

EMOSI ?!

2 comments:
ada kena mengena ke yg nak emosi sgt nih ??!

takde pun kena mengena dgn arwah... hanya...
sedara sesama islam.
keje satu jabatan.
tak pernah bersua muka.
namun kenal dari cerita org...

semlm seharian ziarah ke HUKM.
berada di kawasan bilik mayat, sehingga la jam 4: 30 ptg jenazah nyer di bawa ke Kelana Jaya oleh van jenazah kastam.
kami tak hadiri pengkebumian kerana da gerak balik Melaka.
perasaan pilu sgt bila lihat keluarga arwah yg da tak bermaya menahan kesedihan.
but, kepiluan tu diselang-seli dgn ke'menyampah'an para wartawan yg ramai juga di situ!

pagi tadi pun pihak JKDM Melaka da sama-sama buat tahlil & bacaan yassin khas buat arwah, moga terserlah la kebenaran di sebalik segala yg buruk dihebahkan.
... dan moga kami para pegawai-pegawai kanan JKDM dijauhi fitnah!

al-fatihah...


kita nantikan saje la keputusan hospital, polis, sprm dan kerajaan tentang kes 'terjun' ni.
redha...
hentikan la sebarang spekulasi terhadap arwah...
moga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sisiNya...
sesungguhnya byk cerita di sebalik cerita.
hanya kami para sahabat, rakan sekeje dan keluarga arwah saje dpt beri versi yg benarrr...


al-fatihah...


Photobucket

Apr 6, 2011

KP KASTAM TERKEJUT PEGAWAI KANAN MATI JATUH BANGUNAN !!!

3 comments:

sepanjang pagi ni saya busy meeting. lunch hour baru sempat on radio! terkejut dgr berita terkini pasal ni. bos pun bersedih krn arwah sahabat beliau sama-sama masuk kastam dulu... sungguh tak disangka. kesan trauma ??! aduhai... sekali lagi kejadian terjun bangunan SPRM terjadi !

... berita terkini hari ni...


refer sini jer la ---> kejadian pagi ni kul 10.15 pagi...



semakin stress jadik nyer...
semakin panassssss...
da le import/eksport di Port Klang tak lancarrr, ada plak kes terjunan SPRM ni.

KPK oh KPK... please do something!!!
PERKASA (persatuan pegawai kanan kastam) oh PERKASA... jgn dok diam!!!
harap nyer keputusan dunia tak berulang --> BUKAN MEMBUNUH DIRI dan BUKAN DIBUNUH...


al-fatihah kepada arwah Tuan Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.


Photobucket

Apr 5, 2011

KEPUTUSAN DA KUAR... KEBENARAN TERSERLAH...

3 comments:
sejauh manakah kebenaran terserlah ?
benarkah ?
atau... ?
usah dipersoalkan kerana ia ikut tafsiran masing-masing...


ni hasil tangkapan saya di akhbar U*TUS*AN M*ALAY*SIA ari ni...
membersihkan nama jabatan secara besar-besaran setelah berhari-hari jabatan ni dikecam rakyat...
setelah berhari-hari warga jabatan diperli... diusik... dijadikan bahan jenaka!


5/4/2011 : RM 108 bilion tidak lesap

"Jumlah RM108 bilion yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini bukannya wang yang lesap dan dibawa ke luar negara.

Sebaliknya Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, pendedahan SPRM mengenai kerugian RM108 bilion itu bukannya merujuk kepada kes JKDM sahaja tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain.

"Ingin saya jelaskan bahawa RM108 bilion itu bukanlah lesap sebaliknya nilai kerugian pendapatan yang dialami negara.

"Angka serta input yang didedahkan itu diperoleh daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai JKDM yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.

SPRM turut menahan seramai 62 pegawai JKDM kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu lalu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusof yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenarkan siasatan dibuat oleh pegawai SPRM sejak dari awal operasi itu dijalankan."




5/4/2011 : Pegawai kanan kastam dibebaskan

"Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.

Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.

Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini."


p/s : hmmm saya sendiri tertanya-tanya keputusan kes... maklum la, hampir 7 tahun jadi lawyer, nak tau gaks pe kes... hasil serbuan mcm-mcm jumpa, tapi, bebas TANPA SYARAT...

Photobucket

Apr 4, 2011

HOT ! HOT ! HOT !

6 comments:
harap maklum bahawa RON 97 da up 20 sen lagi pada 2/4/2011...
saya baru sedar pagi ni !!!



setakat 2-3 hari lepas jer, pelbagai jenis akhbar telah pun buat liputan.
tahniah S*PR*M dan L*HD*N malaysia.
hingga buat kami rasa terh*ina... sedih!
sayang jabatan ler katakan...
benci pada mereka-mereka yg tak de iman!
nyampah pada mereka-mereka yg tamak kan dunia!
hingga buat arang pun terpalit ke muka kami yg innocent berbakti kutip cukai utk negara!!!



maka, saya nak melaporkan ikut kronologi fenomena ka*st*am setakat ari ni.
sumber : UTU*SA*AN M*ALA*YS*IA



1/4/2011 : Reman pegawai kanan kast*am dilanjut

"Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran pada pagi Isnin lalu oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai S*PRM.

Serbuan turut dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Memetik laporan akhbar, Pengarah Sia*satan SPR*M Datuk Mu*stafar Ali berkata, dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.

Mustafar berkata, serbuan dibuat kerana mereka dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai k*astam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram."


pencetus fenomena KASTA*M & RAS*UAH di malaysia...




1/4/2011 : Lebih 50 pegawai kast*am ditahan

"Menurut sumber, modus operandi mereka terlibat adalah memudahkan barang-barang diimport masuk ke dalam negara tanpa pemeriksaan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Lokasi operasi pula tertumpu di pelabuhan-pelabuhan utama negara dan tangkapan tertinggi adalah di Pelabuhan K*lang.

“Jadi apa sahaja jenis barang ‘dihalalkan’ masuk ke sempadan dengan bayaran suapan tertentu yang dikenakan,” kata sumber tersebut di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Lemb*aga Ha*sil Dal*am Ne*geri (LH*DN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 e*jen pe*nghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara dalam operasi besar-besaran tersebut.

Dalam satu serbuan di Pahang, dua pegawai JKDM yang juga pasangan suami-isteri ditahan selain ratusan ribu ringgit ditemui berselerakan di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Peng*arah JKDM, Datuk Seri Mohamed Kh*alid Yu*suf meminta semua pegawai di jabatannya terus fokus terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing seperti yang diamanahkan.

“Pegawai-pegawai agensi itu perlu mengekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan jabatan iaitu masyarakat,” katanya mengulas penahanan ke atas pegawai JKDM yang dilakukan SP*RM, sejak Isnin lalu."




2/4/2011 : Bisik bisik Awang Selamat

"Dalam tempoh empat hari operasi lebih 50 pegawai kas*tam ditahan untuk siasatan berkaitan perisyti*haran di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai penda*patan dan pengubah*an wang haram.

Ratusan ribu ringgit telah ditemui di rumah sepasang pegawai k*astam dalam serbuan pada 28 Mac lalu. Lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan turut disita dalam operasi.

Awang yakin soal siasat ke atas mereka yang berkenaan akan memberi gambaran lebih tepat setakat mana ancaman kegiatan haram yang boleh menjejaskan hasil negara. Apa yang sepatutnya dapat menambahkan hasil negara perlu menjadi khazanah negara."


LH*DN memang amik kesempatan la nak up kan hasil dia juga...





3/4/2011 : RM 108 bilion lesap setiap tahun

"Pengarah Bahagian Siasa*tan S*PRM, Datuk M*ust*afar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemind*ahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksir*an kurang, trans*aksi tanpa rekod serta penyelu*dupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SP*RM mengadakan 'Operasi 3*b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini."






3/4/2011 : Tiada kompromi terhadap pegawai kast*am yg rasuah

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pega*wai ka*stam yang didapati terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Ke*wangan, Datuk Dr Awa*ng A*dek Hus*sin.

Beliau berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa mengira pangkat dan tiada sesiapa yang akan dilindungi.

"Kerajaan akan ambil tindakan tegas sekiranya ada salah laku oleh pegawai kas*tam atau mana-mana agensi terutama sekali melibatkan pecah amanah, penipuan dan sebagainya... tidak ada kompromi."





3/4/2011 : KP Kasta*m perlu digantung tugas

"Pertubuhan Pribum*i Per*kasa Malay*sia (Per*kasa) mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung serta-merta tugas Ketua Pengarah Jaba*tan K*astam Diraja Malaysia (JKDM) ekoran amalan rasuah kronik yang melanda organisasi tersebut.

Presidennya, Datuk Ibra*him Ali berkata, Ketua Pengarah JKDM perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kegagalan organisasi itu melaksanakan amanah negara, selain 62 pegawai pelbagai pangkat yang ditahan Suruhanjaya Penceg*ahan Rasu*ah Malaysia (S*PRM).

Sambil menyatakan perasaan terkejut dengan jumlah kerugian akibat perbuatan rasuah anggota kast*am, Ibrahim berkata, perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana kesalahan rasuah sama tarafnya seperti jenayah yang dilakukan pengedar dadah dan pengkhianat negara.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan menyita semua harta yang dimiliki oleh 62 pegawai kasta*m tersebut, termasuk harta milik ahli keluarga terdekat yang dikumpul secara tidak sah selain merampas pasport antarabangsa semua tertuduh.

"Pengawai yang tidak ditahan pula hendaklah mengisytihar harta masing-masing termasuk harta atas nama suami, isteri atau ahli keluarga terdekat," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini."





4/4/2011 : Kejayaan bukti ketelusan tanggungjawab

"Syabas diucapkan kepada Ketua Pes*uruhjaya SP*RM, Datuk Abu Kas*sim Moham*ed, Pengarah Bahagian Sias*atan SPRM, Datuk Mustafar Ali dan anggota SPRM yang lain kerana membongkar kes rasuah yang boleh dikatakan terbesar dan terhebat setakat ini.

Apa yang ditemui SPRM begitu mengejutkan. Sesiapapun akan terperanjat melihat jumlah wang yang lesap itu angkara salahguna kuasa pegawai kastam. Sifat tamak haloba mengelabui mata 62 pegawai k*astam yang ditahan melalui 'Operasi 3*b' kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain."





tu la dia yg rakyat tahu about kast*am dari sudut pandangan media.
hakikat nyer kami yg bekerja ni tgn terikat, kaki diikat.
diluah mati mak, ditelan mati bapak...
demi nak kan rezeki, ikut jer la....

yg salah, hukum...
tapi jgn la jadikan isu ni besar hingga tutup isu negara yg lebih besar.
kami warga JKDM yg bersih ni pun da naik segan!!!
byk lagi lubang SP*RM kena korek, terutama P*RU 13 da nak dekat ni.


Photobucket

Apr 2, 2011

JANGAN JADIKAN IA SATU BENTUK HUKUMAN !

No comments:
::::: klik ke entri terawal saya ni dulu ekk Smiley tips membaca :::::

nak tanam sikap suka membaca pd anak-anak memang bukan satu keje senang.
sometimes, nak suruh makan pun susah!
inikan pula nak suruh mereka buat sesuatu yg membosankan (hakikat nyer la!).

pengalaman saya sendiri, dengan Nurin, amik masa yg lama...
pelbagai cara lembut saya guna (ada gaks le skit-skit guna kekerasan hi hi)...
just nak tanam kan sikap suka membaca!
nak kena tgk mood dia... keadaan cuaca... program tv pun kena amik kira!
if dia tau waktu tu ada Mr. Bean or Tom & Jerry, hmmmm mana kan nak dia membaca...
nak paksa... and paksa... and paksa dia membaca....
ditakuti dia memusuhi plak MEMBACA tu nanti.
menjadikan MEMBACA itu satu perkara yang negatif plak, kan?

then, saya memang ngaku...
bila time mood saya plak tak brape betul, saya memang ada paksa Nurin.
dia tetap membaca... but, mengalir gaks air mata kat pipi tembam dia tu.
dek takut dgn ibu, membaca la dia...
hmmmm... ibu yg zalim !!!
hukum anak agar membaca tanpa kerelaan... sedang kan anak tu baru umur 4-5 tahun...
but tak selalu la kejadian zalim ni...
ibu akan minta maaf... peluk Nurin... cium Nurin...

alhamdullillah, now dia sendiri da ajak saya membaca.
lagipun, dia da tahu membaca, da tak menyusahkan diri dia sendiri la actually.
ibu pun senyum jek dgr dia membaca...
now sedang busy reading material in English plak.
alhamdullillah juga, bila BM dia da lancar, tak susah nak membaca in English...

Nurin pun slowly da jadi cikgu pada Syuhada plak tau.
Ni yang buat keje saya lebih senang!!!

THE BEST WAY TO LEARN IS TO TEACH


maka saya memang suggest korang beli set ni.
memang menjadik !!!
senang nak ajar... anak-anak senang nak follow...
insya'Allah...


::: klik gambar utk info / beli ye :::

*
*
*
*
*
*

lain-lain produk yg best, yg patut parents zaman sekarang miliki adalah seperti di bawah. berbaloi, insya'Allah...


::: klik gambar utk beli ekk :::


Buku ini memberikan panduan kepada anak-anak perihal tatacara untuk menjadi insan yang mulia dan anak yang soleh. Panduan disampaikan dengan pendekatan mudah dan santai (easy reading) dan dihiasi ilustrasi yang comel dan menarik.

Ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan dalam merangka aktiviti harian anak-anak kerana ianya dilengkapi dengan jadual harian untuk anak-anak dari terbit Subuh hinggalah ke waktu tidur.

Keistimewaan buku:
- Mengandungi doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak
- Setiap aktiviti, adab dan perbuatan disertai dengan penerangan agar anak faham kenapa sesuatu itu perlu dilakukan
- Merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian di rumah, sekolah dan sosial

Antara Topik Menarik:
- Keluarga Saya (pengenalan kepada konsep salasilah, pangkat dan mahram)
- Jadual Hidup Saya (dari Awal Pagi hingga Waktu Tidur)

"PERCUMA... Poster Doa-Doa Harian"




::: klik gambar utk beli ekk :::

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada mereka serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak.

Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

  • Ketelusan Akhlak & Kemurnian Pekerti seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, memohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan memohon dipenuhi keperluan
  • Kecemerlangan Akademik seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, memohon lulus cemerlang dan mudah menghafaz al-Quran
  • Kecergasan Jasmani dan Keafiatan Fizikal seperti memohon perlindungan dari gangguan sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia
  • Zikir dan Selawat seperti selawat Ibrahimiyyah, memohon kebahagian dan keselamatan, sembuh dari penyakit dan mengelak mimpi ngeri

Sebuah koleksi doa yang mesti dimiliki oleh setiap ibu bapa cemerlang.




::: klik gambar utk beli ekk :::

Set VCD JOM SOLAT BERSAMA USTAZ ZAMRI bermatlamat untuk melahorkan anak-anak Muslim yang berilmu dan sempurna ibadahnya bermula dari usia kecil lagi. Di samping itu VCD ini juga dihasilkan agar dapat membantu pembentukan kanak-kanak beriman, berketerampilan, beramal soleh berdasarkan al-Quran dan al-Sunah.

Solat adalah tiang agama. Kebajikan yang dilakukan tidak bermakna jika solat tidak didirikan. Justeru, VCD ini menerapkan kepentingan mendirikan solat dengan sempurna. Kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk mendirikan solat dalam pelbagai situasi dan suasana seperti Solat Berjamaah, Solat ketika sakit, Solat semasa bermusafir dan lain-lain. Setiap pergerakan dalam solat, rukun solat, dan sunat-sunatnya disentuh dengan rapi oleh Ustaz Zamri agar kanak-kanak faham bagaimana solat yang sempurna seharusnya dilakukan.

Moga-moga set VCD ini akan dapat membentuk anak-anak Muslim yang bertakwa dan menjadi khalifah Allah yang cemerlang di masa hadapan.

Set VCD ini mengandungi 5 buah VCD:

  • Solat Fardu
  • Solat Berjemaah
  • Solat Ketika Musafir
  • Solat Ketika Sakit
  • Solat Sunat

"Set VCD Yang Mesti Dimiliki Oleh Setiap Keluarga"

Photobucket