dulu saya lawyer, dok saman org. mcm2 pattern defendant (yg kena saman) saya jumpa. kesian... padan muka... sedih... tgk la defendant camne yg dijumpai ari ari... tak byr loan bank. byk sebab :
  • beli property nak buat investment, tapi lokasi x menarik, tak larat nak bayar 2-3 property
  • faktor keje tak menentu
  • sakit and da tak keje
  • salah tadbir duit sendiri, ni kategori tak ukur kan badan sendiri ~ kuasa membeli lebih besar dari pendapatan

tu di antara nyer civil cases la. kalau borrower takpe, sendiri pinjam, sendiri tanggung. ada gak kes guarantor! ni paling sedih... antara nyer :

  • anak beli, bapa guarantor. anak lari / hilangkan diri ~ dgn bapa sekali muflis! si bapa la sibuk turun naik court bela diri.
  • kes cerai, husben / wife guarantor. bila da cerai, loan sangkut. ni la baru drama rumah tangga kat court...
  • kawan jamin kawan. kawan lari. si guarantor nak dimufliskan. dok la turun naik court bela diri sebab kalau muflis, tak bleh keje. terpaksa bayar utk lepas kan diri sendiri puluh ribu riban...

if kes kriminal ~ rogol, dadah, rompak... saya tak buat kriminal so takde la pengalaman direct nak citer. but just tgk gitu-gitu jer la...

but yg nak citer nyer, if la kita ditakdirkan satu hari kena jadi defendant, memang siksa nak bela diri. nak buktikan kes kita... aduhai! contoh nyer mcm satu orang ini...


and ini petikan dari MalaysiaKini yg saya suka nak share :

... Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan PKR; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya. ...


bukan saya nak kata DSAI tak bersalah, itu terpulang kpd mahkamah if ada appeal nanti. but as at now, dia tidak bersalah. bukan saya nak BERPOLITIK kat blog ni tapi saya nak refer kepada luahan perasaan dia di atas betapa dia bersyukur kepada Allah setelah lama tersiksa dek kerana keaiban yang telah berlaku. ini bukan kes kecik, seluruh dunia tahu.

kalau la kita di tempat dia... per kita nak kata. bukan kita nak tentukan seseorang itu bersalah. kita ada mahkamah dunia... mahkamah akhirat tu sudah pasti. setiap kesalahan pasti ada balasan tak kira di dunia atau di akhirat...

dulu saya admire DSAI. dia kan that time presiden UIAM. dia hensem!!! waktu tu dia TPM dgn Tun M. dua-dua saya admire... but, waktu saya 1st year, kes liwat I... no more DSAI kat UIAM. saya frust sebab dia tak jadi orang yang bagi saya scroll time graduate nanti hi hi hi...

tun M saya admire pasal dia berwawasan. walaupun byk gossip pasal tun M, dia telah mengubah negara kita jadi amat best dan penting di mata dunia...

moral of the story ~

  • jgn susah kan org lain!
  • sendiri pinjam (loan), sendiri bayar!
  • jgn suka-suka jadi PENJAMIN tak kira la famili, fren or BFF or whatever. time nak bayar da takde BFF daaa...
  • ukur baju kat badan sendiri, jgn dok tgk iklan kat tv per gadget terbaru, semua nak beli...
  • byr bil... saving... baru pk nak beli per, kalau baki cukup...
Photobucket