26.1.2012 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menaikkan sasaran pungutan hasil kepada sebanyak RM31.1 bilion tahun ini selepas mencatatkan sejarah dengan memungut hasil tertinggi RM30.4 bilion pada tahun lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof berkata Bahagian Penguatkuasa pula telah merampas barangan yang ditegah dan larangan bernilai RM542.9 juta dan menyelamatkan hasil cukai berjumlah RM471 juta tahun lepas.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-30 yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Photobucket