Friday, February 03, 2012

KALSIUM ! KALSIUM ! AMIK TAU, JGN TAK AMIK...

nak citer ekk utk pregnant ladies. kalsium penting tau ~ tulang, gigi, extra. masa kita pregnant ni kita berdua dlm satu badan, oleh itu... harap maklum la ye....

nak citer pengalaman sendiri.
sejak kecik saya tiada masalah kerosakan gigi, meskipun susunan gigi saya tak de la cantik sgt mcm lisa surihani, tapi sihat! he he he... yg nak di citer kan ialah, masa pregnant nurin 2004-2005 dulu, memang bila gosok gigi, mesti berdarah. byk! bukan sikit. tapi gigi tak sakit. so, buat dunno je. lepas bersalin nurin, ok je gigi... no more bleeding....
rezeki Allah, 2006-2007 pregnant lagi ~ syuhada baby :)... berdarah juga. but again buat dunno je. sehingga la check-up kat klinik bulan ke7...

nurse : gigi sakit tak?
ibu : tak... cuma berdarah skit la bila gosok gigi.
nurse : ye ke ? (dgn dahi yg berkerut!!)
ibu : da lama... sejak early pregnancy. tapi tak sakit la...
nurse : nape tak cakap???
ibu : tak tanya pun.... (heh heh hehe!)

tu la dia... saya ni susah giler makan ubat! husben sentiasa marah.... hi hi...

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

saya da pun cabut gigi bongsu 1 batang few months ago.... sedih!!!!! pregnant kali ni saya akan buat check up gigi at least sekali :)

kalsium dlm badan kita ni bila pregnant hilang byk sebab permintaan baby dlm rahim. so, kita kena top up kalsium. if not, effect kesihatan kita tau. Jika ada orang yang kata, pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin. Itu salah. Sebenarnya ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.

Ibu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.


reminder utk diri sendiri !!!

wahai pn aida. awak lom gi beli susu lagi setakat ari ni. oleh itu, gi la beli cepat. 1 liter 1 hari ye... invest skit utk diri sendiri dan anak dlm rahim tu... umur da byk pregnant kali ni, ubat & susu jgn dilupakan...

hmmmmm :(

Photobucket

6 comments:

  1. salam kenal...mmg time pregant penting...sblm pregant gigi sy ok aje..lps pregant gigi geraham saya kena cabut..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak info ni. Zie jenis tak suka minum susu walaupun yang berperisa,mkn keju pun tak suka...erkk..camana tu... masa pregnantkan alya terpaksa makan keju sbb susu mmg tak leh lalu langsung kt tekak.. Keju pun kunyah sikit2 terus telan.. :)

    ReplyDelete
  3. bagus info ni aida... izan pun stakat ni minum susu anmum materna, cuma tak hari2 jelah. then bila beli susu segar, si kembar pun tumpang sekaki... kena beli byk2 liter lah pasni...

    ReplyDelete
  4. Alahai...eynda jenis tak suka minum susu... dah try tapi tak lama la mesti stop minum...

    ReplyDelete
  5. samalah mcm ila.. asal gosok gigi berdarah.. tp ila still mkn ubat n minum susu... tp still bleeding... harap baby n ibu ok

    ReplyDelete
  6. sy pun tgh sakit gg ni. tu yg gugel2 jumpe blog awak ni. sy masih lg bfeeding bby dan minum susu mmg sgt2 kurang nowadays. cafein pulak mcm dh addicted. so mungkin itu penyebabnye kot. gigi geraham 2nd last tu (2nd molar) berlubang kat sisi yg dah renggang dgn gigi geraham 3rd last (1st molar). igt nk p klinik gomen slase ni.. huhuhu taktaulah kene nunggu turn ke camne....

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)