nak citer ekk utk pregnant ladies. kalsium penting tau ~ tulang, gigi, extra. masa kita pregnant ni kita berdua dlm satu badan, oleh itu... harap maklum la ye....

nak citer pengalaman sendiri.
sejak kecik saya tiada masalah kerosakan gigi, meskipun susunan gigi saya tak de la cantik sgt mcm lisa surihani, tapi sihat! he he he... yg nak di citer kan ialah, masa pregnant nurin 2004-2005 dulu, memang bila gosok gigi, mesti berdarah. byk! bukan sikit. tapi gigi tak sakit. so, buat dunno je. lepas bersalin nurin, ok je gigi... no more bleeding....
rezeki Allah, 2006-2007 pregnant lagi ~ syuhada baby :)... berdarah juga. but again buat dunno je. sehingga la check-up kat klinik bulan ke7...

nurse : gigi sakit tak?
ibu : tak... cuma berdarah skit la bila gosok gigi.
nurse : ye ke ? (dgn dahi yg berkerut!!)
ibu : da lama... sejak early pregnancy. tapi tak sakit la...
nurse : nape tak cakap???
ibu : tak tanya pun.... (heh heh hehe!)

tu la dia... saya ni susah giler makan ubat! husben sentiasa marah.... hi hi...

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

saya da pun cabut gigi bongsu 1 batang few months ago.... sedih!!!!! pregnant kali ni saya akan buat check up gigi at least sekali :)

kalsium dlm badan kita ni bila pregnant hilang byk sebab permintaan baby dlm rahim. so, kita kena top up kalsium. if not, effect kesihatan kita tau. Jika ada orang yang kata, pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin. Itu salah. Sebenarnya ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.

Ibu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.


reminder utk diri sendiri !!!

wahai pn aida. awak lom gi beli susu lagi setakat ari ni. oleh itu, gi la beli cepat. 1 liter 1 hari ye... invest skit utk diri sendiri dan anak dlm rahim tu... umur da byk pregnant kali ni, ubat & susu jgn dilupakan...

hmmmmm :(

Photobucket