Friday, March 16, 2012

KERAJAAN INDON MELAMPAU ! GAJI NAK TINGGI TAPI KEJE TAK NAK BYK !




hot bebetul news ari nih. kerajaan indon skang ni konon nyer la sedang train org-org dia untuk dijadikan atau DIGAJIKAN atau jadi org gaji kat malaysia nih. bulan depan kot-kot la sampai. wah wah wah....

gaji maid indon minima RM700-00 ye harap maklum. and tak bleh buat keje banyak. kalau tugas dia MENJAGA ANAK, memasak or mengemas rumah TAK BOLEH BUAT tanpa extra payment. amboi amboi amboi.... da le rumah orang, bilik siap, air & api free, time kita keje dia belasah tgk tv, makan pun free... da le segala urusan dia nak jadi maid kita, kita yang bayar.

aduuuuuuhai... kalu gitu, make sure MENJAGA ANAK dan HOMESCHOOL kan sekali anak tu. anak aku tak pandai subjek MALAYSIA, ko siap!

masa breakfast tadi pun sibuk org kiri kanan dok cakap isu maid indon ni. melampau!!!

bukan nya apa... saya ni baru la BERNIAT macam nak amik maid.

just utk kemas rumah, cuci baju, lipat baju ~ half day. petang anak-anak balik sekolah, dia tgk-tgk kan budak-budak tu. cukup makan, cukup pakai. saya yang masak, bukan dia!

malam saya bagi la dia tido awal. malam saya take over jaga anak-anak. baby saya kemungkinan besar anta babysitter. tu la tujuan saya. bayar dia gaji RM400-RM500 jadik la kan. anak-anak da besar. baby tak payah jaga. just make sure umah bersih...

gila punyer kerajaan indon! terbatal serta-merta la hasrat saya tu... terpaksa la jadi kan tadika ummie al-usrah sebagai rumah kedua anak-anak. tq teacher ummie. but, ada member-member saya yang BERGANTUNG PENUH pada maid. without maid, saya tgk idup mereka meracau! tu tak jadi, ni tak buat, kelam-kabut... hmmmmm may be diorang dok KL kot. pegi balik keje amik masa panjang... tadika / nursery mahal...


hmmmmm.... ada tak makcik-makcik kat melaka ni yang nak jadi pembantu rumah saya? dtg keje kul 7 pagi and balik kul 6 petang Isnin hingga Jumaat je. kemas rumah & dapur, cuci baju, lipat baju, jaga anak2... gaji boleh bincang...

ni saya copy paste dari berita harian online...

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.
Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.
Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.
Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA

  • isu didera majikan malaysia ~ amat besar bagi mereka. isu maid dok lari dari rumah after 3-4 bulan keje ~ ada tak malaysia bangkitkan? ini merugikan RAKYAT malaysia... tak kira lagi rakyat dia yg dok jadi perompak kat malaysia.
  • malaysia ada tak bangkitkan ~ tempat tinggal kita bagi free, makan minum pakai kita tanggung, air & elektrik kita bayar...
  • come on la malaysia, be realistic!

ok bye...

7 comments:

  1. ala aida.. takat nk kemas2 rmh & make sure tk de habuk, rmh bersih, toilet kilat.. amik cleaning svc je pn blh.. pggl la smggu sekali ke.. sbln sekali ke.. duk bandar msti ada svc camtu. tak pun mesti ada endon yg part time svc gitu...

    ReplyDelete
  2. diorg nie xlojik langsung.. 1kerja rm700, katakan masak just time pagi, tgh hari malam, pastu masa2 lain diorg tgk tv.. pastu kemas rumah, dah siap kemas rumah diaorg dah relax.. jaga anak, kalu anak tido, diorg pun ikut tido laa.. rm700 tue satu kerja memang xberbaloi.. kalu gitu baik rakyat malaysia takyah belaja tinggi2, kerja maid sudah, 4kerja dah rm2800.. huhu.. (tetiba pulak emo)

    ReplyDelete
  3. kakngah ~ tu yg sedang bermain dlm kepala aida ni. kekadang dek kerana rumah, angin satu badan! baru hajat nak amik maid, da terbatal hasrat...

    ReplyDelete
  4. nurul huda ~ aida pun emo gaks pagi ni dgr berita bahalul ni. tak bleh diterima akal ekk RM700 hanya memasak. kalau kita ni buat katering ker apa ker ye la...

    ReplyDelete
  5. kami memilih utk tidak bermaid...
    tak sanggup nak layan kerenah depa..
    biarlah penat sket,lagipun umah kami kecik jer...hahaaa

    ReplyDelete
  6. That's very reasonable and if u can't afford it just give up your work and be a full time maid please.

    ReplyDelete
  7. anonymous ~
    typing a comment like that - easy.
    but 'doing it' - difficult! in the other words, ur comment is unacceptable, unrealistic & stupid... be rational pleaseeee...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)