sejak 2-3 bulan lepas baru la cantik skit kenaikannya. da nak complete 4 tahun, tak brape cantik... but, adalah untung skit tang unit. but if tang ringgit malaysia nyer, tak sesuai utk withdraw...

4 tahun lepas saya start melabur 1 dana berunsurkan syariah, dgn kawan. time buat pelaburan tu kefahaman saya hanya 25% - 50% saje. bak kata org, tak cuba tak tahu kan? kakak saya yg syorkan agar saya buat pelaburan dgn public mutual. itu la saya buat... after one year, terkejut! harga se unit belas-belas sen saje... refer kat kawan ~ why?! why?! ~ di situ, saya belajar bahawa 1st to 3rd year bagi sesuatu dana baru memang gitu. tolak charge itu ini... ingat lagi saya sound kawan saya tu, "dulu ko kata tak rugi, skang ni rugi plak. pe hal??!"

kawan saya reply, "mana ada rugi? unit dana ko kan bertambah. nampak ni (tunjuk kat statement). cuma harga unit tu je kurang, ada time turun ada time naik ikut pasaran. so ko kena la tunggu time harga unit tu naik"...


ada logik nyer... then, 2nd year dpt statement lagi, belajar sendiri... hmmmm ok la. understood. but, lama ler nak tunggu untung dari segi ringgit malaysia nih?! modal pun tak pulang. kalau masuk ASB, sure da ribu-ribu dividen... "tu la dia unit trust, pelaburan jangka panjang... 1-5 tahun yg pertama, jgn harap untung ringgit malaysia. simpan... simpan... lagi harga turun, lagi simpan duit... then, after jangka masa tu baru la pelaburan kita bakal membuahkan hasil di luar jangkaan..." kata kawan saya hi hi hi...

skang ni saya tgh belajo tentang pelaburan emas (konon!!!). sape-sape friends yg da melabur emas ni, jom share. amat perlukan advice and pengalaman korang :)



pelaburan ni semua utk masa depan. tang mana yg bagus, tang situ yg kita kena melabur. pendidikan anak-anak di zaman akan datang mungkin 2-3 kali ganda mahal nyer dari sekarang. kena mula sekarang untuk menyimpan... melabur...


Photobucket