TIP PENYEDIAAN MAKANAN RENDAH LEMAK
  • buang kulit ayam before masak.
  • buang lemak pada daging before masak.
  • elakkan goreng semula makanan yang telah digoreng.
  • gunakan tisu atau kertas serap minyak pada makanan bergoreng utk serap minyak berlebihan.
  • gunakan kuali tidak melekat utk elak guna minyak yang terlebih.
  • pastikan minyak bebetul panas before goreng makanan utk elak penyerapan minyak ke dalam makanan.
  • gunakan santan cair atau susu rendah lemak.
  • sejukkan sup atau air rebusan daging, kemudian buang lemak yang kelihatan di permukaannya.
  • buangkan lapisan minyak yang ada di permukaan makanan.
  • gunakan salad dressing yang rendah lemak.
  • gunakan kaedah memasak yang lebih sihat ~ panggang, bakar, rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro.




TIP PENYEDIAAN MAKANAN RENDAH GULA
  • kurangkan penggunaan gula ketika memasak.
  • elakkan penambahan gula semasa penyediaan makanan.
  • elakkan menyalut kek dengan gula atau aising.
  • elakkan tambah gula dalam jus buah-buahan.
  • sediakan minuman dengan susu atau minuman dengan susu yang berasingan.
  • kurangkan penggunaan susu pekat manis.



TIP PENYEDIAAN MAKANAN RENDAH GARAM
  • gunakan sedikit garam di dalam masakan.
  • elakkan menabur garam di atas makanan.
  • hadkan penggunaan sos tiram, sos cili, sos tomato kicap serta serbuk perasa semasa penyediaan makanan.
  • kurangkan kekerapan menghidangkan makanan yang masin ~ telur asin, ikan masin, sayur jetuk dan makanan yang diproses.


errkk ??!


bak kata orang Penang, tu diaaaaaaaaaaaa....

nak komen diri sendiri la kan and komen seperti di bawah, harap dijadikan teladan...
  1. mak mertua saya memang the great. dia akan buang kulit ayam secara total before masak. saya??? suka giler makan kulit ayam especially kat part kepak, peha dan dada ayam. ingat lagi masa kekecik dulu, emak siap gorengkan kulit ayam, makan gitu saje :) syurga dunia.... alamak... kena la ikut resmi mak mertua ni ~ makan ayam tanpa kulit!!!
  2. syukur nikmat la saya ada kuali non-stick (sedang kumpul bajet tambah koleksi) dan microwave oven. tiada masalah la nak panaskan lauk. tak pernah la saya goreng semula makanan bergoreng...
  3. kalau masak masakan yg guna santan, saya rasa guna santan pekat lebih sedap ~ masak lemak cili padi. guna susu cair, alaaaahai ~ kurang kick...
  4. kalau buat sambal, saya mesti guna minyak terlebih. nak bagi dia masak cantik merah nya. bagi dia garing... minyak mainkan peranan penting utk semua tu (bagi saya ler)... hmmmm... kena tapis balik la ekk minyak tu after da masak...
  5. saya memang kuat minum air manis!!! tahap manis nyer memang tinggi... ia menurun dari emak. tu sebab emak abah saya skang hidap kencing manis ~ cucuk insulin tiap hari :(
  6. kalau masak sayur terutama nyer la kan, wajib saya guna sos tiram. pendek kata, tanpa sos tiram, tak kick la rasa masakan sayur tu... but saya memang tak amalkan pakai ajinomoto or serbuk perasa, tak sedap!




gaya pemakanan kita mempengaruhi gaya pemakanan anak-anak @ seisi keluarga. KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!!



Photobucket