Alhamdullillah, Nurin beransur pulih. Takde pe yang serius. Nak kena gi doktor pakar jugak, baru ok... Demam amat panas memang tak boleh dibiarkan lama-lama! Then sejak awal tahun Nurin asyik la demam berulang-ulang... Setakat sekarang, Nurin da 5 hari MC... Hmmmmm rekod yang kurang memuaskan!

Syuhada pun tinggal batuk & selesema skit-skit. Masih continue makan ubat. Moga 2-3 hari lagi, anak-anak ibu sihat 100%. Ibu belanja stay hotel 1 malam kat port dickson ye... Insya'Allah... Da lambat ni nak booking, takut hotel da penuh jer by now...




So, nak citer... dlm pada saya tidak keruan dek krn anak-anak yang kurang sihat ~ saya suka berita yg menyenangkan semalam iaitu :-

8.3.2012 : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
... Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100. ...


Alhamdulillah, syukur nikmat.

SBPA ari tu pun saya ok, SSM yg ditambahbaik ni pun saya ok. Dua-dua beri keuntungan pada saya & husben. Cuma, SBPA ari tu byk merugikan penjawat awam senior. Beberapa tangga gaji dirangkumkan menjadi satu, tak brape bagus. Bila gaji senior & junior da sama, tanggungan kerja pun kena sama. Tak kira la ko baru naik pangkat ke, da lama naik pangkat ke, apa aku buat ko buat jugak ler! No use la seniority tu, kan?

Adil la tu. Jgn la harap gaji banyak, tapi usia perkhidmatan baru setahun jagung. Berpadanan la dgn usia perkhidmatan. So, SSM ditambahbaik, tak ganggu gugat mana-mana tangga gaji pun, semua dpt kelebihan yang saksama.

Terima kasih Tok Najib ye kerana memahami...

... Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna. ...


Yang ni satu hal. Presiden Cuepacs da cakap pasal kenaikan harga barangan.... hmmmmmm... harap beri la perhatian wahai para peniaga. Kami yang naik gaji.... Tapi bukan org keje swasta, pekebun kecil kat kampung, para nelayan, pesara... Beri la perikemanusiaan skit ye... Byk da kemudahan kerajaan bagi kat korang, ada la niat BERSEDEKAH skit dlm hati dan sanubari tu...


Photobucket