Friday, April 06, 2012

HOBI PALING GLAMER ZAMAN SAYA SEKOLAH |takde hobi lain ker?!|


Ibu : Anak saya tak suka buku, malas membaca...suka main mainan atau game kat komputer saja di rumah. Apa patut saya buat?
Guru Besar : Di rumah ada buku tak....Puan ada belikan dia buku?

Ibu : Er, ada tapi tak banyak , dia asyik nak beli mainan aje...buku dia tak minat. Kalau ke kedai, mesti minta beli mainan baru... Tak guna beli buku kalau dia tak suka....
Guru Besar : Tapi bagaimana dia nak suka kalau buku tiada di dalam persekitarannya. Puan dan suami puan suka membaca? Bagaimana anak nak suka serta minat pada buku, jika kita tak beli dia buku; asyik beli mainan saja. Bagaimana anak nak suka buku jika ibu dan bapa tidak menunjukkan minat atau mencetuskan minat pada buku terlebih dahulu?”

Persoalannya, jika di rumah sendiri kurang buku. Lebih banyak mainan dari buku. Ibu dan ayah pula mungkin kurang membaca. Dengan ini, suasana yang menggalakkan amalan membaca tiada di rumah. Dengan itu bagaimana untuk memupuk amalan tersebut?

sumber : PA&MA


teringat kisah semlm di Jusco Melaka. jalan-jalan belikan pencil case nurin yg baru. then, nurin nak beli satu story book ~ puteri & puteri katak ~ buku utk kanak-kanak. hi hi saya tak bagi. saya kata, "kita kan da ada citer ni kat umah. ada satu buku citer ibu beli dlm tu byk citer, kan?" nurin reply, "tapi, kulit buku ni cantik, nurin suka..."

hmmmm... aduuuuuhai anak ibu... camner tu? adakah saya seorang ibu yg kurang menggalakkan anak membaca ~ tak bagi beli buku citer? hmmmm... kat rumah tu sebeno nyer da terlebih buku, tinggal lagi diorang tak sempat nak baca!

antara tips dalam PA&MA adalah :
  • wujudkan suasana / persekitaran *yes. sentiasa. kebetulan nurin & syuhada memang tak susah di ajak membaca. diorang suka membaca!
  • luangkan masa *yes. sentiasa. hasil nyer nurin memang cemerlang membaca :)
  • peruntukan *yes. saya memang tidak berkira beli bahan bacaan utk mereka sejak mereka kecik lagi. membeli sesuai dgn isi kandungan :)
  • membaca apa sahaja di persekitaran *yes jugak. segala papan tanda saya sering suruh anak-anak baca. termasuklah tajuk cerita kat tv. diorang berdua memang berlumba-lumba la nak cuba baca. sape baca dulu, dia menang!
  • mula seawal yang mungkin * yes yes yes!

saya pun nak tiru hobi saya zaman sekolah dulu and terapkan kat anak-anak. bila time ada kena tulis hobi awak apa ~ membaca. majoriti tu la dia hobi nyer kan hi hi hi... sedangkan sebeno nyer, SAYA NI TIDAK SUKA MEMBACA... emak abah saya dulu tak pernah pun join saya study. belajar sendiri... gi tuisyen... masuk darjah 1 pun belum reti membaca :)

ingat lagi time abah saya arahkan saya apply amik course law di uia. saya punyer la angin satu badan ~ SAYA TIDAK SUKA MEMBACA la abah... tapi, abah ku diktator. tak suka tak suka pun, terpaksa membaca...

Photobucket

6 comments:

  1. dulu masa darjah satu,bru belajar abc..skang ni darjah satu dah kene membaca..advanced budak2 zaman skang kan...

    ReplyDelete
  2. sama la mummy danisha..saya dajah satu tak reti baca lagi..hehe..pastu dh nak hbs hujung2 tahun baru tau baca..budak2 skang nih..4 thn dh tau baca dh kan..

    ReplyDelete
  3. mummy danisha & fizz ~ betul betul betul. if diorang tak tahu membaca masa darjah 1, ke kelas pemulihan la jawapan nya! kita (ibu bapa zaman sekarang) la mangsa hi hi kena ajar kat umah :)

    ReplyDelete
  4. budak2 skang kadang kesian tgk tapi dah nama ikut trend.belajarpun ada trend=)semua pandai2 belaka budak2 la nie=)kalau upsr ke pmr atau spm ramai score straight A's

    ReplyDelete
  5. blogwalking...:) bagus dh ada minat membaca buku dari kecil..senang nnt bila dh masuk sekolah..:) pengalaman saya mengajar anak2 zmn skrg yg tak suka membaca sbb di rumah takda langsung reading environment..mak ayah jarang membaca atau lebih tepat menyediakan bhn bcaan utk mereka..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  6. blogwalking...:) bagus dh ada minat membaca buku dari kecil..senang nnt bila dh masuk sekolah..:) pengalaman saya mengajar anak2 zmn skrg yg tak suka membaca sbb di rumah takda langsung reading environment..mak ayah jarang membaca atau lebih tepat menyediakan bhn bcaan utk mereka..
    wallahualam..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)