amaran keras kpd pembaca :
ini adalah satu citer hanya utk dikongsi. suka ~ senyum. tak suka ~ simpan sendiri. jgn buat fitnah, ada faham??? saya saman mau ka???



sape yg friend, sure tau le sejak 1-2 minggu lepas saya da kembali mengganas di dapur during office hours. just enjoy masak-masak... tanam pokok... kacau kopi... bancuh jus buah...


sambil-sambil dengar sinar.fm... nyanyi-nyanyi suka ati if dengar lagu yang menarik :)


meniti hari-hari yang tidak menceriakan dari isnin hingga jumaat, buat aku cari alternatif lain what to do selain daripada buat keje hakiki from 8 pagi hingga 5 petang. jelingan mata ke arah jam yang berdetik tik tik tik. tunggu je masa nak time, thumb print and pecut amik anak-anak ~ pengubat rindu pengarang jantung.

bila kita ditakdirkan tidak bercinta dgn pekerjaan kita, ni la akibatnya ~ makan dalam!!! tapi, kena ingat (seringkali muhasabah diri) bahawa gaji kita ni amanah Allah. tak buat keje, gaji tak berkat. understood... keje aku didahulukan, disiapkan dengan sempurna. cecepat minit keluar fail kepada individu-individu tertentu. meja ku yg besar (besar giler!) ni clear... sehiingga la fail lain masuk utk tindakan, ku lalui hari-hari dgn begitu bosan sekali...

dulu, aku suka gi keje. nak jumpa ofismate. gossip pasal bos... citer pasal anak-anak... jumpa customer yg byk ragam... attending meetings (all kind of meetings!!!)... prepare for programmes... byk keje!!! fikiran kadang-kadang terlupakan waktu yg berlalu, begitu lah masa mencemburui aku dulu. tapi sejak 2 bulan +++ yg lalu, aku kembali menjadi aku pada tahun 2009 dan sebelumnya. pergi keje & buat keje semata-mata pasal duit gaji. settle kan keje & amik gaji utk sara idup...

pernah berkongsi dgn mr.husben...

"gelap la idup i pas ni, ayah. sure i tak happy. u akan tgk i jadi bosan mcm dulu..."

mr.husben : "sabar..."

sejak 2 bulan +++ lepas pun if ofismate lama jumpa saya (hingga la pagi tadi!!!) sure bertanya soalan yg hampir-hampir sama maksudnya...

"amacam, ok dok sini?"

"keje amacam, ok?"

"ok kan dok sini? tu laaaaaa...."

jawapan saya ~ "hmmm ok la..." dengan melemparkan senyuman yg tak brape ikhlas...

thanx to few ofismate yang amat memahami 'derita' yang saya lalui kini. malas hati ni nak ungkit ketidakadilan yang telah berlaku, hanya menerima dengan hati yang tak brape terbuka. dlm kes ni, saya pasrah. kalau redha ~ hati kena ikhlas, kan? so... saya hanya pasrah ~ menerima dgn terpaksa.

puas sudah hati ini menangisi nasib yang tidak brape bertuah. org nampak saya ni bertuah kerana macam insan terpilih la kot. sebeno nyer, da takde insan lain yg layak KECUALI saya!!! nape??! tak perlu la saya elaborate, nanti over plak hi hi hi...

sebab tu la saya main Cafe World hua hua hua... menghiburkan hati yang sentiasa duka lara. masalah saya ni tiada penyelesaian. saya kena terima hakikat bahawa di sinilah tempat saya mungkin utk sekurang-kurangnya 15 tahun akan datang. naik pangkat pun kat sini... kalau ada rezeki dpt cemerlang (kalau la...) pun kat sini...

huh! oleh itu, izinkan saya pen off di sini sebelum coretan ini lebih berbau meluahkan perasaan tidak puas hati. sesungguhnya pe yang buruk tu datangnya dari saya... segala-gala yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah s.w.t...

Photobucket