Tuesday, April 10, 2012

MARI MENONTON VIDEO LUCAH |@#$%^&&^&*%%$### ??!!|


SOALAN :

Suami saya kadang-kadang mengajak menonton video pornografi sebelum ‘bersama’, bertujuan membangkitkan rasa ghairah antara saya dan suami. Apakah hukumnya menonton video sedemikian bagi tujuan itu? Adakah tetap jatuh hukum haram kerana ia dilakukan bagi tujuan bermesra bersama pasangan. Untuk makluman pihak tuan, saya sedar suami melakukan sedemikian kerana diri saya agak kurang berahi ketika bersama dan keadaan begitu membuatkan saya berasa sakit dan tidak puas bersama.



JAWAPAN :

Meski pun tujuannya adalah baik, saya tidak mengetahui mana-mana fatwa para ulama’ yang membenarkannya, atau memberi kelonggaran dalam persoalan ini. Justeru hukum menonton video lucah tetap haram walau pun atas tujuan belajar cara membuat hubungan seks atau menaikkan berahi sebelum melakukan hubungan seks.

Dalam kes puan di atas, solusinya ialah suami perlu bijak bermain-main dengan puan untuk menaikkan berahi. Lelaki memang mudah terangsang berahinya, berbeza dengan wanita yang agak perlahan. Justeru suami tidak boleh terus menerkam isterinya, tetapi bermain-main untuk merangsang berahi isteri. Ada pun rasa sakit, itu bererti vagina puan masih belum dibasahi dengan air mazi. Air mazi berperanan sebagai cecair pelincir bagi menggelakkan kesakitan apabila zakar memasuki vagina. Bagi mengelakkan rasa sakit ini, suami perlu bermain-main dahulu dengan jarinya di dua kawasan vagina yang disebut Clitoris dan G-spot. Sila rujuk ke mana-mana buku, doktor atau laman web pendidikan (educational websites) untuk maklumat lanjut berkenaan dua kawasan ini.


SUMBER : PA&MA

Photobucket

1 comment:

  1. fyzz pun pernah baca artikel nih tak silap last week..emm iya la kan..gi pun tgk dvd XXX tuh pun memperlihatkan aurat bukan muhrim dh kan..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)