Monday, May 21, 2012

1 REJAB 1433 | bulan taubat |

alhamdullillah. malam ini adalah malam 1 Rejab.


Imam Syafii rahimahullah berkata, "ada 5 malam dalam setahun, Allah bukakan pintu langit. salah satunya adalah malam 1 Rejab". bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istigfar... Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, makbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Mohon ampun daripada Allah, banyakkan istigfar...

sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulan ku dan bulan Ramadhan bulan umatku." kemuliaan bulan Rejab dengan malam isra' mi'raj, bulan Sya'ban dengan malam nisfunya dan bulan Ramadhan dengan malam lailatul qadarnya.

saya suka la nak share satu perkara. perkara ni saya dengar kat tv last year before 1 Ramadhan. tak ingat program apa dan ustaz nya apa. but ia nya terpahat kuat kat fikiran saya. gini la lebih kurang :-

bulan Rejab menabur benih. di bulan Sya'ban pula kita menyiran tanaman. bila Ramadhan menjelma, kita menuai. bulan Rejab mensucikan badan. bulan Sya'ban mensucikan hati. bulan Ramadhan kita mensucikan roh. bulan Rejab bulan taubat. bulan Sya'ban bulan muhibbah. bulan Ramadhan dilimpahi pahala amalan... insya'Allah...

antara amalan utk mempertingkatkan keimanan kita adalah :-
berpuasa
berdoa
solat jemaah
solat sunat
berselawat
bersedekah
beristigfar
membaca al-Quran
berzikir
dalam kita Raudhoh Nawawi ada menyebut, "Malam awal Rejab mustajab doanya."

insya'Allah...


Photobucket

3 comments:

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)