Tuesday, May 22, 2012

MOOD YG BAIK DI PAGI YG MULIA | moga jadi satu titik permulaan yg sempurna

rugi nya rasa ari ni tak dpt puasa :( rugi! considering keadaan diri yg da tak larat walaupun kerap makan. cuaca yg amat panas! minum berbotol-botol air. ari ni usia baby dlm janin da pun 30 minggu 2 hari :) baby dlm perut yg sgt aktif, alhamdullillah... time baby bergerak tu, hmmmm memang terkujat kita dibuatnya! bukan setakat menendang, saya rasa seolah-olah dia berguling-guling :) hi hi hi... sayang adik baby...

bukan alasan tak nak berpuasa ari ni, tapi mr.husben pun tak menggalakkan. dia lebih tahu keadaan saya. meskipun hati ni nak sgt berpuasa ~ nak qada' puasa tahun lepas la ni. sambil tu, moga Allah berilah ganjaran pahala berpuasa di bulan Rejab, kan... namun, percaya bahawa diri ini tak boleh tahan, masih lemah, perlu makan... saya tidak berpuasa. Weeekend nanti, insya'Allah. dok rehat di rumah ok kot. tak le terasa lemah sgt agaknya :)
ni saya share skit info tentang fadhilat berpuasa di bulan Rejab yg saya copy paste dari FB saya :-

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)." 
Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah." 
Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)." 
Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

sekadar menjadi penggalak dalam diri bagi mencapai ganjaran yang Allah sediakan.


just nak tayang barang-barang yang telah dibeli khas utk adik baby. semua ni letak kat ruang tamu je ni. beli... letak... beli... letak... lom buka tag harga lagi. baju-baju baby pun baru mlm tadi cuci. sekarang ni tgh bersidai la kat ampai, cute! slowly da kena ready. mana la tau masuk 36 minggu je terus bersalin. da ready, tak le kelam kelibut but but :)


Photobucket

12 comments:

  1. nanti boleh kita puasa rejab sama2...

    ReplyDelete
  2. jom la kita pose beramai ramai..

    ReplyDelete
  3. izan suka tgk brg2 bby yg aida dah beli tu... kena prepare awal2 kan. izan pun lepas settle pindah umah ni baru fikir nak beli sikit2 brg bby. baju2 si kembar pun byk lagi yg elok... kita recycle ajelah.

    aida..izan pun dok puasa ni sementara hubby takde kat umah. rasa tak larat tapi doa byk2 dpt sudahkan qadha' puasa. takut buat last minit cam thn lepas...

    ReplyDelete
  4. fieda ~ yes. alhamdullillah...

    eeiyss ~ hi hi... yg tukang beli lebih excited. hampir terlebih dari bajet ni!!

    izan ~ syuhada da 5 tahun. aida memang tak simpan langsung baju baby diorang. kali ni memang bab baju semua brand new :)

    ReplyDelete
  5. wah banyak barang baby....

    Tahniah Aida, akak baru tahu sebab lama tidak jengah ke sini... niat itu pun sudah cukup baik, InsyaAllah Allah suka :)

    ReplyDelete
  6. kak..thanx for the info =) jaga kesihatan diri n baby ye..

    ReplyDelete
  7. bestnya tengok brg2 baby...jaga diri dan baby jugak...:D

    ReplyDelete
  8. kita dah siap basuh barang baby..tunggu nak sambut baby ke dunia je..hihihi

    ReplyDelete
  9. wan anie ~ its ok :) tu brg baru skit tu kak. byk lagi lom beli nih...


    mira ~ orait dik...


    fida ~ orait. jom la pregnant lagi hi hi hi :)


    mrs.fiza ~ elok la tu. buat skit skit kan. nanti tak le kelam-kabut :)

    ReplyDelete
  10. Pejam celik, dah 9 bulan dah Aida ya. Semoga Aida selamat melahirkan. Amin.
    Terima kasih ya, banyak share tentang fadhilat puasa di bulan Rejab dan tentang solat hajat, taubat dan tahajjud kat atas ya. :)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)