nak citer... 1 jun 2012 lepas, management tadika syuhada telah bertukar dgn rasminya. saya dpt tau pun after 1 jun tu, owner lama call and inform verbally... ok jer la selagi yuran bulanan tak dinaikkan hi hi... tempat, yuran, waktu, cikgu semua sama mcm biasa...

met the new owner, ok. and syuhada dpt jadual waktu!!! selama ni tak pernah pun dpt jadual waktu. yg diketahui dari kul 8 pagi - 12:30 tghari dia di classroom. so, sekarang ni tau la whatever dia belajar kat tadika. 

yg best nya ~ ada subjek bahasa arab :) i like...

ada satu post dulu-dulu saya mentioned yg saya agak tension sebab tak dpt nak ulangkaji bahasa arab dgn kakak nyer, nurin. ye la, saya dan mr.husben tiada basic in bahasa arab secara rasmi. skit-skit tu bleh la kan. so, saya memang tension bila tak dpt jadikan nurin berbahasa arab sebagus dia berbahasa malaysia dan english hu hu hu... 

maka, for syuhada. if seawal ni da ada basic in bahasa arab, insya'Allah the next 1 tahun setengah tika dia masuk darjah 1, she'll be orait. i like... tq teacher mila (guru besar tadika baru)...

first day dia balik dgn homework bahasa arab nya, syuhada was so excited! kena tulis mulut (anfun) and telinga (uzunun) kat buku latihan. good girl, sungguh cute! and that night, saya agak busy cooking and lipating baju. saya suruh la nurin bantu adiknya... yg kelakar, nurin pun turut excited! ajar adik nya seolah-olah dia buka kelas tuisyen. diorang dua beradik dlm bilik. saya perhatikan je dari ruang tamu. alhamdullillah... rupa nyer baru saya tau nurin ada byk lagu in bahasa arab, membantu dia hafal bahasa arab. saya tak tau pun! tak pernah dia inform... 

so alhamdullillah... anak-anak saya semakin hari semakin cerdik pintar. meskipun selalu buat saya jadik tarzan, dlm hati, saya kagum dgn mereka berdua. sekarang mengaji iqra' dgn ayah. nurin da iqra' 3. syuhada da iqra' 2. alhamdullillah...




disebabkan ini, aida nak mini GA utk semua readers, followers, friends & families.
just tempek komen korang di post ni ~ anything, terutama ideas utk nurin & syuhada kuasai bahasa arab dgn lebih baik. suggest any website bahasa arab utk anak-anak aida ke... anything.
jgn lupa tempek email korang ekk...
kalu dpt, invite le friends korang utk join ye min GA aida ni, tq in advance!
boleh la tempek komen dari ari ni hingga 11 julai 2012 depan...
hadiah nyer adalah 1 set buku-buku di bawah ni bernilai RM44.90...



>>>klik sini untuk info<<<
Siri Mudah Belajar Dan Mengajar Bahasa Arab Al-Baghdadi Lughatul Jannah

Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Mendedah dan melatih kanak-kanak terhadap perkataan-perkataan asas yang perlu diketahui sebelum mereka boleh menguasai Bahasa Arab melalui pendekatan Al-Baghdadi.
Harga Pasaran : RM34.90
Harga Ahli VIP : RM32.00
Untuk Usia : 3+

>>>klik sini untuk info<<<
Buku Aktiviti Lughatul Jannah 1 & 2

Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Buku Aktiviti Lughatul Jannah 1 & 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti pengukuhan dan latihan menulis yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak untuk menguasai Bahasa Arab.
Harga Pasaran : RM10.00
Harga Ahli VIP : RM9.50
Untuk Usia : 3+




Photobucket