Saturday, June 09, 2012

SARAT MENGANDUNG | nafsu seks membuak-buak !


Husna tertekan dengan nafsu suaminya yang semakin membuak-buak biarpun dia kini sarat hamil anak sulung.

Pandangan Kaunselor :

SARAT MENGANDUNG | nafsu seks membuak-buak !

Hakikatnya, hubungan seksual suami isteri bukan semata-mata pelaksanaan tanggung jawab atau mengapilkasi hak individu di dalam perkahwinan. Di dalam Islam, berjimak termasuk di dalam perkara ibadat dan mendatangkan pahala. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” - hadis riwayat Muslim.


Dalam surah an-Nisa’ ayat 19 pula, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaul kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”



Ayat ini membawa pengertian yang maha luas. Gauli isteri secara baik termasuklah melayani isteri dengan baik dengan menjaga perasaan dan emosi mereka antaranya keselesaan dan kepuasan ketika bersenggama. Dalam kes ini, sekiranya tidak lagi rasa selesa untuk berhubungan, puan boleh luahkan dengan baik kepada suami.



Dua Perkara
Sebelum itu, puan perlu tahu dua perkara penting berkaitan melakukan hubungan kelamin ketika sarat hamil. Pertama: sarat bukan alasan untuk menolak hubungan seksual. Seperti yang saya jelaskan tadi, puan sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan suami yang menghargai puan walaupun sarat mengandung. Saya pernah kendalikan beberapa kes mengenai isteri ditinggalkan kesepian tanpa belaian apabila perut mula membesar. Berbeza sekali dengan kes puan. Ya! Kurang selesa tetapi ada cara untuk puan atasinya.



Puan boleh berbincang dengan suami mengenai ketidakselesaan tetapi bukan menolak kehendaknya. Puan boleh belajar untuk melakukan aktiviti seksual yang berlainan dalam keadaan posisi puan dan suami berbeza. Tidak perlu saya ceritakan dengan terperinci kerana puan dan suami pasti boleh dapatkan maklumat penuh berkaitan cara bersenggama yang dibenarkan oleh syariat daripada bahan-bahan bacaan yang ada di pasaran malah di Internet. Ingat! Yang menepati hukum syarak sahaja, jangan yang dilarang oleh syariat.



SARAT MENGANDUNG | nafsu seks membuak-buak !

Selain menukar cara bersenggama, puan juga boleh bermesra dengan suami ke tahap maksima tapi bukan bersenggama. Suami mempunyai kehendak seks yang berbeza berbanding isteri. Keletihan, kepenatan malah tekanan bukan alasan untuk mereka menafikan kehendak seksual. Mengikut kajian, lelaki akan hilang tekanan jika melakukan hubungan seksual. Lantas, puan perlu faham situasi suami. Berikan dia kepuasan yang diinginkan. Ada tikanya, suami akan puas walau tanpa hubungan kelamin. Puan hanya perlu berikan dia layanan hebat hingga kepuasan tersebut diperolehi.



Perkara kedua yang perlu puan ambil tahu ialah hubungan kelamin tika sarat mengandung boleh memudahkan proses bersalin. Puan pasti sedia maklum, “pintu” yang digunakan untuk hubungan kelamin sama untuk puan melahirkan bayi. Dengan adanya hubungan kelamin tika sarat mengandung, secara tidak langsung ia dapat melonggarkan lorong pintu tersebut. Bila lorong sentiasa tersedia, insya-ALLAH akan memudahkan jalan keluar buat bayi. Puan boleh rujuk perkara ini dengan doktor yang merawat kehamilan dan dapatkan pengesahannya. Nasihat saya, jangan terlalu tertekan dengan perkara ini. Berbincanglah dari hati ke hati. Cari masa yang sesuai dan gunakan ayat yang betul. Jangan sampai suami tersilap faham hingga memberikan satu keputusan yang tidak diingini oleh puan sendiri. Bagi saya, puan sebenarnya bertuah. Cuma perlu betulkan situasi agar puan dan suami sama-sama nikmati hubungan kelamin tersebut. Insya-Allah, dengan adanya mawaddah dah rahmah dalam perkahwinan, keadaan akan bertambah baik.



Sekiranya suami sukar terima perbezaan yang bakal dicadangkan, saya mohon agar puan bertindak memulakan acara. Jika sebelum ini suami memulakan aksi asmara maka puan perlu ambil alih menjadi pencetus suasana. Bila puan yang memulakan, biasanya kecenderungan suami tidak akan sama dengan situasi jika dia yang memulakan. Maksud saya, aksinya akan berbeza, tidak selasak jika dia memulakan kerana puan mendominasi keadaan dan dia akan capai kepuasan tersendiri bila dia sedar dia dihargai.



Saya tidak jamin cara ini mencapai kejayaan 100 peratus tapi puan boleh usahakan. Jika tidak mampu mengelak kekerapan sekurang-kurangnya membantu puan sendiri untuk menimbulkan berahi agar dapat memenuhi kehendak suami.



Berahi itu penting agar puan tidak tertekan melayan kehendak batin suami malah puan menikmati hubungan tersebut. Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika seseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaks, maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut) sehingga hajat isteri diselesaikan pula.” - hadis riwayat al-Suyuthi. Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Jangan malu untuk berbincang bersama suami mengenai perkara ini. Seks bukan hanya hak suami tetapi hak puan juga. Berbincang dan berterus terang dengan baik.



Berpantang
Puan perlu ingatkan suami yang dia perlu “berpantang” sementara selepas puan melahirkan. Peringatan ini penting agar suami bersedia. Ingat! Jangan sesekali memenuhi kehendak suami ketika puan masih dalam keadaan nifas. Haram hukumnya! Setelah tempoh nifas tamat walau masih dalam berpantang, andai suami menginginkan, puan boleh melayaninya sebab waktu haram melayani kehendak batin suami hanya dalam masa haid atau nifas.



Dalam itu, pastikan puan berdoa mohon bantuan-Nya agar memudahkan segala yang terbaik untuk puan, suami dan agama kalian. Selamat berusaha dan selamat menimang cahaya mata.


Rujukan : Pa&Ma

2 comments:

  1. semua depend on individu .. ada orang selesa dan ada jugak yg tak selesa layan suami ketika sarat .. Alhamdulillah akak ok je time ngandung 5 bala tentera tu . On je any time :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mia pun rs ok setakat ni..lgpun pjj kan

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)