Monday, July 09, 2012

BABY KUAR KAT PUSAT !!

3 minggu berkursus, balik je ofis ~ komputer ofis rosak! aduuuuuuhai lenovo... ntah apa-apa! da masuk bengkel utk repair. today kena bawak lappy utk siap kan keje tertangguh selama 3 minggu ituuuu... lagipun, bosan nanti tanpa komputer kat ofis yg memang da sedia bosan nih!

lebih kurang 21 hari nak sampai ke due date. seronok nyerrr! as at now, everything da 80% ready. termasuk la mental & fizikal ku :) baby dlm perut pun da amat aktif. perut tak berhenti bergerak! terkejut-kejut dibuatnya. kakak-kakak pulak amat excited tgk perut ibu bergerak hi hi hi... diorang pun da sibuk menghitung hari kelahiran adik baby ni.  

badan da sakit-sakit. pinggang da macam kena tarik! terutama mlm. skang ni melaka tiap hari hujan start dari nisfu sya'ban ari tu, sejuks! so, malam hari si ibu ni da start ngeluh sana, ngeluh sini dek kerana sakit pinggang yg amat tak tertahan... nurin and syuhada peneman setia. tolong pijak kaki, tolong urut belakang... bleh la diharap meskipun still naughty and sepahkan umah hi hi...

ada la 1-2 malam lepas, kami anak-beranak borak pasal baby. tiba-tiba ~ "dlm perut adik ni pun ada baby, nanti baby adik kuar kat pusat..." syuhada cakap. saya pun tergelak ha ha ha... takpe la dik, nanti da besar, adik tau la ye. tak kuasa ibu nak explain :)

ok la. post ni takde gambo sebab si ibu ni malas nak upload gambo. bleh gitu? hi hi hi... byk aktiviti keluarga, but nak upload tu yg eden lomah... nak online shopping jap, kalau ada berkenan di hati :)



p/s : korang nak tempah kuih raya? or... korang buat sendiri ekk? baju raya keluarga korang da complete? rumah da kemas? ada ke beli perabot baru? hi hi hi... 

Photobucket

4 comments:

  1. keluar kat pusat mcm logik sket dengarnya..my son pulak cakap adik dia keluar ikut mulut mama..ni dah asyik tanya bila nak muntahkan adik lg..eww :D

    ReplyDelete
  2. ingtkn bby dah kuar. Hehe.. Biasalh sokln2 atau ayt2 tk menhn ank2 hehe...
    Kuih slalu wat sendiri, pe,rbot tk tukar, bju ank2 wat sendiri.. Bju lain beli kt pasaraya... Bju mk dah gi uph dah.. Tk tau bila siap hehe

    ReplyDelete
  3. sy selalu ckp adik makan kot pusat kat nuha. ketawa dia mengekeh2 :P

    ReplyDelete
  4. aiezza sue ~ alamak. koyak ler muka ibu if kuar kat mulut hi hi hi...

    zie ~ lom. lagi 2-3 minggu hi hi hi. best la byk bleh buat sendiri. kos kurang kan? tang kuih tunjuk, baju tunjuk ni yg tak menahan hu hu hu...

    eliss ~ hi hi logik logik... kekadang tak reti nak jwb soklan diorang la...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)